Social Icons

Pages

Friday, June 08, 2012

HOT NEWS !!! JEJAI DAH TAK BAGI FASHA SANDHA BERLAKON LAGI ??? WAJIB BACA !!!


Pasangan pengantin baru Nur Fasha Sandha Hassan dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai,ternyata terlalu bahagia dan gembira selepas mereka diijabkabulkan.Lebih-lebih lagi,berita kehamilan Fasha menambahkan lagi seri dan sinar bahagia dalam rumah tangga mereka.Namun,dalam kesibukan dan kerancakan berita itu tersebar,Jejai telah melarang Fasha untuk berlakon dan meminta isterinya yang tercinta itu berhenti berlakon.Betul ker ???

Tetapi,bukanlah untuk selama-lamanya.Sebaliknya,Jejai tidak membenarkan Fasha berlakon sepanjang dia mengandung demi menjaga kandungan yang dibawa oleh Fasha.Tambahan pula,Jejai terlalu risaukan keselamatan dan keadaan kandungan Fasha serta anak mereka yang bakal lahir nanti.

“Kalau diikutkan memang terasa sayang terpaksa tolak banyak tawaran lakonan tetapi kandungan saya adalah keutamaan pada waktu ini.Walaupun tidak berlakon, jadual harian saya tetap padat seperti biasa dengan kerja-kerja di Chinta Hair Salon & Beauty dan memenuhi beberapa sesi fotografi.Malah, saya akan menemani suami yang terlibat dalam jelajah perlumbaan kereta Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia sepanjang tahun ini,” kata Fasha seperti dalam mStar Online.

Bercerita mengenai kehamilannya,Fasha mengakui yang dia tidak mengalami sebarang perubahan di awal kandungannya itu.Malah,dia sendiri kadang-kadang berasa seperti tidak mengandung.

“Setakat ini saya rasa seperti tidak mengandung pula kerana tiada perubahan atau perkara pelik yang berlaku.Saya masih aktif dan tidak mengalami alahan atau mabuk kehamilan (morning sickness). Semuanya normal saja, malah perut saya pun tidak begitu besar, mungkin kerana masih terlalu awal,” katanya.

Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dekat sini dengan mas kahwin sebanyak RM8,888.88.

1 comment:

Tukang Komen said...

Anwar pun patut halang Wan Jijah dari berlakon.

 
 
Blogger Templates