Demonstrasi anti PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) petang esok (Sabtu) dijangka hanya dihadiri sekitar 200 orang sahaja selepas ramai kalangan pelajar universiti berbelah bagi dan hilang minat membicarakan isu tersebut.Kebanyakkan mahasiswa dilaporkan semakin tawar hati dan melihat janji-janji Anwar dalam isu pemansuhan PTPTN hanyalah satu propaganda bersifat politiking semata-mata untuk kepentingan Anwar serta barisan pembangkang dan bukannya bermaksud mahu membantu mahasiswa.
Situasi tersebut dipercayai wujud selepas masing-masing telah mengetahui penglibatan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim adalah antara pendukung utama yang meluluskan penubuhan PTPTN lewat tahun 90-an dulu.
Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan SMM menyebut,beberapa langkah awal telahpun disegerakan untuk mengelakkan demonstrasi tersebut gagal sama sekali.Menurutnya,Adam Adli dan Safwan Anang telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Pakatan Haram yang rapat dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan strategi saat akhir untuk mobilise semaksima mungkin mahasiswa untuk turun ke jalanraya.Antara langkah yang telah dipersetujui dan sedang digerakkan ialah menambah dana peruntukan kewangan untuk menampung kos upah pendemo yang dinaikan dua kali ganda bertujuan menarik minat lebih ramai mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut.
Situasi tersebut dipercayai wujud selepas masing-masing telah mengetahui penglibatan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim adalah antara pendukung utama yang meluluskan penubuhan PTPTN lewat tahun 90-an dulu.
Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan SMM menyebut,beberapa langkah awal telahpun disegerakan untuk mengelakkan demonstrasi tersebut gagal sama sekali.Menurutnya,Adam Adli dan Safwan Anang telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Pakatan Haram yang rapat dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan strategi saat akhir untuk mobilise semaksima mungkin mahasiswa untuk turun ke jalanraya.Antara langkah yang telah dipersetujui dan sedang digerakkan ialah menambah dana peruntukan kewangan untuk menampung kos upah pendemo yang dinaikan dua kali ganda bertujuan menarik minat lebih ramai mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut.
Selain itu SMM juga telah meminta bantuan unit foto Haramkahdaily dan Meloyakini supaya menghantar seorang jurufoto terbaik mereka bagi merakamkan foto close-up semasa demonstrasi untuk memberi gambaran kepada umum yang demonstrasi tersebut berjaya dan mendapat sambutan hangat.Sementara itu dalam perkembangan berkaitan,wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menafikan berita awal sebelum ini yang menyebut penglibatan mereka yang dikatakan menyokong demonstrasi anti-PTPTN anjuran SMM sebaliknya menyeru supaya mahasiswa menggunakan kewarasan akal fikiran dalam menilai setiap isu berbangkit.
4 comments:
Adam Adli ni sesuai ke belajar di UPSI untuk dijadikan guru? Kelakuan tak tentu arah, berkeliaran di jalanan sambil terjerit-jerit tanpa rasa malu, sesuai ke jadi guru macam ni punya orang?
Kepada Adam Adli, anda telah mencemarkan reputasi mahasiswa, malahan saya pun mahasiswa, beza saya dengan anda adalah saya mahasiswa yang telah jadi graduan iaitu berjaya menamatkan pengajian saya dengan jayanya dan sekarang telah mempunyai kerjaya sedangkan anda masih lagi belajar yang tak pasti apakah anda akan dapat menamatkan pengajian anda seperti saya.
Saya bukannya nak memperkecilkan Adam Adli sebagai mahasiswa, tapi kalau setakat pelajar universiti yang belum tentu berjaya dengan sepenuhnya dalam pengajiannya, apahal pula nak melalak di jalanan bak orang tidak siuman, apakah para ibu bapa sanggup anak-anak mereka belajar dengan guru seperti Adam Adli ini kalau dia ditugaskan sebagai guru di sekolah nanti? Tak tahulah kalau Anwar, Nik Aziz, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Hadi Awang, Mat Sabu dan kuncu-kuncu Pakatan Rakyat dengan suka hati membiarkan anak cucu mereka bergurukan orang seperti Adam Adli ini, al-maklumlah, puak Pakatan Rakyat suka demontrasi liar, dan memecah belahkan masyarakat, Adam Adli adalah pelapis perosak yang 'digilap' oleh Pakatan Rakyat untuk meneruskan agenda sasau mereka untuk menjahanamkan negara ini demi kepentingan politik sempit yang tak tentu arah mereka itu.
