Social Icons

Pages

Thursday, May 03, 2012

AL-FATIHAH !!! BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA !!!



saya minta maaf kerana artikel saya ini lambat.saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Bob Kuman dan Al-Fatihah kepada Allahyarham Husni Mohd Rawi.Perkhabaran yang pasti mengundang pelbagai emosi apabila berita yang disahkan sendiri oleh pihak kakitangan hospital Sungai Buloh dimana pelawak kesayangan Rakyat Malaysia,Bob Kuman atau nama sebenar allahyarham,Husni Mohd Rawi telah meninggal dunia.

Bob Kuman yang memang terkenal dengan sikap dan lakonan komedinya telah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh awal tahun lepas setelah mengalami kemalangan ketika di lokasi penggambaran drama 'Jangan Pandang Belakang Congkak" di Hulu Langat sekitar tahun 2011.

Berita ini turut disahkan oleh wartawan Mazidul Akmal Sidek di dalam blog rasminya dan memberitahu Bob Kuman menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.38 petang tadi di kediamannya di Seksyen 11,Kota Damansara.

"Kakitangan Ambulan Hospital Sungai Buloh telah mengesahkan Bob Kuman meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi."

Filem "Jangan Pandang Belakang Congkak 2" pasti akan diingati peminat filem komedi tanah air,Semoga roh Bob Kuman ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

AL-FATIHAH...

1 comment:

zaha said...

Ape cite anak melayu dipermalukan sebegitu....kalu tak ade anak melayu dah Kaya raya anak cina tu skg....Lu fikir la sendiri.....

 
 
Blogger Templates