Selepas hampir tiga tahun menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman),Harun Salim Bachik merasakan sudah sampai lah masanya dia mengundurkan diri dan melepaskan jawatannya itu pada Mesyuarat Agung persatuan itu pada 26 Mei ini.Menurut pelakon berusia awal 50-an ini, keputusan muktamad yang akan diambilnya itu katanya,tiada kena mengena dengan gosip yang mengatakan dia kecewa serta berselisih faham dengan Pemangku Timbalan Presiden Seniman,Zed Zaidi sebaliknya ia demi periuk nasinya.
“Saya tidak kecewa atau bergaduh dengan Zed Zaidi tetapi keputusan itu saya ambil kerana dua sebab iaitu pertama saya mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan.Ini kerana,saya tidak boleh memberi komitmen yang baik secara serentak sebagai Presiden Seniman dan pelakon.
“Sebab kedua saya enggan bertanding mengekalkan jawatan itu kerana sebab kesihatan.Saya harap semua pihak faham bahawa saya bukan meletakkan jawatan sebagai Presiden Seniman tetapi tidak mahu mengekalkan jawatan itu.Ia dua perkara yang berbeza,” kata bapa kepada enam anak ini.
Harun yang mula menjadi pelakon dan pelawak secara sepenuh masa sejak tahun 1986 turut menafikan keputusannya itu ekoran sikap serta tindakan Zed Zaidi yang kononnya dikatakan telah membelakangkan dirinya dalam beberapa kenyataan atas kapasiti persatuan itu akhir-akhir ini.Sebaliknya, dia yang juga naib juara pertandingan lawak jenaka Maharaja Lawak Mega yang berpasangan dengan Afdlin Shauki tetap menyokong cadangan dan tindakan Zed Zaidi yang banyak berjuang bagi membela kebajikan ahli-ahli Seniman dan golongan artis tanah air.
“Saya sokong cadangan Zed Zaidi yang misalnya mahu pihak Imigresen Malaysia menyiasat kemasukkan artis-artis dari luar negara yang berkarya di Malaysia sama ada mereka mempunyai permit kerja yang sah atau sebaliknya kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak.Sungguhpun saya tidak akan bertanding bagi merebut jawatan dalam Seniman tetapi saya akan terus menjadi ahli persatuan ini.Saya juga akan menyokong sesiapa juga yang akan dipilih sebagai Presiden bagi menggantikan saya kelak kerana itu adalah kehendak ahli-ahli persatuan ini,” ujarnya. - MyNewsHub

No comments:
Post a Comment