Social Icons

Pages

Tuesday, April 24, 2012

EKSKLUSIF !!! JAWAPAN SEBENAR NAJWA LATIFF KENAPA BELIAU MEMPERAGAKAN FESYEN YANG PELIK !!!


Penyanyi remaja yang mula popular melalui YouTube, Najwa Latiff mempertahankan kakaknya, Syafikah Latiff mengenai kritikan yang dilemparkan oleh umum mengenai imej dan fesyennya yang dikatakan pelik dan tidak kena dengan usianya angkara kakak penyanyi itu.Dipetik dari mStar,Najwa,yang kini bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, menegaskan, bahawa penampilannya pada sebarang acara-acara hiburan atau persembahan ditentukan oleh banyak pihak selepas perbincangan.

"Pemilihan imej saya tidak hanya ditentukan oleh kakak, malah ia melibatkan pihak pengurusan dan saya sendiri. Tidak adil menuduh kakak saya menjadi punca kepada masalah imej dan fesyen saya.Sebenarnya, kami akan berbincang terlebih dahulu sebelum saya menghadiri apa-apa acara hiburan. Orang ramai sudah salah faham tentang perkara ini," katanya lagi.

Isu imej penyanyi lagu Kosong ini semakin menjadi perhatian sejak beliau memperagakan busana rekaan Wan Huzairil di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 (ABPBH2012) pada 8 April lalu,yang dikatakan tidak sepadan dengan usianya.Kakak Najwa juga telah dipersalahkan sebagai punca fesyen dan penampilnya yang pelik pada malam itu.Tetapi Najwa kemudiannya berkata, "Saya masih baru dan tercari-cari fesyen yang bersesuaian dan sepadan. Namun,saya tidak berkecil hati walaupun segelintir pihak masih mempertikaikan imej saya."

Selain itu, penyanyi ini juga memaklumkan persembahan di ABPBH baru-baru ini adalah persembahan pentas yang terakhir sehingga beliau selesai SPM.Atas nasihat ibu, saya ambil keputusan ini untuk masa depan. Kalau diikutkan, saya patut berehat sejak Mac lagi dan kemunculan," katanya.

"Insya-Allah apabila saya aktif semula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya akan tampil dengan kelainan," kongsinya.

1 comment:

Anonymous said...

tak apa pesen pelik... asalkan tutup aurat....

bodoh melayu bangang wartawan & yg lain2 memperbesarkan isu kecil ...

isu besar artis2 berbogel pakai baju tak cukup kain tu apasal tak ditegur????

KOSONG ... KOSONG... KOSONG .. betul otak hang...

KOSONg ~ brilliant lirik & song from talented young malay girl..

love u najwa... teruskan berkarya...

 
 
Blogger Templates