Social Icons

Pages

Tuesday, July 26, 2016

KURANG AJAR !!! #1MDB @1MDB !!! #MALAYSIAKINI SPIN DAN KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!


lagi spin dari malaysiakini berhubung isu 1MDB.hari ini baru saya tahu bahawa keluarga besar Datuk Seri Najib ada jurucakap.Entah siapalah yang dilantik jurucakap tu tak tahulah tapi portal berita pembangkang Malaysiakini kata ada jurucakapnya tu.Macam-macamlah kan,bila timbul satu perkara,perkara lain yang tidak berkait akan dibangkit untuk memanjangkan sensasi.dakwaan sebelum ni dakwaan kononnya Datuk Seri Najib bayar USD 500 juta kepada Hillary Clinton,sekarang ni pulak dah cerita yang inilah pulak.Cakap pasal keluarga Datuk Seri Najib ni,banyak benda yang dah diputar belit dan disensasikan sebelum ini tapi tak pernah wujud jurucakap,kali ini ada jurucakap. 


UNTUK SELANJUTNYA

Memandangkan identiti jurucakap ini masih kabur disamping mengangkat taraf pemberitaan Malaysiakini agar setanding dengan keadaan semasa,maka jurucakap yang entah siapa-siapa ini kita kenali sebagai JC 1 (Jurucakap 1) sajalah.Isunya tentang dakwaan konon berlaku ‘persengketaan’ antara anak-anak tiri Datuk Seri Najib lanjutan dari penyebaran satu mesej di aplikasi whatsapp akan luahan hati salah seorang dari mereka berhubung saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) terhadap Riza Aziz.Sumber pejabat Perdana Menteri sendiri mengesahkan kepada portal ini bahawa tidak wujud jurucakap keluarga Datuk Seri Najib,jawatan itu (jurucakap) memang tidak pernah ada,rasmi atau tidak rasmi.Begitu juga tidak ada mana-mana pegawai Perdana Menteri yang bercakap dengan wartawan portal berkenaan mengenai isu tersebut.

Tak tahu mereka peroleh berita itu dari mana,mungkin dari burung-burung yang berkicau di tepi tingkap dapur Seri Perdana agaknya.Burung pun burunglah,asal ceritanya boleh jual.Sebenarnya,mesej yang dikatakan dari adik kepada Riza itupun sebenarnya masih dipertikaikan kesahihannya,sehingga sekarang saya tak tahu asal usul mesej itu dari mana selain apa yang tersebar di Whatsapp.Tapi sikap sesetengah orang Malaysia yang gemar menerima berita sensasi tanpa berfikir,membolehkan dakwaan-dakwaan murahan macam ini laku.Kalaupun ada (persengketaan) itu,masalahnya apa pulak ??? Apa dalam Malaysia ni semua keluarga hidup aman damai ke ??? Takkan masalah dalam rumah tangga orang pun nak jadi bahan mengata kot,apa dah takde kerja lain ke rakyat malaysia ni ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates