“Dalam menzahirkan konsep sukan untuk semua sentiasa diamalkan, konsep 3A iaitu kesedaran, kebolehcapaian dan mampu untuk disertai perlu dititik beratkan agar ianya dapat dilaksanakan oleh semua tanpa mengira peringkat umur,bangsa dan jantina”, kata Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan,Dato' Mohid Bin Mohamed bersempena Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) baru-baru ini.
Majlis yang mengiktiraf penggiat-penggiat sukan di Malaysia ini,banyak menyumbang ke arah satu fasa pembangunan sukan yang lebih gemilang.Di samping itu,ianya turut berperanan dalam meningkatkan kualiti kesihatan manusia, membentuk perwatakan manusia serta sama sekali dapat membangunkan gaya hidup cergas, sihat dan bersatu.
Sebanyak 35 orang penggiat Sukan Untuk Semua yang telah disenarai pendek sebagai calon penerima bagi anugerah yang dibahagikan kepada lapan kategori ASUS pada kali ini,antaranya Kategori Pemimpin lelaki dan Wanita,Kategori Persatuan Sukan,Kategori Keluarga Aktif,Kategori Penggerak,Kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) Pemimpin,Kategori Kelab Sukan Komuniti (KSK) Cemerlang dan Kategori Tokoh ASUS.
Tegas beliau lagi,masyarakat juga perlu mengambil kesempatan daripada persekitaran dan senario semasa sukan dunia untuk dijadikan pencetus kepada pembudayaan sukan yang lebih menyeluruh. Tambahnya lagi, ianya adalah antara salah satu cara bagi mengubah persepsi sesetengah masyarakat Malaysia yang masih menganggap sukan hanya sekadar minat mahupun hobi tetapi melihat sukan dapat membawa pulangan yang lebih besar terhadap industri sukan di Malaysia amnya.
Melalui pengiktirafan ini juga, semua individu yang melibatkan diri dalam pembudayaan sukan dapat menjadi pemangkin melalui tenaga,jasa dan khidmat bakti bagi menjulang serta memartabatkan lagi Sukan Untuk Semua. Seterusnya dapat menarik lebih ramai lagi masyarakat untuk menyertai aktiviti-aktiviti berbentuk sukan rekreasi dan sukan kecergasan yang merupakan asas kepada pembangunan sukan di negara ini.
AYUH BELIA MALAYSIA !!!
KITA GEGARKAN PUTRAJAYA 23 - 27 MEI INI !!!
PUTRAJAYA KHAS UNTUK ANDA !!!

No comments:
Post a Comment