Social Icons

Pages

Showing posts with label SHAHRIZAT JALIL.... Show all posts
Showing posts with label SHAHRIZAT JALIL.... Show all posts

Friday, November 27, 2015

KISAH #NFC !!! RAKYAT MALAYSIA DAH SEDAR KERR BELUM ???


keputusan Mahkamah Seksyen kelmarin membebaskan Pengerusi NFC,Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail daripada tuduhan salah laku pecah amanah membabitkan wang sebanyak RM 49.7 juta,sepatutnya memberi pengajaran kepada kita semua agar tidak sewenang-wenang membuat tuduhan yang boleh mencemarkan imej orang lain.Sejak dimulakan pembangkang iaitu Rafizi,imej dan kredebiliti Salleh serta seluruh keluarganya,termasuk isteri Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil telah dicemarkan.Sepanjang kes ini berjalan mereka sekeluarga (termasuk anak-anak) jadi bahan ejekan dan kecaman masyarakat, cuma untuk tahu diakhirnya Mahkamah membebaskan Ismail dari semua tuduhan. 

Datuk Seri Najib dan isterinya jangan cakaplah,macam-macam cara digunakan untuk memburukkan mereka berdua sehinggakan satu ‘initial’ pun boleh dijadikan asas untuk mengaitkan beliau dalam satu konspirasi.Persoalannya,berapa ramai lagi orang seperti Ismail dan Shahrizat nak menjadi mangsa ahli fitnah seperti Rafizi dan pakatan pembangkang yang menaunginya,sebelum rakyat Malaysia nak sedar bahawa semua fitnah dan permainan persepsi ini hanya bermotifkan politik ??? Berapa keputusan Mahkamah seperti dalam kes NFC ini keluar baru kita nak tolak orang macam si Rafizi ??? dan sampai bila rakyat Malaysia perlu bergantung kepada fitnah seperti ini untuk membuat keputusan siapa yang lebih layak menjadi kerajaan di negara kita ??? 

Berubahlah.Penentuan siapa lebih layak jadi kerajaan perlu bersandarkan kepada merit dan fakta,bukan fitnah serta adu domba.Pembangkang bergantung sepenuhnya kepada fitnah dan permainan persepsi untuk memburukkan keadaan dan malangnya ada di antara kita menerima pendekatan ini dalam membuat keputusan di kertas undi.Sebab itu pembangkang sewenang-wenangnya boleh membodohkan rakyat.Dalam hal YaPEIM sebagai contoh,tindakan membawa fitnah ini ke Mahkamah menjadi kritikan pembangkang,tak sedar yang ketua agung mereka,Anwar Ibrahim adalah raja saman.Kenapa Anwar boleh saman dan kenapa orang lain tidak boleh,apakah hak saman ini hanya eksklusif untuk Anwar saja ??? Kalau fikir rasioanl dari logik itu saja dah tak cukup tanah pihak yang berkenaan nak menjawab tapi sebab kita menerima pendekatan itu maka modus operandi yang macam ini akan terus menjadi pilihan orang macam Rafizi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, June 22, 2015

BREAKING NEWS !!! WALAUPUN DS @SHAHRIZATJALIL @SYALIALHABSHEE BERBEZA PENDAPAT !!! MEREKA TETAP BERSATU !!!


Macam mana sekali persengketaan,beza pendapat dan persaingan dalam parti,akhirnya kita akan balik bersatu.Biduk berlalu kiambang berpaut.Perlu ada semangat kesetiakawanan untuk bersatu untuk kerja untuk parti dan beringat setiap kali mahu bersaing berlebih-lebihan sesama sendiri.Jika ada semangat kesetiakawanan,kita bersedia berbeza pandangan dan nyatakan pandangan. 


Tapi tahu had dan hari supaya tidak sanggup bersekongkol dengan musuh parti dan orang asing yg mahu kuasai negara dengan agenda mereka.Tidak juga ingat dah betul hingga sanggup jahanamkan institusi islam.Akhirnya salah sangka kerana tiada pemahaman dan maklumat,buruk sangka terhadap orang dan tak beriman.Allah tidak suka pada perpecahan !!! ingat lahhh wahai Umat Islam 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, December 07, 2013

HOT NEWS !!! BUKTI WANITA DIBAWAH KEPIMPINAN DS @SHAHRIZATJALIL ADALAH TULANG BELAKANG UMNO DIDEDAHKAN !!!


Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dalam ucapan dasarnya yang pertama setelah dipilih semula sebagai Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan parti tersebut bulan lepas,telah menyentuh pelbagai isu yang menjurus kepada agenda untuk memperkasa peranan Wanita dalam UMNO.Sementara Presiden UMNO,Datuk Seri Najib mengkhusus kepada agenda yang lebih besar,memperkasakan ekonomi Melayu,Shahrizat pula mengkhusus kepada pemerkasaan Wanita.Ucapan Shahrizat menyentuh semua aspek yang boleh dikaitkan dengan peranan Wanita dalam memperkasakan UMNO untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di masa hadapan. 

Antara lain,Shahrizat mengimbau semula peranan Wanita dalam membantu kejayaan UMNO dalam PRU13 yang lepas sehingga kita sekali lagi berjaya mengekalkan kuasa di peringkat persekutuan dan 9 buah negeri.Mengisi bahagian awal ucapannya,Shahrizat menyatakan rasa kagumnya terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri mencatur strategi politik yang betul sehingga BN dan UMNO berjaya mengatasi halangan terbesar dalam PRU13 yang lepas. Shahrizat menyifatkan Najib sebagai seorang strategis hebat, yang mana kalau diibaratkan dalam keadaan yang biasa,seperti seorang Grandmaster dalam permainan catur.Pengiktirafan tertinggi ini diberikan Shahrizat kepada Najib,berikutan keupayaan beliau mengekalkan kuasa di Putrajaya disebalik asakan hebat dari parti-parti pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim yang telah memulakan kempen pilihanraya mereka sejak 2008 lagi,sedangkan Najib hanya bemula pada April 2009 sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. 

Selain itu,Shahrizat berterusan mendesak pihak kerajaan agar meningkatkan jumlah Wanita sebagai pembuat keputusan penting dalam kerajaan dan syarikat-syarikat yang dikuasainya.Sememangnya sejak mula mengambil alih jawatan dari Tan Sri Rafidah Aziz pada 2009,isu ini adalah antara agenda penting yang menjadi keutamaan Shahrizat.Memang banyak yang telah dilakukan kerajaan dalam memperkasakan peranan Wanita di peringkat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),tapi dengan bilangan wanita berpendidikan tinggi di negara kita yang semakin meningkat,Shahrizat punya banyak sebab untuk tidak berasa puas hati.Paling menarik,Shahrizat turut menggariskan matlamat untuk membawa Wanita menjadi jentera politik UMNO,bukan semata-mata jentera pilihanraya seperti yang semua sedia maklum.

Menjadi jentera politik bermaksud,penglibatan Wanita UMNO bukan lagi sebagai perayu undi atau yang seperti itu semata-mata,tapi lebih besar dan penting dari itu lagi.Jika matlamat Shahrizat ini tercapai, Wanita kini bukan lagi berperanan sebagai pihak pelaksana sahaja,tapi turut terlibat aktif dalam merangka strategi untuk memperkasakan politik UMNO di seluruh negara.Inilah yang dikatakan bahawa ucapan dasar Shahrizat ini bertujuan memperkasakan lagi Wanita UMNO sehingga ke satu tahap yang lebih tinggi dari sekarang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, November 15, 2013

EKSKLUSIF !!! DS @SHAHRIZATJALIL TARIK BALIK SAMAN !!! TAPI @RAFIZIRAMLI TAKKAN TERLEPAS !!! WAJIB BACA !!!


Sehari dua ini,portal dan blog-blog pembangkang begitu kecoh dengan laporan mengenai penarikan balik saman fitnah Ketua Wanita Umno,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR),Mohd. Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang,Zuraida Kamaruddin berhubung isu National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).Mereka cuba mewujudkan persepsi kononnya penarikan balik saman tersebut membuktikan bahawa Shahrizat bersalah dalam hal tersebut dan takut untuk berdepan dengan kemungkinan kalah dalam perbicaraan dan yang paling menarik,mereka juga turut menggambarkan kononnya semua dakwaan yang dikemukakan oleh Rafizi adalah benar dan meraikan penarikan saman fitnah itu seolah-olah pembangkang telah menang dalam kes perbicaraan.Sedangkan mengikut fakta kes,saman fitnah tersebut ditarik balik setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan kes tersebut semasa prosiding di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman.Shahrizat yang juga merupakan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,memfailkan saman tersebut melalui peguam utamanya,Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah pada 19 Januari 2012. 

Shahrizat selaku pihak plaintif dalam pernyataan tuntutannya sebelum ini mendakwa,Mohd. Rafizi dan Zuraida yang dinamakan sebagai pihak defendan telah melancarkan satu kempen strategik untuk mencemarkan nama baiknya dengan mengaitkan diri beliau dengan NFCorp.Walhal menurut bekas menteri Kabinet itu,beliau tidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam projek tersebut,mahupun Agro- Science Industries Sdn. Bhd. (Agro-Science).Penyiaran dan pengulangan kenyataan berbaur fitnah itu didakwa Shahrizat memberi gambaran,beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan menteri agar projek NFCorp diserahkan kepada Agro-Science.Plaintif yang mendakwa pernyataan fitnah tersebut telah menyebabkan reputasi dan nama baiknya terjejas menuntut ganti rugi am atas fitnah lisan sebanyak RM50 juta sementara ganti rugi teruk dan teladan juga sebanyak RM50 juta serta memohon perintah injunksi.Mohd. Rafizi pula pada 30 Mac tahun sama,telah memfailkan tuntutan balas terhadap Shahrizat dengan mendakwa bekas menteri Kabinet itu yang sepatutnya menjawab pendedahan dibuatnya berhubung isu NFCorp,sebaliknya melancarkan serangan peribadi dan dendam terhadapnya. Ironinya mereka seolah-olah terlupa dengan satu lagi saman fitnah yang dikemukakan oleh NFCorp terhadap Ahli Parlimen Pandan itu dan portal pembangkang Malaysiakini. 

NFCorp dan pengerusinya Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebelum ini telah menfailkan saman itu pada 3 Jun yang lalu berhubung satu kenyataan fitnah yang dilalakukan oleh Rafizi pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 7 Mac yang kemudiannya disiarkan dalam laporan portal tersebut pada hari yang sama.Kemelut NFCorp menjadi perhatian ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa syarikat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya, diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta kepada syarikat tersebut.Disebabkan itu,kerajaan telah berjanji akan segera meneliti dan mengambil beberapa langkah dengan mengkaji semula hala tuju projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di samping mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan kepada NFCorp.Hasilnya sebuah syarikat kerjasama antara Malaysia dan Jepun bersetuju untuk mengambil alih keseluruhan operasi syarikat yang mengendalikan NFC.Pada 19 April lalu,persetujuan pengambilalihan itu telah diberikan berdasarkan kesanggupan syarikat usahasama itu mengambil alih semua aset dan liabiliti NFC.Syarikat usahasama itu juga sebelum ini bersetuju untuk membuat pembayaran permulaan sebanyak RM34 juta bagi tahun lepas dan tahun ini.Bakinya iaitu RM216 juta termasuk faedah akan dibayar dalam perjanjian konsesi baharu yang akan dibincangkan.Terbukti bahawa projek NFC mempunyai potensi jika tidak bagaimana syarikat KASB sanggup mengambil alihnya.Syarikat HFG dari Jepun itu yakin konsep perniagaan NFC adalah berdaya maju kerana ia hampir menyamai perniagaan HFG yang dimulakan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua lebih 65 tahun lalu susulan kebimbangan kerajaan negara itu mengenai isu jaminan makanan. 

