Ketua Wanita Umno,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak berkecil hati dengan Naib Ketua sayap itu,Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa beliau agar meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan tersebut.Shahrizat berkata,hubungan beliau dengan Kamilia adalah baik,malah menganggap Naib Ketua Wanita Umno itu sebagai kakaknya.
"Sebagai seorang Ketua Wanita (Umno),saya mesti menjadi payung dan adil kepada semua.Saya memahami cara kamilia.Tidak jadi satu perkara yg besar dan tidak berkecil hati.Apatah lagi pandangan dari seorang yang lebih berusia daripada saya.
"Beliau (Kamilia) sudah beri pandangan beliau.Saya terima.Kita sebagai satu keluarga.Sebagai ketua,saya mesti menerima semua pandangan," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat padaPerhimpunan Wanita Umno di sini,Jumaat.
Kamilia sebelum ini menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”
Bagaimanapun,Presiden Umno,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat memberitahu bahawa Shahrizat kekal memegang jawatan sebagai ketua sayap bagi pergerakan itu.Najib yang juga perdana menteri berkata,Shahrizat belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.
"Beliau (Shahrizat) mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai menteri meskipun beliau belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang.Tetapi tanggungjawab moral itu disebabkan ia (isu NFC) melibatkan keluarganya.
"Namun atas dasar dan prinsip kita (UMNO) kerana beliau belum dibuktikan bersalah,maka tidak ada sebab jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO harus dikorbankan atau Shahrizat perlu meninggalkan jawatan itu,"kata Najib - Mstar
Seperti dijangka,suasana di Dewan Merdeka PWTC penuh sesak dengan ahli Wanita UMNO seluruh negara bagi menghadiri Perhimpunan bersama Perdana Menteri. Keadaan dalam dan luar Dewan jelas terpancar sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Ini dipamerkan melalui laungan “We want Shahrizat” dan berbagai rupa sepanduk, banting dan plycard
Suasana lebih gemuruh ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melangkah masuk ke dalam Dewan Merdeka kira-kira jam 3.45 tadi.Hadir sama Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang kelihatan duduk bersebelah dengan Shahrizat di atas pentas bersama PM.Dewan yang boleh memuatkan 5000 orang satu-satu masa itu penuh sesak sehingga melimpah ke luar.
Ada media yang melaporkan 8,000 yang hadir, namum pemerhatian Agendadaily ia lebih dari itu.Perhimpunan tersebut diadakan bertujuan untuk menangkis pelbagai dakwaan pembangkang selain membincangkan persiapan jentera UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.Dalam sidang media berasingan,Datuk Kamilia sendiri berikrar beliau akan terus berkerjasama dengan Shahrizat bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.

No comments:
Post a Comment