Social Icons

Pages

Monday, April 02, 2012

HOT NEWS !!! LUAHAN HATI UMMI HAFILDA !!! WAJIB BACA !!!


ARTIKEL terdahulu penulis membangkitkan isu integriti Anwar Ibrahim yang semakin serius menyebabkan ramai kawan dan penyokongnya meninggalkannya. Apalagi yang menyentuh tentang kaitannya dengan pihak asing yang cuba campur tangan dalam kedudukan politik di Malaysia.Doa penulis semoga kebenaran yang hakiki akan tegak akhirnya. Meski masih ada penyokong Anwar yang menghadapi 'mental-block' dan tegar dengan sikap tidak mahu membaca sumber lain sebagai bandingan.

Akhbar Mingguan Malaysia baru-baru ini menyiarkan "Luahan hati Ummi Hafilda" yang menyentuh integriti Azmin Ali terhadap ibunya.Walaupun Ummi dilihat sebagai tokoh kontroversial tetapi keberaniannya membongkar isu integriti Anwar dan Azmin tidak pernah dicabar oleh sesiapa.Beliau dengan berani tampil menyatakan apa yang dia tahu tentang Anwar dan abangnya.Hairannya Ummi tidak pernah disaman oleh Anwar apalagi Azmin.Tentu ada sebab mengapa ia tidak berlaku.Atas nama integriti Anwar dan Azmin sepatutnya menyaman Ummi kerana kenyataannya amat memalukan mereka.

Membaca luah perasaan Ummi yang terbaru juga mengharukan hati penulis. Sudah lapan bulan Azmin tidak menziarahi ibunya. Anak dan ibu adalah suatu simbiosis yang sangat bermakna dalam keluarga. Bagi penulis, ibu dan ayah adalah insan yang amat berharga dalam hidup. Tanpa asuhan ibu dan ayah tidak mungkin kita dewasa sebegini. Doa ibu dan ayah ada kesan barakah dalam hidup kita. Lebih-lebih lagi syurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.

Umum mengetahui adanya masalah hubungan antara Azmin dengan Ummi. Tetapi adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila pertentangan Ummi dan Azmin menyebabkan ibu jadi mangsa. Menarik luahan Ummi dalam MM iaitu - ''Bagi saya ibu adalah jannah (syurga). Azmin marah sebab mak sokong saya. Seorang ibu tidak payah pergi universiti kalau nak tahu anak mana yang benar atau mana yang salah. Dan mak tahu saya di pihak yang benar".

Penulis percaya apa yang berlaku pada keluarga Azmin termasuk Azwan sudah diketahui oleh anggota keluarganya. Tidak mungkin seorang adik dari darah keturunannya sanggup membuat fitnah kepada abangnya tanpa asas kukuh. Apa pun alasan yang diberi ibu tetap ibu. Lebih-lebih lagi Azmin ialah pemimpin parti politik yang memperjuangkan keadilan. Adilkah ibu masih hidup tidak dijenguk sekian lama. Adilkah Azmin bila ibu menghubunginya menerusi twitter Ummi, Azmin tidak memberi respons.

Keadilan mesti bermula pada diri dan ia terhubung dengan ibu. Kalau dengan ibu kita tidak mampu berlaku adil dan ihsan mampukah kita menjadi pemimpin untuk menegakkan keadilan kepada orang yang kita pimpin. Sudah tentu tidak. Kedekatan kita dengan Allah memberi makna kehampiran kita kepada ibu dan ayah. Mereka adalah satu- satunya yang harus diberi kasih sayang dan perhatian. Orang yang sudah kehilangan ibu dan ayah amat merasakan bermaknanya kehadiran ibu dan ayah dalam hidup ini.

