Social Icons

Pages

Tuesday, July 26, 2016

FAKTA !!! #MALAYSIAOFFICIAL1 !!! #TUNMAHATHIR PERLU DESAK #DOJ SEGERAKAN PERBICARAAN !!!


1. Jika ada orang masih bertanya siapa Malaysian Official 1 dalam butiran kertas saman Department of Justice (DOJ) maknanya mereka tidak baca sumber asal.Jika mereka baca maka tidak perlu lagi jadi macam Perkasa melalak dua tiga hari ini.

2. Jelas MO1 itu merujuk kepada Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

3. Persoalannya adakah semua dalam kertas saman tersebut benar? Ia perlu dibuktikan oleh DOJ di Mahkamah.

4. Malangnya kemungkinan besar ia tidak berlaku kerana DOJ tidak menyaman Mohd Najib Razak.Oleh kerana mereka tidak menyaman Najib Razak maka apa sahaja rujukan ke atas MO1 tidak perlu dibuktikan di Mahkamah.

5. Mengapa DOJ mengaitkan nama MO1 sedangkan tidak ada sebarang aset MO1 yang mahu mereka sita atau rampas sangat misteri.

6. Mereka hanya menyaman untuk merampas aset-aset di bawah nama empat orang individu iaitu Jho Low,Riza Aziz,Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny,yang pada fikiran mereka mempunyai kaitan dengan pendapatan secara haram dari 1MDB.

7. Dalam kes ini juga DOJ hanya perlu membuktikan keempat-empat mereka ini telah menggunakan wang dari 1MDB untuk membeli aset-aset yang disenaraikan.

8. Apa yang perlu kumpulan Anti Najib Razak buat ialah mendesak DOJ menyegerakan kes ini. Atau mereka mahu kes ini dilambatkan sekadar untuk melaksanakan agenda menjatuhkan Najib Razak?


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates