Social Icons

Pages

Wednesday, March 07, 2012

KHALID GAGAP GAGAL !!! SAH !!! SELCAT UMPAMA MAHKAMAH KANGGARU !!!


Kenyataan Speaker DUN supaya Datuk Seri Noh Omar menulis surat untuk hadir sebagai saksi baru-baru ini hanyalah sebagai satu helah untuk menyelamatkan tengkuk mereka sendiri.SELCAT mempunyai 2 prosedur dalam memanggil saksi untuk memberi keterangan.

Pertama adalah saksi boleh disapina

Sepina bermaksud sebuah writ dibuat oleh sebuah agensi kerajaan, kebanyakan selalunya sebuah mahkamah, yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan testimoni oleh seorangsaksi atau penghasilan bukti di bawah hukuman jika gagal. Terdapat dua jenis sapina:

1- Mengarahkan seseorang untuk memberikan keterangan sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Sapina juga boleh meminta keterangan diberi melalui panggilan telefon atau orang perseorangan.

2- Mengarahkan seseorang atau organisasi untuk membawa bukti jelas sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Ini biasanya digunakan bagi permintaan-permintaan untuk mengeposkan dokumen-dokumen kepada pihak yang meminta atau secara terus ke mahkamah.



Hari ini Datuk Seri Noh Omar mengatakan bahawa SELCAT ini seperti mahkamah kanggaru atau dalam satu istilah lain ialah mahkamah yang tidak telus.Satu persoalan yang kita kena fikir adakah SELCAT ini umpama mahkamah ???

Kalau prosiding yang dijalankan seperti sebuah mahkamah, kenapa hanya individu berkepentingan politik sahaja yang terbabit di dalam SELCAT ??? Kenapa tidak diletakkan bekas hakim yang kelayakannya tidak boleh dipertikaikan lagi. Mengapa tidak diletakkan pegawai tinggi kerajaan yang jelas memahami dasar-dasar kerajaan ataupun prosedur-prosedur tertentu.Betul apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Noh Omar, SELCAT adalah "mahkamah kanggaru" yang bertujuan untuk menutup salah laku dan kepincangan kerajaan negeri.



Semalam Pengurus Besar Yayasan Selangor sendiri mengesahkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan dalam pentadbiran Yayasan Selangor.Kita jangan terlupa bahawa Ilham Marzuki adalah kroni yang dilantik oleh Khalid Gagap kerana beliau bukanlah calon utama pilihan jawatankuasa temuduga.Calon utama adalah Razali Tumirin dan Raja Razman.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Ilham Marzuki bukanlah calon yang layak dan sesuai untuk jawatan Pengurus Besar. Kelulusan beliau berlatar belakangkan bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik dan tidak sesuai langsung untuk sebuah anak syarikat yang mengutamakan bidang pendidikan di dalam teras penubuhannya.Apakah kemahiran yang ada pada beliau jika dibandingkan dengan calon pilihan Panel Temuduga iaitu Razali Tumirin ataupun Raja Razman. Beliau hanyalah seorang konsultant bebas selama 10 tahun. Kriteria utama pemilihan Pengurus Besar dibahagikan kepada 3 iaitu

1- Kelayakan profesional iaitu berkaitan dengan bidang pengurusan aset dan hal ehwal pelajar
2- Had umur sehingga 55 tahun
3- Sekurang-kurangnya kelayakan akademik adalah Ijazah Sarjana Muda.

Jika dilihat kepada kelayakan pertama yang biasanya yang terpenting,Ilham Marzuki sudah berada jauh dibelakang jika dibandingkan dengan calon lain.Apakah kriteria utama yang dibuat oleh Khalid gagap sehingga beliau melantik Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar ???



Jika ini berlaku bukan sahaja Ilham Marzuki wajib dipecat tetapi Khalid Ibrahim juga patut meletakkan jawatan atas alasan mengamalkan kronisme sehingga menjejaskan masa depan golongan muda dan pelajar di Selangor.Tidak hairanlah beliau mengaku di depan SELCAT bahawa dia ada melakukan kesilapan yang kononnya tidak disedari. Adakah menaikkan gaji sendiri dalam tempoh singkat itu satu kesilapan yang tidak disedari?

Jangan bodohkan rakyat dengan gimik mahkamah kanggaro. Apa agaknya tindakan Khalid Gagap terhadap pengakuan Ilham Marzuki.Pecat atau digantung kerja ??? Di dalam laporan audit jelas tertulis supaya Pengurus Besar dipecat.

ADAKAH ILHAM MARZUKI AKAN DI PECAT ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

teruskan noh omar,bantai semua peliwat pakatn barua ni.SELCAT dah menipu rakyat malaysia kononnya kata telus.khalid gagap,ko harus buang GM tu.itu parasit dlm Yayasan Selangor

 
 
Blogger Templates