Kepada Adam Adli, nasihat saya kepada anda, sebenarnya anda telah tersasar dalam kehidupan, anda sengaja mencari jalan yang berliku dalam kehidupan, sekarang sebagai pelajar di IPTA, banyak kemudahan itu dan ini disediakan oleh pihak kerajaan, tetapi dalam kehidupan sebenar sebagai orang dewasa dalam dunia kerjaya anda telah menyebabkan diri anda mempunyai rekod buruk dengan kelakuan tidak sepatutnya anda lakukan itu. Ada perlu sedar, dalam bidang kerjaya, majikan akan pilih orang yang berkelayakan untuk menjadi pekerja mereka supaya organisasi mereka terus berkembang maju. Seperti prinsip Warren Buffet, bilionwan pemilih Hathaway Berkshire, dalam memilih pekerja, lihat tiga kualiti, pertama integriti, kedua kebijasanaan, ketiga kecergasan, tetapi kalau tiada kualiti yang pertama iaitu intergriti, maka kualiti kedua dan ketiga akan 'membunuh' organisasi yang ambil orang sebegitu bekerja di organisasi berkenaan. Dalam perkara ini lihatlah diri anda apakah anda berintergriti apabila anda sanggup bersikap khianat terhadap kerajaan yang membiaya pengajian anda di UPSI? Malahan apakah anda bersikap bijaksana dengan berkeliaran sambil menjerit-jerit seperti orang tidak siuman di jalanan kerana demontrasi liar? Dan saya pasti anda seorang yang cergas kerana boleh berkeliaran dan menjerit-jerit secara tidak keruan dalam mana-mana demontrasi liar anda, dalam perkara ini, anda telah menunjukkan kepada majikan-majikan di luar sana yang anda telah tiada kualiti pertama dan kualiti kedua sebagaimana yang digariskan oleh Warren Buffet, tapi anda hanya ada kualiti ketiga, dan rumuskanlah apa yang saya huraikan mengenai prinsip Warren Buffet mengenai pengambilan pekerja pada perenggan sebelum ini. Saya tidak mengatakan anda akan gagal dalam hidup kerana saya bukan Tuhan yang menentukan hidup manusia, tapi semoga anda berubah sikap kepada yang lebih baik untuk membersihkan diri anda dari label-label yang tidak sepatutnya supaya kehidupan anda tidak menempuhi ranjau yang bukan setakat berduri, malah berapi, siap meletup-letup di sana sini lagi sekiranya anda tidak berubah sikap, lainlah anda hendak kerja sendiri atau keluarga anda memiliki harta yang tidak akan habis untuk kegunaan anda dan keturunan anda selama-lamanya, maka teruskanlah sikap anda sekarang ini, tapi kalau anda memerlukan pekerjaan untuk meneruskan hidup di dunia ini selepas tamat belajar, ubahlah sikap kerana peluang masih ada untuk menjadi lebih baik pada masa mendatang.
Kepada mahasiswa di negara ini terutama di IPTA, kerana saya percaya mahasiswa di IPTS tidak akan berdemontrasi liar kerana mereka tahu dan sedar akan kepentingan utama mereka untuk belajar kerana mereka tidak ada subsidi pelajaran seperti mahasiswa di IPTA yang bermacam-macam subsidi oleh kerajaan, saya menyeru kepada semua mahawisa supaya berfikiran rasional dan tidak terperangkap dalam gelojak nafsu muda anda hingga akhirnya menberikan rekod buruk kepada anda yang boleh menjejaskan kehidupan anda selepas tamat belajar atau mungkin anda akan gagal dalam pelajaran kerana sibuk dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti demontrasi liar ini.
Sebagaimana komen saya di atas, jangan wujudkan rekod buruk semasa anda menjadi pelajar kerana semua itu akan memberikan masalah kepada anda dalam bidang pekerjaan kelak. Rekod buruk samada jenyah atau kelakuan yang menyebabkan orang tidak mempercayai kita akan menyebabkan kita sukar mendapatkan pekerjaan, kalau Anwar dan kuncu-kuncunya nak berikan pekerjaan pun, berapa banyak yang dia boleh berikan peluang pekerjaan? 1,000? 2,000? 10,000? kalau setakat dua tiga orang termasuk Adam Adli dan rakan-rakan rapatnya, maka anda mahasiswa yang terpedaya dengan mereka ini akan menjadi mangsa yang akan menjahanamkan kehidupan anda dalam kehidupan anda sebagai orang dewasa kelak melainkan anda mempunyai perniagaan sendiri atau anda ada harta warisan dari ibu bapa yang tak habis dimakan sampai bila-bila, itu terpulanglah anda nak buat apa pun, tapi kalau bapa, ibu, penjaga kita penoreh getah, nelayan kecil, tukang cuci, buruh yang bersengkang mata mencari duit untuk biaya kehendak kita di universiti yang sibuk dengan handphone untuk berkomunikasi dengan teman lelaki atau teman wanita, makan makanan di restoran kerana makanan di kantin asrama tak sedap (kata andalah), tinggal di rumah sewa, insaflah bahawa ibu bapa, penjaga anda bersusah payah untuk mengharapkan kejayaan anda dalam pelajaran, kalau anda hampakan mereka dengan terlibat dalam gejala negatif yang tidak berfedah seperti demontrasi liar yang bukan saja menjejaskan pelajaran anda, tapi boleh menyebabkan rekod buruk jika anda ditahan oleh pihak berkuasa, apakah nilai dan harga pengorbanan ibu bapa atau penjaga anda yang selama ini dengan jerih payah berusaha untuk kejayaan anda? Fikirlah sedalam-dalamnya, jangan terjebak dalam kegiatan yang akhirnya menjahanamkan diri sendiri dan menyebabkan ibu bapa dan penjaga kesedihan akibat perbuatan anda yang menghampakan harapan menggunung mereka yang ingin melihat anda menggengam diploma atau ijazah tapi akhirnya anda digenggam oleh gari dan dipenjarakan hingga punah masa depan anda. Ingatlah demontrasi liar adalah jenayah dan pelakunya boleh dihukum mengikut undang-undang sedia ada termasuklah penjara, jadi berfikirlah secara rasional dan jangan terjebak dengan gejala negatif seperti ini, abaikan puak yang mahu memperalatkan anda demi kepentingan diri mereka, kerana mereka akan meraih keuntungan besar dari penderitaan anda semua dengan mempolitikkan anda ditangkap dan dipenjarakan, tapi apakah mereka itu akan membiaya kehidupan anda sepanjang hayat sekiranya anda gagal dalam pekerjaan dan majikan tidak mahu ambil anda bekerja kerana rekod buruk anda itu? Jadi insaflah, dan berfikir dengan rasional untuk mengelakkan diri anda terjerumus ke lembah kebinasaan yang akan merugikan kehidupan anda, ingatlah kehidupan hanya sekali, sekiranya kehidupan kita ini rosak, maka kita hanya ada peluang hidup di akhirat saja lagi, kerana di dunia hanya sekali saja manusia itu hidup sebagai hamba Allah. Terpulanglah kepada semua untuk mengambil tindakan demi kepentingan jangka masa panjang anda semua.
adam sial ni boleh hidup dengan puak2 anwar je lepas gred..diri dia dah kena beli oleh pr, tu la sebab dia berani buat demo sana sini...kita sebagai graduan yg telah berkerjaya harus la menasihati org2 muda yg masih lg belajar di ipta jgan la lonatkn diri dlm dunia politik, glongan ini masih mentah lg...fikirla wahai warga pelajar sekalian
salam 1 malaysia. ada tak sesiapa highlightkan kat sini, bagaimana kehidupan sebenar adam ni, sosioekonomi keluaega dia, gambaran rumah dan persekitarannya mamat ni. dr situ kita dpt tau apa motif dia ni sokong hapus ptptn..
Post a Comment