Social Icons

Pages

Wednesday, April 25, 2012

KISAH BENAR !!! ANTARA NALLAKARUPPAN,ANWAR IBRAHIM,SHAMSIDAR DAN AIS KRIM !!! WAJIB BACA !!!


Bekas sahabat Datuk Seri Anwar Ibrahim,Senator Datuk S. Nallakaruppan tidak sabar mahu menceritakan di mahkamah perhubungan sulit Ketua Umum PKR itu dengan isteri Azmin Ali,Shamsidar Taharin.

“Bagaimana dia makan aiskrim, saya akan beritahu di mahkamah”, kata Nalla seperti disiarkan TV3.

Katanya lagi, “Isteri Azmin Ali,Shamsidar Taharin dan Anwar Ibrahim..mereka makan aiskrim..saya akan beritahu dalam mahkamah.”

Sambil menggesa Anwar percepatkan perbicaraan kes saman terhadapnya, Nalla juga turut menyerahkan satu pita video kepada peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur kira-kira 2 petang semalam.


“Saya sudah bagi pita video itu kepada peguam saya sebagai bukti dalam kes saman ini. Apa jua bukti yang saya ada, saya sudah beri pada peguam saya. Saya mahu mereka tayangkan video itu di mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan,” katanya.

Beliau,bagaimanapun,enggan mendedahkan kandungan pita video itu.Sementara itu,Ummi Hafilda dalam ceramahnya di Kampung Batu Enam Suku Jalan Atas di Tanjung Piandang,Perak,adik bongsu Azmin Ali, Ummi Hafilda menyingkap kembali apa yang berlaku di antara beliau dengan abangnya.Ia berkaitan dengan dakwaan hubungan sulit isterinya Shamsidar Taharin dengan Anwar Ibrahim.

“Azmin dia pressure saya.Ehh kenapa kau tulis surat kepada Dr Mahathir ??? Pasai apa kau tulis surat kepada Dr Mahathir ??? Saya kata Min maknanya kau tau bini engkau tidur dengan Anwar,Min ??? Eh itu bukan urusan kau,itu urusan aku dan bos aku.Bos aku boleh kasi 200 juta.Kau cakap berapa juta kau boleh bagi aku ??? Saya terus urut dada. Saya kata Min kenapa engkau jadi macam ni”, katanya.

Pada 5 Ogos 1997,Ummi Hafilda telah menyerahkan sepucuk surat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu Perdana Menteri Malaysia) mendedahkan moral moral Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan iparnya,Shamsidar Taharin dan hubungan seks luar tabie dengan pemandu peribadi Shamsidar,Azizan Abu Bakar.Dalam surat itu,Ummi Hafilda memberitahu skandal terlarang antara Anwar-Shamsidar itu didedahkan sendiri oleh pemandu Shamsidar,Azizan yang datang membuat pengakuan kepadanya pada 12 Jun 1997.Menurut Azizan,kebiasaannya,setiap kali pertemuan majikannya, Shamsidar dengan Anwar Ibrahim akan melalui orang perantaraan Anwar iaitu Datuk Nalla.

Ketika itu,Datuk Nalla lebih dikenali sebagai ‘rakan sepermainan tenis Anwar’.Sebagai pemandu peribadi,Azizan mendedahkan dia akan membawa Shamsidar ke Cafe Guana, di Bangsar Shopping Complex pada kebiasaannya kira-kira 5.30 petang hari Rabu dan di sana, Shamsidar akan dijemput oleh Datuk Nalla dengan kereta mewah Daimler WBV 37, yang di dalam kereta itu turut serta bersama adalah Anwar Ibrahim.Kemudian Datuk Nalla akan bawa Anwar-Shamsidar ke kondominium mewah, Tivoli Villa untuk tempoh dua hingga tiga jam.

Pada 30 Jun 1997,Azizan membocorkan rahsia pertemuan Anwar-Shamsidar kepada Ummi Hafilda. Dengan ditemani abangnya, Mohd Azman Ali dan rakan karibnya, Puan Zamrah Lajis, Ummi Hafilda menyaksikan detik-detik pertemuan Shamsidar-Anwar itu dan mengekori mereka hingga ke Tivoli Villa serta turut merakamkan foto-foto sebagai bukti.Di sinilah bermulalah satu episod penting yang tercatat dalam sejarah hingga membawa pemecatan Anwar daripada keahlian UMNO pada 2 September 1998…

ANDA NAK LAGI KISAH BENAR CERITA ANWAR IBRAHIM DAN SHAMSIDAR ???

KLIK DI SINI

DAN

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

kelakar jugak ko ni, siap bagi warning lagi jangan komen melampau.. yang ko persenda tokoh agama/ulama dalam gambar tu x po pulak.. parah ko ni.. kalo takut kono komen jangan buat blog..

 
 
Blogger Templates