Berikut adalah kenyataan rasmi Aaron Aziz sebagai respon kepada artikel wartawan Hazrey yang disiarkan melalui entri Hazrey.com
Salam Hazrey,
Pertama sekali, Alhamdulillah kerana sempat bertemu Hazrey di Sri Pentas tempohari dan tak sangka, ada wartawan yang sporting dan kita sempat bergurau biarpun waktu membatasi kita untuk berborak lebih lama. Tentunya banyak isu menarik boleh dikongsi jika masa mengizinkan.
Apapun, harap kita akan dapat bertemu sekali lagi!
Aaron ingin mengucapkan terima kasih kepada Hazrey kerana menyiarkan mengenai hasrat Aaron melalui blog Hazrey.com tentang kenyataan Aaron terhadap permohonan taraf Penduduk Tetap di tanah bertuah ini. Sememangnya, sejak mula berkecimpung dalam industri seni ini, Aaron sentiasa teruja untuk berkongsi bakat, menuntut ilmu dari mereka yang arif dalam industri di Malaysia ini.
Malah, kita sendiri tahu, Malaysia dan Singapura hanya dipisahkan oleh Selat Tebrau dan tak pernah terpisah oleh pertalian darah kita, persaudaraan kita dan ini diperkukuhkan lagi melalui jalinan pelbagai industri termasuk industri seni ini sendiri. Dan Aaron bersyukur, isteri dan anak-anak gembira berada di Malaysia sepanjang saya terlibat dengan kerjaya seni saya ini. Pada saya, tiada sempadan dalam industri seni kita ini. Dan saya bersyukur diberi peluang oleh saudara saudara saya di Malaysia untuk aktif dalam industri yang saya pandang satu industri yang sangat hebat!
Tujuan saya mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Malaysia adalah bagi memudahkan saya menjalankan aktiviti seni saya dan saya tak sampai hati melihat isteri dan anak-anak terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura bagi mengecop passport kerana mereka datang ke sini menemani Aaron. Mereka adalah kekuatan saya, merekalah motivasi kepada saya dan kehadiran mereka menguatkan semangat saya untuk bekerja.
Dalam pertemuan saya dengan Hazrey Selasa lalu di bilik berita TV9 adalah satu pertemuan yang sangat saya hargai apatah lagi dapat bertemu dengan ramai lagi rakan wartawan yang tak jemu membantu Aaron dalam industri.
Sebenarnya,Aaron tak menafikan apa yang dilafazkan sebagaimana ditulis Hazrey melalui blog hari ini namun Aaron akui, Aaron tersilap kerana apa yang diucapkan adalah gurauan semata-mata kerana ketika itu kita sedang rancak berbual mengenai komen Zed Zaidi dan sempat menyelitkan gurauan.
Saya minta maaf kerana Hazrey membuat intepretasi berbeza di atas semangat Aaron yang setiap hari berdoa dan mengharapkan permohonan Aaron dapat diluluskan kerajaan Malaysia.
Untuk makluman Hazrey, permohonan Aaron belum diluluskan dan mungkin Aaron terlalu excited hingga membuatkan interpretasi berbeza diterima Hazrey dan rakan-rakan wartawan lain ketika itu.
Saya tidak menyalahkan Hazrey dan rakan-rakan kerana mendapat intepretasi yang berbeza kerana secara jujurnya, Aaron masih lagi excited untuk mendapat taraf Penduduk Tetap di negara ini. Saya akui, kadangkala keterujaan kita memungkinkan kita untuk melafazkan sesuatu di luar intepretasi mereka yang mendengar.
Apapun, Aaron sentiasa berdoa permohonan Aaron ini tidak bermasalah kerana Aaron ingin menyumbang bakat tak seberapa Aaron ini untuk saudara saudara Aaron di Malaysia ini. Ya, tak pernah Aaron anggap mereka sebagai peminat tetapi mereka adalah saudara saudara Aaron dan keluarga kerana mereka sendiri sudah menganggap Aaron dan keluarga sebahagian dari mereka.
Untuk makluman Hazrey, anak-anak Aaron yang menjadi pillar of strength Aaron dan isteri, Diyana sudahpun bersekolah di Malaysia dan mereka sangat gembira dengan persekitaran serta rakan-rakan baru mereka di sini dan ini sangat menggembirakan kami berdua.
Sekali lagi, saya mohon maaf jika kenyataan saya pada Hazrey tempohari menerima intepretasi berbeza dek rasa teruja Aaron untuk menjadi sebahagian dari saudara saudara Aaron di Malaysia ini. Dan harap Hazrey akan terus menyokong aktiviti seni Aaron pada masa akan datang!!
Salam dari saya sekeluarga.
Aaron Aziz
12 April 2012
Kuala Lumpur

4 comments:
jadi penyanyi mudah dapat PR. aku ada orang gaji indon dah 11 tahun kerja ngan aku...tiap tahun sambung permit...setahun sekali nk balik indon tengok anak dan suami pun berkira...mohon PR dah dua kali. ..senyap sepi..dah dibakul sampah kan la tu..
tak faham aku dengan polisi kerajaan ni..rakyat singapork yg seratus kali satu dgn mudah masuk keluar di beri PR kerana dia artis.
yg tinggal seberang laut..berbelas tahun disini..patuh pada undang2 imigeresen tak layak dapat PR...sesiapa warga asing yg nak dapat PR segera jadilah artis.
Memang ramai yg nak jadi warga M'sia terutama dari Indon. Salah satu faktor ialah sumbangan pada negara. Macam artis memang nampak sumbangan mereka, jadi duta macam2 projek berbanding orang makan gaji yg duduk rumah. Buatlah kerja2 kebajikan, masuk NGO dan dapatkan surat sokongan. Kalau nak seribu daya. Jangan mudah kita ni menyalahkan orang lain tapi tengok apa kekurangan kita.
This Is Kerinchi Katanya!!!
Bro 8:29 am!!
Betol tu. Tengok sumbangan la takkan nak beri kerakyatan pada orang sembarangan hancurlah Negara.
Tengok Anwar Aljubs dan Puak Khawarij PAS yg lain tu. Ada kerakyatan tapi tak sayang Negara. Apa sumbangan neteka kpd Negara?? Habis semua isteri orang di mantatnya dan Negara dan Agama di porak perandakan.
Astaghfirullah .....
Lagi satu si Bangsat apa nama dia!! Zed Zaidi?? Mat Kedi?? Tutop mulot tu dan jgn jadi makjujat dan cuba nak jadi HERO!!!
Sumbangan sendiri pon apa jer!! Bakat pon mcm TAIK sama dgn PUAK KHAWARIJ yang mcm TAIK TU!!!
Post a Comment