Social Icons

Pages

Thursday, May 24, 2012

BONGKAR #BERSIH3.0 !!! APA MOTIF FAUZI SHAARI MASUK PAS ??? WAJIB BACA !!!


Dalam keadaan sekarang,di mana imej pasukan polis di mata penyokong Pakatan haram berada di tahap terendah,sudah tentu ramai yang terkejut dengan tindakan bekas Pengarah Siasatan Jenayah,Bukit Aman,Datuk Fauzi Shaari menyertai salah satu parti komponen dalam Pakatan Haram,iaitu PAS.Ini bukan kita persoalkan kebebasannya yang dibenar dibawah amalan demokrasi untuk menyertai mana-mana parti politik.Itu adalah haknya sebagai individu yang telah bersara dari pasukan polis.Nak masuk parti mana pun kita peduli apa,tapi janganlah bagi kenyataan kononnya kemasukannya ke dalam PAS setelah yakin yang dirinya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.Apakah Beliau bermaksud semua pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah bersara tapi tidak menyertai PAS,terlibat dengan kegiatan jenayah ???

Itu satu hal.Satu hal yang lain ialah,bagaimana cepat Fauzi melupakan segala sumpah seranah yang pernah dilemparkan PAS terhadap pasukan polis yang pernah disertainya dulu,terutama yang membabitkan tindakan polis mematahkan tunjuk perasaan dan jenayah lain yang dilakukan mereka sejak 1998 ???

Malah kalau nak dilihat lebih jauh ke belakang,iaitu pada 1985 dimana berlakunya kejadian Memali yang menyaksikan penyokong PAS diketuai Ibrahim Libya,menyerang dan membunuh 4 orang anggota polis sebelum dia dan 13 pengikutnya yang lain dibunuh kerana tindakan tersebut,nescaya tidak ada alasan kenapa Fauzi perlu menyertai PAS.Sebabnya,kejadian Memali menunjukkan bahawa kebencian PAS terhadap polis bukan setakat terhad kepada kata-kata nista dan kecaman,tapi lebih dari itu juga.Lupakah Fauzi bahawa dalam kejadian itu semua ahli PAS yang mati,dikebumikan tanpa dimandi, dikafan dan disembahyangkan kerana didakwa mati syahid ??? Syahid kerana mereka mati dibunuh oleh pasukan polis yang dituduh kafir ketika itu ??? Kalau Fauzi masih kurang yakin, tanyalah Hadi yang mengeluarkan fatwa tersebut.Ironinya,Hadi juga yang hari ini menerima borang keahlian Fauzi bekas pegawai kanan polis.Dunia,dunia.inilah politik dalam PAS bila dah ludah jilat balik.maksud saya di sini adalah penyokong Pakatan Haram suka panggil polis dengan macam-macam tapi terima juga bekas polis dalam Pakatan Haram yer ???

Secara rasminya,Fauzi baru 4 hari menjadi ahli PAS,boleh dikatakan sumbangannya terhadap parti itu masih belum ada lagi. Tapi satu yang pasti,‘sumbangan’ PAS terhadap Fauzi semasa mengecam dalam banyak kes-kes jenayah yang melibatkan PAS,terlalu banyak untuk dijelaskan dalam ruang yang agak terhad ini.Dengan kekuatan pasukan polis ini diukur dari segi intergriti dan maruah,tindakan Fauzi ini tidak boleh diterima sama sekali - walaupun Fauzi memberikan alasan mahu menerangkan kepada penyokong PAS mengenai jasa dan sumbangan polis yangmungkin tidak diketahui penyokong parti tersebut.Setakat apa yang saya lihat,persepsi penyokong PAS terhadap polis selepas penyertaan Fauzi masih sama,tidak ada apa yang berubah.Majoriti dari yang saya temui,berasa ragu-ragu dengan tindakan Fauzi menyertai PAS.Pada mereka,kalau dah sekali jadi ‘anjing kerajaan’ (polis),selamanya jugalah akan jadi ‘anjing kerajaan’ juga.Kelihatannya mereka ini tidak berkongsi perasaan yang sama dengan kepimpinan tinggi PAS yang bangga menerima kemasukan ‘anjing’ ini ke dalam parti mereka.

Itu menjadikan kenyataan Fauzi kononnya untuk membetulkan pandangan ahli PAS terhadap pasukan polis adalah satu kenyataan yang mengarut.Bukan penyokong PAS tak tahu yang polis hanya menjalankan tugas seperti yang dibenarkan dibawah undang-undang,mereka tahu,tapi semua penghinaan itu masih dilemparkan kerana mereka tidak berpuas hati niat mereka untuk membuat kacau digagalkan oleh polis.Sepatutnya sebagai bekas pegawai tinggi polis,Fauzi perlu mempertahankan tindakan polis dan mengecam pihak yang melanggar undang-undang.Ini tidak,Fauzi memilih untuk bersekongkol pula dengan mereka.Kalau nak menambah ilmu agama dan sebagainya,ada lebih banyak badan-badan yang berkecuali seperti Perkim,YADIM atau JAKIM.Kenapa PAS juga yang dicari ??? PAS tidak langsung berkaitan dengan agama,kecuali dari sudut pakaian dan perkataan yang ada arab-arab sikit.ni sama macam kes bob lokman.hmmm...

PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk menang pilihanraya dan menubuhkan kerajaan,tidak ada yang kurang dari itu.Malah dalam menjayakan cita-cita politiknya,PAS sanggup mengorbankan Islam seperti ketika menggugurkan negara Islam dari perjuangan PAS dan cadangan menggantikan Islam dalam perlembagaan kepada Addin.Justeru saya yakin,kemasukan Fauzi ke dalam PAS adalah untuk mencari peluang dicalonkan dalam pilihanraya,itu sahaja motifnya.Walaupun dia menafikan,itu bukan suatu yang mengejutkan.PAS dan munafik adalah pasangan kembar siam yang tidak boleh dipisahkan malah antara syarat utama untuk menjadi ahli parti tersebut (tidak terkecuali Fauzi) kalau boleh dikatakan begitu.

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

...amat memalukan bila 'Bapa Anjing Kerajaan' pergi memperhambakan diri kepada puak PAS Khawarij yg memberi gelaran kepada pasukannya sebagai 'Anjing Kerajaan'...perbuatanya ini sangat memalukan seluruh pasukan PDRM..apa sebenarnya yg dia mahu ??? Kalau dia rasa tidak ada melakukan apa2 kesalahan yg perlu 'dibersihkan' dgn masuk PAS seperti setengah yg lain, melainkan dia ada hasrat untuk jadi calun PRU 13...adakah dengan masuk PAS, gelaran 'anjing kerajaan' itu dapat dibersihkan ???

Prebet Leman

Anonymous said...

Biarkan, dlu dipanggil Anjing kerajaan, sekarang tukar jd Anjing PAS..pulak..
Dia berharap dpt menebus dosa semasa berkhidmat dgn kerajaan dlu,tp itu dosa dia sendiri..kerajaan x suruh kakitangannya langgar undang2..pelanggaran itu adalah hal individu..moga dia akan dapat masuk syurga yg PAS sediakan..sbb x der parti politik lain yg kata, bole masuk syurga klu masuk partinya..kecuali PAS...

Anonymous said...

aku rasa hanya pegawai polis saja yan dapat menyekat kemaraan komunisme dalam rumah pas

Unknown said...

datuk fauzi memaang keturunan pas... satu famili dia memang pas... xde la heran sgt

Anonymous said...

Sebagai anjing dap yang rasmi, pas memerlukan seorang ketua dari kalangan yang mereka gelarkan anjing juga. Kemasukan saari ni akan memperlengkapkan puak pas sebagai anjing dap yang bertauliah.... Betul? Ahhh betullah tu.

 
 
Blogger Templates