Baik Anwar dan Azmin inilah masalah integriti yang sedang dihadapi. Anwar boleh menasihati Azmin atau memberitahu Shamsidar betapa tidak baiknya bermusuh dengan ibu. Anwar amat memahami ini kerana kehilangan Mak Yan waktu dalam penjara. Bayangkan air mata yang mengalir menunggu kepulangan Anwar sewaktu Mak Yan masih hidup. Bayangkan jujuran air mata Anwar waktu menziarahi jenazah Mak Yan dikubur. Ia sesuatu yang sangat mengharukan Dan bayangkan juga air mata Hajah Mak Tom yang mengalir sewaktu dia masih hidup tetapi Azmin tidak merasa apa-apa. Apakah setelah ibu pergi baru Azmin ingin menziarahi dengan linangan air mata sedangkan saki-baki usianya tidak diraikan secara adil.

Apa yang sedang terjadi pada Azmin juga masalah integriti. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali suatu ketika dulu sangat dekat dengan Azmin. Waktu belajar di Duluth Minnesota, Amerika Syarikat Azmin mempunyai hubungan baik dengan kedua-duanya. Apabila Tun Mahathir sakit, Azmin menyatakan sesuatu yang amat menghiris hati Tun dan keluarga. Apakah tanda kita ini manusia yang mengenang budi.Kontraversi Azmin dengan Ummi adalah soal dakwaan dan fakta. Ummi dengan beraninya cuba berdepan dalam pentas politik dengan Anwar di Pahang suatu ketika dulu tetapi Anwar tidak mampu menghilangkan keraguan orang ramai.

Kalau Azmin menganggap apa yang pernah disebutkan oleh Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi itu fitnah, jalan terbaik membawanya ke mahkamah. Jika ia tidak berlaku orang ramai berhak untuk mencurigai apa yang sebenarnya berlaku. Isu integriti Anwar dan Azmin amat penting untuk dibersihkan. Sebagai Ahli Yang Berhormat ketelusan sangat perlu. Ketelusan bermula dari diri kerana diri pemimpin adalah contoh. Pemimpin harus mengotakan apa dikata.Mengotakan apa yang dikata membayangkan sifat adil yang tinggi. Kalau pemimpin itu dikatakan bersih dan mahu dilihat bersih, integriti diri harus dipelihara. Kalau diri masih terpalit dengan masalah integriti yang banyak bermakna tidak kelihatan bersih lagi.

Pemimpin seperti Anwar dan Azmin tidak saja menjadi pemimpin di Permatang Pauh dan juga Gombak. Mereka bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan juga Menteri. Dalam tradisi Islam kepimpinan harus bermula di rumah. Di rumah perlu ada ketelusan terhadap isteri suami. Isteri ialah sumber amanah dan isteri ialah sumber taat. Isteri mengetahui secara telus apa yang dilakukan suami dan suami harus tahu apa yang dilakukan oleh isteri.Asas kekuatan atau kepincangan yang terdapat di rumah bakal memberi kesan kepada kepimpinan di luar rumah. Di luar, orang ramai tidak mengetahui apa berlaku di dalam rumah. Sekiranya kepincangan berlaku di dalam rumah, kita berpura-pura elok di luar rumah, lambat laun kebenaran akan terserlah.

Membaca luahan hati Ummi Hafilda hati penulis tersentuh. Ibu dan ayah penulis telah pergi lama. Penulis setiap hari mengenang dengan doa. Penulis bertekad menjadi anak yang soleh supaya ada hubungan penulis dengan yang pergi.Penulis yakin tentang pentingnya integriti diri dijadikan sumber kekuatan. Apalagi bila menjadi pemimpin, pemimpin adalah sumber contoh. Pemimpin harus memiliki sumber teladan yang baik dan sumber ikutan yang telus. Kalau tidak antara pemimpin dan pengikut bakal terbina jambatan kepura-puraan.

Islam amat menyanjung kepimpinan yang berintegriti. Rasullullah SAW kalau mendapati anaknya Fatimah mencuri akan memotong tangannya. Omar Ab. Aziz bila didatangi anaknya ingin bertanya sesuatu lalu menyatakan adakah yang ingin ditanyakan itu urusan peribadi atau negara. Kalau urusan peribadi akan dipadamkan lampu dari biaya negara.Semoga Allah sentiasa memberi kita petunjuk untuk memelihara dan menjaga hati ibu dan ayah. Itulah khidmat terakhir bagi ibu bapa yang berumur supaya perginya mereka seperti akan perginya kita dalam jiwa dan rasa yang tenang.

Sumber Utusan

9 comments:

Unknown said...

Tersentuh baca...

NURUL IZZAH MENGAKU DIA TAK BUAT KERJA DI LEMBAH PANTAI, HANYA BERGANTUNG PADA RAJA NONG CHIK! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Cheguman said...

Aku tunggu Azmin saman umi hafilda.
http://waadat.blogspot.com/2012/04/isu-ptptn-tolong-sebarkan.html

Cyleo Blue said...

Harap org bukit antarabangsa x bagi muka lagi pada anak derhaka mcm azmin.Hanya kerana HARTA & KUASA, seorg suami di gelar DAYUS jika membenarkan isteri nya bergaul dgn ketuanya berdua duaan di tempat sulit.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Jangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan.

Anonymous said...

Mana mungkin kakak nak fitnah adiknya, cuba fikirkan pernah ke kita terasa hati nak fitnah adik kita sendiri.

Anonymous said...

Anon 3:36, mungkin semua ini hasil dari solat hajat dan doa penyokong2 Anwar agar Allah tunjukkan kebenaran kepada rakyat M'sia..bukan sdikit yg Allah tunjukkan..

Anonymous said...

Nak tergelak plak aku baca kononnya solat hajat dari penyokong anwar...lawak la wei...ko x tengok dan pikir ke ha...allah dh tunjukkan mcm2 dah pada anwar ni...aku rasa ko patut wat solat tobat pasal dok sokong anwar selamani....JANGAN BUTA HATI BRO???

Anonymous said...

Betul. Saya org bkt antarabangsa dh jelak tggu janji pkr kononya nak majukan infrastruktur b.a dh 2 penggal pun haram apa pun xde..

Hansley Arnaz Hawana said...

aku ingat kebanyakan orang yang masih menyokong UMNO/BN adalah dari kalangan orang yang kurang akal. tidak terpelajar. fasik dan aku berani mengatakan segelintirnya juga adalah munafiq -- juga pengikut taghut!

salah satu bukti yang nyata adalah juak-juak UMNO bodoh ni menolak hukum Islam. (Tidak dapat melaksanakan satu hal yang lain. Menolaknya sama sekali adalah syirik!)

memang mereka dari kerabat UMNO dan mereka yang sepusat-sepusing dengan mereka menolak hukum Islam kerana mereka suka kepada perkara yang 'lagha' dan yang berunsur maksiat. menipu, rasuah, salah guna kuasa, makan komisyen (walaupun dah dibayar gaji yang tinggi), kronisme, suka kepada maksiat, arak, zina, judi ... semuanya adalah amalan biasa mereka di kalangan UMNO/BN.

BERTAUBATLAH SAUDARA SEMUA SEBELUM AJAL ... di akhirat kelak kita akan dipersoalkan dan kita tidak boleh menuding jari ke arah orang lain. Pada masa itu tidak ada ibu yang boleh menyelamatkan anaknya, tiada kuasa pada Najib, tidak juga pada Muhyiddin, tidak juga pada Agong, apatah lagi pada UMNO. Adakah kita benar-benar memperjuangkan Islam, atau sebagai penentang Islam.

amalkanlah sembahyang istikharah supay Allah tunjukkan perkara yang sebenarnya kepada kita. apakah kita akhirnya menjadi orang Islam hanya pada nama sahaja. Tepuk dada tanya selera. Kubur masing-masing jaga!

 
 
Blogger Templates