Social Icons

Pages

Friday, November 27, 2015

KISAH #NFC !!! RAKYAT MALAYSIA DAH SEDAR KERR BELUM ???


keputusan Mahkamah Seksyen kelmarin membebaskan Pengerusi NFC,Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail daripada tuduhan salah laku pecah amanah membabitkan wang sebanyak RM 49.7 juta,sepatutnya memberi pengajaran kepada kita semua agar tidak sewenang-wenang membuat tuduhan yang boleh mencemarkan imej orang lain.Sejak dimulakan pembangkang iaitu Rafizi,imej dan kredebiliti Salleh serta seluruh keluarganya,termasuk isteri Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil telah dicemarkan.Sepanjang kes ini berjalan mereka sekeluarga (termasuk anak-anak) jadi bahan ejekan dan kecaman masyarakat, cuma untuk tahu diakhirnya Mahkamah membebaskan Ismail dari semua tuduhan. 

Datuk Seri Najib dan isterinya jangan cakaplah,macam-macam cara digunakan untuk memburukkan mereka berdua sehinggakan satu ‘initial’ pun boleh dijadikan asas untuk mengaitkan beliau dalam satu konspirasi.Persoalannya,berapa ramai lagi orang seperti Ismail dan Shahrizat nak menjadi mangsa ahli fitnah seperti Rafizi dan pakatan pembangkang yang menaunginya,sebelum rakyat Malaysia nak sedar bahawa semua fitnah dan permainan persepsi ini hanya bermotifkan politik ??? Berapa keputusan Mahkamah seperti dalam kes NFC ini keluar baru kita nak tolak orang macam si Rafizi ??? dan sampai bila rakyat Malaysia perlu bergantung kepada fitnah seperti ini untuk membuat keputusan siapa yang lebih layak menjadi kerajaan di negara kita ??? 

Berubahlah.Penentuan siapa lebih layak jadi kerajaan perlu bersandarkan kepada merit dan fakta,bukan fitnah serta adu domba.Pembangkang bergantung sepenuhnya kepada fitnah dan permainan persepsi untuk memburukkan keadaan dan malangnya ada di antara kita menerima pendekatan ini dalam membuat keputusan di kertas undi.Sebab itu pembangkang sewenang-wenangnya boleh membodohkan rakyat.Dalam hal YaPEIM sebagai contoh,tindakan membawa fitnah ini ke Mahkamah menjadi kritikan pembangkang,tak sedar yang ketua agung mereka,Anwar Ibrahim adalah raja saman.Kenapa Anwar boleh saman dan kenapa orang lain tidak boleh,apakah hak saman ini hanya eksklusif untuk Anwar saja ??? Kalau fikir rasioanl dari logik itu saja dah tak cukup tanah pihak yang berkenaan nak menjawab tapi sebab kita menerima pendekatan itu maka modus operandi yang macam ini akan terus menjadi pilihan orang macam Rafizi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates