Social Icons

Pages

Wednesday, May 02, 2012

EKSKLUSIF DAN PERINGATAN !!! 7 TANDA ISTERI DERHAKA KEPADA SUAMI !!! WAJIB BACA !!!



kali ini saya lari sikit dari politik,saya nak berikan sedikit kupasan berkenaan dengan hubungan suami isteri.kepada anda yang sudah berumah tangga,apa kata baca sejenak dan renungkan artikel yang saya tulis ini.Sesungguhnya,beruntung menjadi seorang isteri kerana diberikan ruang dan peluang yang maha luas untuk mendapat tempat di syurga.Dosa isteri ditanggung oleh si suami,dan si isteri pula diberikan tempat tinggi di sisi Allah apabila mereka juga bergelar ibu.Syurga di bawah telapak kaki ibu,begitulah nilai seorang ibu buat anak-anak.

terdapat hadis yang mengatakan bahawa ramainya penghuni neraka adalah dari kalangan perempuan.Mengapa boleh berlaku ???

Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya.Mungkin tak sedar,tetapi begitulah manusia,sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan.

saya kongsikan tentang tanda-tanda isteri derhaka.sekali kali saya ingin nyatakan,Ia sebagai buat renungan dan ingatan agar isteri berupaya mendapat tempat tertinggi di sisi Allah dan suami.Untuk suami, jangan dilepaskan tanggungjawab,anda perlu memimpin mereka yang sepatutnya anda pimpin.

Tujuh Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami

Terdapat 7 tanda-tanda yang si isteri menderhaka kepada suaminya

Menghina atau mengumpat suami
Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
Membenci kegemaran suami
Menjadi pressure atau tekanan kepada suami
Mengungkit-ungkit janji suami

Wahai pembaca Badut Rakyat Yang bergelar isteri,sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya.Betapa buruk dan teruk pun suami itu,adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami.Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Kenapa wanita lebih banyak dari lelaki di Neraka? Mudah sahaja sebab bilangan wanita akan lebih banyak dari Lelaki.

Kalau di kira nisbah pada bilangan pokok lelaki dan wanita pada saya atas sifat Allah yang maha adil yang tidak membeza-bezakan gender melainkan keimanan sama sahaja banyaknya lelaki atau wanita.


keduanya berkenaan tujuh tanda.

Menghina atau mengumpat suami - setuju

Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain - setuju

Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami - tidak berapa setuju kerana suami itu pertamanya terlebih dahulu kena adil dalam keizinanan. Bukan semua suami ada hak ini.

Isteri mendoakan kecelakaan buat suami - setuju

Membenci kegemaran suami - tidak berapa setuju kena terangkan apa maksud kegemaran suami. Jika kegemarannya melanggar syarie wajar si isteri membenci.

Menjadi pressure atau tekanan kepada suami - tidak berapa stuju. dalam menegakkan haknya sebagai isteri selalunya wajar untuk memberi tekanan. Kepada suami anda harus bersedia untuk menerima tekanan jika tidak bersedia maknaya anda bukan suami yang baik.

Mengungkit-ungkit janji suami. Tdiak bersetuju. Si suami jangan fikir janji itu main-main. Kalau tak mampu jangan berjanji.


Kesimpulannya saudara penulis jangan lah membuat kenyataan secara umum shaja. Kena terangkan dengan jelas sebab orang di Malaysia kadang-kadang mengambil perkara atas face value sahaja. Contohnya kebanyakkan orang di Malaysia menganggap tugas memasak ialah tugas si isteri walhal sebenarnya tugas memasak, membasuh baju mengemas rumah dan lain-lain hal domestik ialah tugas suami pada asasnya di dalam Islam.

Tanda-tanda yang diberikan adalah amat umum. saya rasa kurang wajarlah berbuat demikian.

Saya menulis sebagai Suami.

ashamami said...

Kepada Tuan 'Saya menulis sebagai Suami' saya amat setuju dengan komen Tuan.

- Saya adalah seorang Isteri -

Anonymous said...

Dasat la citer ikut sedap rasa kat atas ni keh keh.

Baca hadis yang sahih kat bawah ni, jangan hujah ikut sedap ikut mood korang je. Takde pun masuk neraka tu nabi sebut pasal pompuan lagi ramai dari lelaki, jangan nak buat hujah akal.

Rasulullah s.a.w.bersabda bermaksud: "Kebanyakan ahli Neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : “Seorang perempuan yang beriman kepada Allah tidak halal mengizinkan orang yang dibenci suaminya memasuki ke rumahnya, tidak boleh keluar jika suaminya tidak menyukainya, tidak boleh mentaati seorang pun di rumah suaminya (kecuali suaminya), tidak boleh meninggalkan tempat tidurnya dan tidak boleh memukul suaminya. Jika suaminya berlaku zalim kepadanya, hendaklah ia tetap di sisi suaminya sehingga ia dapat menjadikan suaminya senang. Jika suaminya mahu menerimanya hal itu sangat menguntungkan dirinya dan Allah pun akan menerima alasannya, memenangkannya dan dia tidak berdosa sedikit pun. Sekiranya suaminya tetap tidak meredhainya, sesungguhnya alasannya di sisi Allah tetaplah kuat.” (Hadis Riwayat Hakim)


Kalau suami dah keje, isteri kat rumah jadi suri rumah (bukan hamba abdi paham!, jangan ko twist pulak), suami nak kena buat membasuh memasak jugak ke? Abis tugas isteri apa?

Ni ko citer suami pada asas nya kena buat tugas tu, mana dalil ko ikut? Nabi ada cakap camtu ke?

Tentu lah perkara2 yang disebut tidak melanggari syariat 'brader suami'. Kalau melanggari takkan nak ikut. Sendiri guna akal, jangan ikut sedap. Faham tak?!

Anonymous said...

Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud: "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya." (Hadis Riwayat Bazar dan al-Hakim)

 
 
Blogger Templates