Social Icons

Pages

Thursday, May 24, 2012

EKSKLUSIF !!! APA PENGARUH DAN KUASA ARTIS DI MALAYSIA ??? WAJIB BACA !!!


Pengaruh dan kuasa seseorang artis cukup kuat.Mereka yang terbaik seringkali mempertaruhkan trek rekod kerja yang membanggakan tanpa perlu bersandar kepada gosip murahan untuk dikenali.Artis-artis seperti itu melihat industri hiburan sebagai medan untuk menjual bakat sehingga mampu menjadi satu jenama yang kukuh.Apabila membicarakan nya dalam konteks tempatan,kita juga sebenarnya mempunyai tokoh-tokoh seni yang begitu besar kuasa dan pengaruh mereka sehingga mampu menggerakkan industri seni ke satu tahap lebih tinggi.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee misalnya,antara legenda seni yang sehingga kini masih utuh pengaruhnya.Biarpun koleksi filemnya ditayangkan berulang kali di kaca televisyen,ia tidak pernah membangkitkan rasa jemu.Setiap dialognya mudah diingati dan meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada seluruh rakyat Malaysia.Begitu juga dengan lagu-lagunya yang menyuntik emosi kepada pendengar.Bayangkan,jika ada pihak yang bertanggungjawab menjaga setiap hasil karya dan harta intelektualnya seperti mana di Barat dengan mudah arwah memiliki harta untuk dinikmati oleh keturunannya.

Begitu juga dengan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang merupakan Penghibur No. 1 Asia.Bermula dengan gelaran juara Bintang RTM 1976, Sudirman melangkah kemas dalam perjalanan seninya sehingga mampu mencipta pelbagai rekod luar biasa.Siapa dapat lupa konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit,Kuala Lumpur pada tahun 1986 sehingga dibanjiri seramai 100,000 orang ketika itu.Itu sudah cukup membuktikan bahawa pengaruh Sudirman memang besar dan ia dikuatkan lagi dengan lagu-lagu popularnya yang sehingga kini terus diminati ramai.Sudirman juga tidak hanya menyanyi sebaliknya turut mengorak langkah sebagai ahli perniagaan yang berjaya sebelum beliau pulang ke Rahmatullah pada tahun 1992.

Nama-nama seperti Fauziah Ahmad Daud,Erma Fatima,Julia Rais dan Eman Manan juga mempunyai karisma tersendiri sehingga menjadi pengaruh yang kuat dalam menarik penonton ke pawagam pada era kegemilangan mereka.Erra Fazira merupakan contoh terbaik sebagai penyambung legasi pelakon terdahulu apabila berupaya mencatatkan kutipan pecah panggung untuk setiap filem lakonannya.Sememangnya gelaran Primadona Filem Melayu alaf baru berhak menjadi milik Erra biarpun wajahnya jarang lagi ditonton di layar lebar.Sama juga seperti pengaruh dua kumpulan rock unggul negara, Search dan Wings yang masih lagi diminati sehingga ke hari ini. Semuanya dapat dibuktikan dengan kehadiran penonton ke konsert mereka yang tidak pernah kurang daripada 10,000 orang.

Jika berbicara dalam konteks penghibur pula, Datuk Sheila Majid antara yang cukup kuat pengaruhnya biarpun usia pembabitannya dalam bidang seni menghampiri tiga dekad.Siapa sangka dengan memperkenalkan muzik yang disifatkan baharu menerusi album Dimensi Baru pada tahun 1985, Sheila terus kekal sebagai seorang penghibur ternama negara.Dia antara penghibur yang berani mempertaruhkan kelainan dan bersikap optimis dalam setiap langkah seninya. Buktinya, Sheila mampu berdiri teguh dalam meluaskan pengaruh muziknya.

Seorang lagi bintang, Datuk Siti Nurhaliza juga tidak boleh dinafikan lagi pengaruhnya sehingga ketika ini masih tiada yang mampu menyingkirkannya dari posisi paling atas.Terus kekal sebagai penyanyi nombor satu negara,kehadiran Siti dianggap sebagai satu fenomena dan selama 17 tahun menjadi artis, dia masih terus diminati dan disayangi.Ada pihak beranggapan popularitinya akan jatuh dan sengatan Siti akan hilang bisanya selepas berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang penuh kontroversi pada tahun 2006. Ternyata itu bukan kekangan untuk Siti terus disanjung peminat.Tidak lagi tertumpu kepada bidang nyanyian, Siti terus meluaskan empayarnya dengan bergelar ahli perniagaan dan melahirkan produknya sendiri, SimplySiti.Begitu juga dengan Jamal Abdillah, Anuar Zain, Afdlin Shauki dan Aznil Nawawi yang membuktikan artis lelaki juga mempunyai karisma tersendiri untuk menjadi pengaruh besar dalam masyarakat kita.Sekarang ini, semuanya terletak kepada kebijaksanaan artis-artis baru untuk memastikan jenama mereka terus unggul dan paling penting, mampu bertahan dalam jangka masa panjang.

Antaranya Yuna, Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Zee Avi,Hafiz Suip,Neelofa dan Najwa Mahiaddin (sekadar beberapa contoh) yang dilihat berpotensi untuk menjadi artis paling berpengaruh.Tetapi semuanya perlu usaha dan kerja keras selain bantuan serta sokongan daripada semua pihak untuk memastikan kerjaya mereka terus berkembang mekar.

APA MACAM ???

BOLEH JADI BLOGGER HIBURAN TAK ???

MUAHAHAHAHA....

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates