sampah dan selangor,ini lah yang berlaku.kalau sebut pasal sampah,rakyat mesti kata,ini mesti cerita kat selangor.Soal sampah yang tidak dipungut oleh pihak berkuasa tempatan di Selangor yang diterajui kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh menyebabkan rakyat negeri itu mengundi membantah dalam pilihan raya umum yang akan datang.Rakyat mengharapkan kerajaan negeri itu merangka satu mekanisme yang baik dan berkesan semasa menyerahkan tanggungjawab pengurusan khidmat kebersihan ini kepada pihak berkuasa tempatan supaya kesejahteraan mereka terpelihara.
"Jika masalah pungutan sampah ini tidak dapat dikendali dan diselesaikan dengan baik dalam tempoh yang terdekat, yang pastinya kerajaan negeri akan kehilangan undi sokongan terhadap mereka dalam pilihan raya nanti," kata mereka.
Bernama melaporkan menurut tinjauan yang dibuat,seorang penduduk di Taman Bandar Bukit Puchong yang hanya mahu dikenali sebagai Steve Victor,sebagai pembayar cukai,beliau mengharapkan khidmat pungutan sampah yang lebih baik dijalankan kontraktor yang dilantik oleh kerajaan Selangor.Sebelum ini semasa Alam Flora menjadi kontraktor,kutipan sampah dibuat tiga kali seminggu,tetapi kini setelah kerajaan Selangor menyerahkannya kepada pihak berkuasa tempatan,lori sampah berkeliling hanya sekali seminggu,itupun jika bernasib baik," katanya.
Penduduk berkenaan berkata kadangkala beliau terpaksa membuang sendiri sampah rumahnya kerana menjangkakan lori sampah tidak akan datang selalu.
"Masalah pungutan sampah ini bukan satu perkara kecil dan seharusnya diberi perhatian serius oleh kerajaan Selangor,jika tidak diselesaikan cepat parti yang memerintah akan kehilangan undi dalam pilihan raya nanti," katanya kepada Bernama.
Kerajaan Selangor telah mengambil alih tanggungjawab memungut sampah dan kerja pembersihan awam daripada pemegang konsesi Alam Flora Sdn Bhd sejak Okt tahun lepas.
Seorang penduduk di kawasan perumahan yang sama,Abdul Rahim Ibrahim,turut sependapat dengan Steve.Katanya,anjing sering menyelongkar bungkusan sampah yang tidak dikutip itu menyebabkannya bertaburan dan membawa kepada risiko tinggi berlakunya pencemaran serta merebaknya wabak penyakit.Beliau berkata Selangor sudahpun diketahui umum menjadi negeri dengan jumlah kes demam dinggi paling tinggi.Abdul Rahim berkata kadangkala orang ramai dari tempat lain juga mengambil kesempatan membuang sampah pada longgokan sarap yang tidak dipungut itu menjadikan keadaan bertambah buruk.
Seorang penduduk di SS7,Kelana Jaya,Vimala Nair berkata kerja memungut sampah yang diambil alih oleh kerajaan Selangor itu nampaknya berdepan pelbagai kesulitan.Beliau mengakui lori sampah kini hanya melalui kawasan perumahan di tempatnya sekali seminggu,berbanding tiga kali semasa ia dikendalikan oleh Alam Flora sebelum ini.Vimala berkata jika pungutan sampah ini tidak diuruskan dengan betul, terutama sekali kutipan bahan buangan basah dan kotoran daripada rumah-rumah, ia akan mengundang bahaya menyebabkan berlakunya wabak penyakit.
Seorang penduduk di Batu 4,Jalan Kampung Jawa, Klang,M. Selventhiran berkata isu sampah tidak dipungut ini menjadi topik hangat rungutan penduduk di Selangor terutama sekali di kampung tersebut.Katanya,penduduk di situ sering merungut sentiasa terhidu bau busuk daripada sampah terbuang, keadaan saliran tersumbat dan pencemaran kawasan kerana adanya longgokan sampah tidak dipungut berminggu-minggu lamanya.
"Anggota-anggota majlis tempatan yang dipertanggungjawabkan di kawasan berkenaan dilihat sibuk memberi ceramah politik dan gagal mengawasi kontraktor yang bekerja mengangkut sampah.Kerajaan Selangor sepatutnya berbuat sesuatu mengenai perkara ini kerana ia boleh memberi impak serius terhadap keputusan pilihan raya nanti," kata Selventhiran dan menambah bahawa kerajaan pimpinan PKR itu gagal menunaikan janji memberi potongan 20 peratus diskaun terhadap cukai taksiran.
Selventhiran,yang juga presiden Kelab Perpaduan Insan Selangor mendakwa sesetengah kontraktor diberi tender memungut sampah walaupun mereka tidak punya keupayaan menjalankan kerja tersebut kerana tidak ada lori dan juga pekerja.Katanya,tidak ada pihak yang kini boleh memantau kerja yang dijalankan oleh kontraktor berkenaan sama ada dapat memenuhi jadual kutipan sampah yang dipersetujui tanpa perlu menerima aduan daripada penduduk.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata semalam pengurusan khidmat pungutan sampah yang tidak teratur adalah antara faktor berlakunya kes demam denggi yang tinggi di Selangor.
INI LAH AKIBATNYA KALAU NAK SANGAT GUNA KONTRAKTOR LAIN !!!
BILA NAK SETTLE NI ???
DEMAM DENGGI DAH TINGGI !!!
LEPAS INI APA KATA TUKAR KERAJAAN !!!
KAN SENANG !!!
SETTLE SEMUA MASALAH !!!
RENUNG-RENUNGKAN

No comments:
Post a Comment