Social Icons

Pages

Sunday, March 11, 2012

HOT NEWS AND VIDEO !!! DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL LETAK JAWATAN BULAN DEPAN !!!


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,hari ini mengumumkan keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Wanita,Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

"Pada 8 April ini apabila tamatnya penggal saya sebagai Ahli Dewan Negara,saya akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Pembangunan Masyarakat." katanya.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri sepanjang saya perkhidmatan saya sebagai menteri."ujarnya lagi

Beliau berkata,surat perletakan jawatannya berkuatkuasa 8 April ini sudah dihantar kepada Perdana Mennteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.Beliau tetap akan menjalankan tugas-tugas yang dijadualkan bersama NGO sebelum 8 April ini.

"Saya rasa bertuah kerana diberikan peluang berkhidmat dalam kementerian ini. Saya berharap NGO-NGO akan meneruskan kerjasama bersama kementerian ini," katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menjalinkan program Jalinan Kasih LPPKN di Desa Water Park,Kuala Lumpur,Hari ini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,juga menjelaskan bahawa beliau akan kekal memegang jawatan Ketua Wanita Umno dan juga Barisan Nasional (BN).Beliau menyangkal desas-desus bahawa keputusannya meletak jawatan sebagai menteri disebabkan isu skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan ahli keluarganya.

"Saya tiada kaitan dengan skandal NFC dan secara kebetulan suami saya merupakan pengerusi dan saya rasa ini masa terbaik untuk berundur dan pengunduran ini tiada kaitan dengan perkara ini," jelasnya lagi.



Pengumuman perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil bukanlah menjadikan Wanita UMNO lemah,tetapi ini membawa kepada semangat yang lebih utuh hanya untuk parti UMNO khususnya dan Barisan Nasional amnya.

Datuk Seri Shahrizat Jalil mangsa politik kotor Pakatan Haram malah musuh dalam selimut,Beliau masih akan terus berjuang untuk Wanita !!!

3 comments:

Kama Irahsa said...

itulah pengajaran yg pemimpin BN perlu ambil. bkn sahaja perlu bersih, tetapi perlu nampak bersih. pastikn diri dan ahli keluarga tidak terpalit dgn skandal2 yg akn memakan diri. jauhkn diri dr apa2 yg ada kena mengena dgn kerajaan.

Anonymous said...

apa pun yang terjadi pada Shahrizat Jalil ada hikmahnya..pakatan haram dan org UMNO sendiri cemburu.suami dia pun lelaki yg berjaya.semua tu sbb pinjaman,bukan x bayar pun.apa pun sy sbg wanita tetap berada di sisi shahrizat jalil

pembaca setia

Ain Jalil

Anonymous said...

Sy tetap kata dia mangsa keadaan. Mana ada hukum yang mensabitkan isteri bila suami yang disiasat. Hillary Clinton dipilih utk memegang jawatan penting walaupun suaminya disabit kesalahan. Semuga Kak Jat murah rezeki dan anggap ini satu ujian.

 
 
Blogger Templates