Sebelum ini NFC mempunyai aktiviti penternakan,pemprosesan daging,pengeluaran makanan ternakan dan pemasaran.Ia juga sudah siap membangunkan ladang model seluas 1,500 hektar.Kesimpulannya usaha pihak pembangkang selama ini hanyalah bertujuan untuk merosakkan imej Shahrizat.Ini kerana mereka sebenarnya takut dengan kekuatan jentera Wanita Umno yang bersatu padu,rajin bekerja dan turun padang setiap kali pilihnanraya.Maka mereka yang gementar dan cemburu dengan kerja keras itu telah mencari jalan untuk menjatuhkan sayap yang merupakan tulang belakang parti itu.Apa pun,buat Rafizi bersedialah untuk berdepan dengan tindakan saman yang sedang berjalan itu.Ia juga bertujuan untuk dijadikan pengajaran agar berhati-hati dalam membuat kenyataan berbaur fitnah.Inilah yang dinamakan,kerana mulut badan binasa.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, March 24, 2012

HOT NEWS !!! SHAHRIZAT JALIL BERGADUH DENGAN KAMIILIA ???


Ketua Wanita Umno,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak berkecil hati dengan Naib Ketua sayap itu,Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa beliau agar meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan tersebut.Shahrizat berkata,hubungan beliau dengan Kamilia adalah baik,malah menganggap Naib Ketua Wanita Umno itu sebagai kakaknya.

"Sebagai seorang Ketua Wanita (Umno),saya mesti menjadi payung dan adil kepada semua.Saya memahami cara kamilia.Tidak jadi satu perkara yg besar dan tidak berkecil hati.Apatah lagi pandangan dari seorang yang lebih berusia daripada saya.

"Beliau (Kamilia) sudah beri pandangan beliau.Saya terima.Kita sebagai satu keluarga.Sebagai ketua,saya mesti menerima semua pandangan," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat padaPerhimpunan Wanita Umno di sini,Jumaat.

Kamilia sebelum ini menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Bagaimanapun,Presiden Umno,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat memberitahu bahawa Shahrizat kekal memegang jawatan sebagai ketua sayap bagi pergerakan itu.Najib yang juga perdana menteri berkata,Shahrizat belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

"Beliau (Shahrizat) mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai menteri meskipun beliau belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang.Tetapi tanggungjawab moral itu disebabkan ia (isu NFC) melibatkan keluarganya.

"Namun atas dasar dan prinsip kita (UMNO) kerana beliau belum dibuktikan bersalah,maka tidak ada sebab jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO harus dikorbankan atau Shahrizat perlu meninggalkan jawatan itu,"kata Najib - Mstar

Seperti dijangka,suasana di Dewan Merdeka PWTC penuh sesak dengan ahli Wanita UMNO seluruh negara bagi menghadiri Perhimpunan bersama Perdana Menteri. Keadaan dalam dan luar Dewan jelas terpancar sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Ini dipamerkan melalui laungan “We want Shahrizat” dan berbagai rupa sepanduk, banting dan plycard

Suasana lebih gemuruh ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melangkah masuk ke dalam Dewan Merdeka kira-kira jam 3.45 tadi.Hadir sama Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang kelihatan duduk bersebelah dengan Shahrizat di atas pentas bersama PM.Dewan yang boleh memuatkan 5000 orang satu-satu masa itu penuh sesak sehingga melimpah ke luar.

Ada media yang melaporkan 8,000 yang hadir, namum pemerhatian Agendadaily ia lebih dari itu.Perhimpunan tersebut diadakan bertujuan untuk menangkis pelbagai dakwaan pembangkang selain membincangkan persiapan jentera UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.Dalam sidang media berasingan,Datuk Kamilia sendiri berikrar beliau akan terus berkerjasama dengan Shahrizat bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.

Sunday, March 11, 2012

HOT NEWS AND VIDEO !!! DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL LETAK JAWATAN BULAN DEPAN !!!


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,hari ini mengumumkan keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Wanita,Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

"Pada 8 April ini apabila tamatnya penggal saya sebagai Ahli Dewan Negara,saya akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Pembangunan Masyarakat." katanya.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri sepanjang saya perkhidmatan saya sebagai menteri."ujarnya lagi

Beliau berkata,surat perletakan jawatannya berkuatkuasa 8 April ini sudah dihantar kepada Perdana Mennteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.Beliau tetap akan menjalankan tugas-tugas yang dijadualkan bersama NGO sebelum 8 April ini.

"Saya rasa bertuah kerana diberikan peluang berkhidmat dalam kementerian ini. Saya berharap NGO-NGO akan meneruskan kerjasama bersama kementerian ini," katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menjalinkan program Jalinan Kasih LPPKN di Desa Water Park,Kuala Lumpur,Hari ini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,juga menjelaskan bahawa beliau akan kekal memegang jawatan Ketua Wanita Umno dan juga Barisan Nasional (BN).Beliau menyangkal desas-desus bahawa keputusannya meletak jawatan sebagai menteri disebabkan isu skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan ahli keluarganya.

"Saya tiada kaitan dengan skandal NFC dan secara kebetulan suami saya merupakan pengerusi dan saya rasa ini masa terbaik untuk berundur dan pengunduran ini tiada kaitan dengan perkara ini," jelasnya lagi.



Pengumuman perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil bukanlah menjadikan Wanita UMNO lemah,tetapi ini membawa kepada semangat yang lebih utuh hanya untuk parti UMNO khususnya dan Barisan Nasional amnya.

Datuk Seri Shahrizat Jalil mangsa politik kotor Pakatan Haram malah musuh dalam selimut,Beliau masih akan terus berjuang untuk Wanita !!!

Saturday, December 17, 2011

DATUK SERI @SHAHRIZATJALIL MENGAMUK DI AMPANG !!! MAK LAMPIR !!! JAGA-JAGA !!!


Ketua Wanita UMNO Malaysia Shahrizat Abdul Jalil hari ini menggegar bumi Ampang dengan mengadakan Ceramah di Parlimen tersebut petang tadi. Kehadiran beliau dinanti2 kan masyarakat wanita sejak jam 9pagi lagi.

Shahrizat yang hadir memberi ucapan pedas mengherdik Zuraida yang disifatkannya 1 serangan yang diperakui Muslimat PAS sendiri sebagai tidak berhemah. Malah Shahrizat mendakwa Zuraida sewajarnya mencermin dirinya terlebih dahulu dan tidak membuat pertuduhan dengan cara menghasut tanpa melampirkan sebarang bukti kukuh terhadap beliau.


Shahrizat menganggap serangan tersebut sebagai serangan politik untuk menjatuhkan Wanita UMNO secara amnya yang banyak memberi kekuatan terhadap sokongan dan kekuatan UMNO.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat akhir sekali memberi semangat kepada Wanita UMNO agar lebih bekerja keras untuk merampas semula Parlimen Ampang seterusnya menawan Selangor.


Shahrizat sendiri mendakwa beliau telahpun berhadapan dengan Anwar di Parlimen sambil menerangkan apa yang cuba dirancang PKR terhadapnya adalah 1 serangan yang mencabar diri beliau. Anwar didakwa tergamam dengan kenyataan beliau itu.

Masyarakat terutamanya di kalangan wanita yang hadir tanpa mengira kaum hadir menemui Shahrizat turut bersimpati dengan pertuduhan jahat yang dilemparkan terhadap beliau.

Sumber Gelombang Rakyat

NAK TAHU APA YANG MAK LAMPIR DAH BUAT ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA
 
 
Blogger Templates