Social Icons

Pages

Friday, May 16, 2014

PM DS @NAJIBRAZAK SAMAN #MALAYSIAKINI #MELOYAKINI !!! PADAN MUKA !!!


sebelum ni saya dah cakap kepada puak PR tunjuk mana bukti UMNO bayar duit untuk krisis Terengganu,cakap boleh lahhh.sekarang meloyakini dah kena dengan PM,padan muka.

satu notis tuntutan saman dihantar kepada kepada portal berita pembangkang,Malaysiakini,di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Peguambela dan Peguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.Ia berkiatan penerbitan artikel yang bertajuk A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu.Peguambela Raihanah Ariffin, notis tuntutan saman tersebut telah dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini yang bertempat di Jalan Bangsar Utama petang Khamis. 

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya,Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014 baru-baru ini.Biarpun pada awalnya wakil daripada portal berita tersebut berkeras tidak mahu menerima notis tersebut,namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” jelasnya dipetik dari umno-online.Kata Raihanah,notis tuntutan itu menuntut portal tersebut untuk membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akanmengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini. “Segala tuntutan yang dibuat oleh anakguam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal,maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut terhadap Malaysiakini,” jelasnya. 

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini,Fathi Aris Omar selain Ketua Pengrang Kumpulan, Steven Gan kerana telah membenarkan artikel tersebut diterbitkan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

Ini hanya satu salah faham,begitulah kemudiannya PM Najib akan kata.

jepun said...

Saman je sampai bangkrup ...contohi Singapore

Anonymous said...

saman jgn tak saman.

Anonymous said...

Lepas minta maaf tutup cerita. Lepas tu boleh hina dan fitnah balik bertalu talu. Tu je standard UMNO. Orang melayu malu dengan UMNO sekarang.

Anonymous said...

Saya sokong !! tuan minta maaf dah selesai....kalau orang melayu buat balai cerita..lepas tu masuk dalam..

Anonymous said...

Demi marwah dan kebenaran saman penulisnya sekali.

 
 
Blogger Templates