Social Icons

Pages

Thursday, April 05, 2012

EKSKLUSIF !!! #BERSIH3.0 PAKATAN HARAM ADA AGENDA LAIN ??? WAJIB BACA !!!


Walaupun beberapa tuntutan Bersih 2.0 telah pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga kerajaan,mereka masih juga berdegil ingin mengadakan Himpunan Bersih 3.0 konon kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi.Sedangkan,kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih khasnya,ataupun mana-mana pihak.

Untuk itu juga,SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya. Namun, seperti juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia,adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka.Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.

Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos. Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.

SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini. Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua. Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini.

Namun,yang paling mencurigakan sekali ialah apabila Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang lebih panjang dengan minimum 21 hari.Apakah kena mengena tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih ??? Bagaimanakah tempoh kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi dan pengiraan undi ???

Tidakkah Bersih tahu bahawa tempoh kempen 21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969 ???

Apakah Bersih tidak belajar dari sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah ??? Maka tepatlah tekaan kita bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata.

Jika dilihat dari himpunan-himpunan yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901, kumpulan Hijau, Dong Zong dan kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan. Walaupun himpunan dibuat dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan menggugat keamanan negara.

Bayangkan jika ucapan atau ceramah kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam skala yang lebih besar Dan inilah sebenarnya matlamat Bersih.Hanya orang-orang dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi bersama Bersih kerana tidak menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban,demi sebuah pengkhianatan terhadap negara sendiri. Dari satu sudut,dengan bekerjasama dengan Pakatan Haram,Bersih telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan itu sendiri sebagai tidak bersih.

Manakan tidak,sedangkan dalam pemilihan parti Pakatan Haram sendiri,amalan memanipulasi undi, menipu,mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh rakyat malaysia.Malah,Pakatan Haram juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak,saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi. Rasuah politik yang konon ditentang Bersih juga diamalkan secara berleluasa oleh Pakatan Haram sehinggakan parti yang konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman liberal,syiah,komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang dan jawatan.

Bagaimana Bersih akan dapat membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali ??? Bersih seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut Ataupun mungkin juga Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak diri sendiri.

Justeru,tidak usahlah Bersih berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor.Dengan pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana dari pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia,sudah cukup untuk membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya. Akhirnya,semua ini menjurus kepada satu kesimpulan sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara.pengkhianat negara adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia.apa kata bersihkan sampah di selangor dulu...

ADAKAH ANDA NAK PANGKAH PAKATAN HARAM ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

Setuju sgt dgn komen saudara...

Aku pengundi baru, tak akan undi pakatan rakyat yg haram jadah.

bersih 3 memang celaka...

PAS tolol suruh ahli pergi bersih. Tapi halang ahli pergi perhimpunan menentang gerakan murtad!

PAS is dead.

Arah ahli pergi ikut bontot Ambiga ...penyokong kuat murtad, penyokong kuat LGBT, penyokong IFC..

Kenapa PAS teruk sgt sehingga tak nampak kebenaran?

Anonymous said...

Pukimak kau punya kelimg dan PAS shit tak ader kerja laim ker nak buat...buat rosak negara jer.......

Anonymous said...

sebenar nya mereka mahu perang ....yelah dah puas berasa aman....kalau negara kacau bilau pemerintan tentera mungkin berlaku...gaji penjawat awam kita struktur semula bagi maksimum rm1000.00 je....nak sangat......x tau nak bersyukur apa yang ada...

Pencinta Bangsaku said...

huhuhu.. cukuplah mereka sahaja yang menggunakan perkataan yang mencaci maki.. kepada orang2 UMNO jangan ikut jejak mereka.. cakap/beri pendapat secara berhemah ye... tapi memang lah puak2 ni tak faham2 atau buat2 tak faham dengan perjuangan mereka sendiri sekarang ni.. aduhaiii

Anonymous said...

1. Adakah rakyat diseluruh negeri2 dalam Nalaysia ini merasa tenteram dan aman serta mempunyai kehidupan yang selesa selama ini..???

2. " Di Sabah makin menjadi-jadi kerja membuat pendaftaran ic projek kepada pendatang asing Filipina dan Indonesia."

3. Saya sendiri pernah menjadi mangsa kecurian identiti diri yang telah diguna pakai oleh orang lain..!!

4. Adakah parti pembangkang atau parti pemerintah yang melakukan kerja-kerja tersebut..???

5. Negeri Sabah KAYA TAPI JADI TERMISKIN DALAM NEGARA MALAYSIA..!!

Sekian..

 
 
Blogger Templates