Social Icons

Pages

Friday, June 08, 2012

KISAH BENAR !!! ANWAR IBRAHIM MENGHASUT PELAJAR TIDAK BAYAR PINJAMAN PTPTN ???


Pendedahan oleh akhbar Cina,Sin Chew Daily pada 4 Jun 2012 yang lepas dan juga Meloyakini berkenaan hasutan Anwar supaya peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka ternyata hanyalah satu janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata.Dalam ceramahnya bersama Lim Guan Eng itu,Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut menjanjikan PTPTN akan dihapuskan dalam jangka masa setahun selepas peralihan kerajaan pusat sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Konon hendak diganti dengan pendidikan serba percuma.Walhal Anwar lupa,Yayasan Selangor milik kerajaan Selangor hingga kini telah menutup pusat pendidikan kemahiran serta asrama kediaman pelajarnya.Mana logiknya untuk Anwar mempraktikkan pendidikan percuma ??? Kontradik dan memualkan sekali,tidak begitu wahai pembaca Badut Rakyat sekalian ???

Zaman sekarang sudah ramai yang buka mata dan bijak berfikir jauh ke depan.Tak semudah dan sewenang-wenangnya untuk Anwar terus menjual temberang dan mengabui mata rakyat.Omong kosong dan propaganda murahan seperti yang kerap di usung oleh Anwar dan pakatan Haram sudah dianggap seperti gebang penjual ubat dan makjun kesihatan di jalanan.Seronok untuk di dengar tapi mudarat untuk di guna pakai.Dari sudut lain pula,bukankah bila pinjaman yang sudah dimeterai perjanjian kontrak dan terma syaratnya dipersetujui,apabila sengaja dilanggar memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab ??? Walhal,jika PTPTN itu membebankan,lebih baik dari awal lagi dijauhi.

Anwar lupa,majoriti rakyat Malaysia bukannya sebodoh pemuja dan pengikutnya.Baik Melayu,Cina,India,kadazan,Iban dan apa saja kaum di bumi bertuah ini amat jelas resam bila berhutang menjadi kewajipan pula untuk patuh pada perjanjian pembayaran semula.Tanyalah siapa saja yang waras fikirannya,mereka akan bercakap perkara yang sama,hutang wajib dibayar.Waima kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP hingga kini terus aktif memburu ratusan rakyatnya yang gagal membayar semula wang pinjaman pendidikan yayasan negeri,mana mungkin untuk rakyat meyakini temberang dan hasutan Anwar.

Namun apabila Anwar menghasut rakyat khususnya para pelajar mengingkari bayaran semula pinjaman PTPTN,itu jelas menonjolkan sikapnya tidak bertanggungjawab seorang pemimpin.Jelaslah,Anwar sebetulnya hanya menjemput bala apabila menggesa peminjam mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman.Rakyat Malaysia tidak mungkin sanggup membiarkan tanahair ini diserahkan kepada Anwar dan Pakatan Haram yang tiada sikap cakna dan tanggungjawab.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates