Social Icons

Pages

Thursday, July 12, 2012

HOT NEWS !!! AMUK DI JPM !!! MISTERI YANG BELUM DI RUNGKAI !!! BILA MISTERI INI BERAKHIR ???


Macam-macam andaian dibuat mengenai apa sebenarnya yang sebenarnya laku di Komplek B JPM Putrajaya Isnin lalu.Apa yang menjadi persoalan ramai tentulah kenapa mereka berdua,Khalil Afandi Hamid dan Muhdalina Ahmad pi serang tempat macam itu dengan senjata berbahaya.Kalau tengok dari facebook Kamal Afandi,dia mengaku sekolah menengah MRSM Pengkalan Chepa,antara sekolah asrama penuh terbaik negara Dan Muhdalina pula bekas penuntut UIAM, sudah bersuami dan mempunyai anak kecil,yang kata sumber kepada Agendadaily "Masih menyusu...".

Pelik memang pelik,macam mana orang-orang cerdik boleh jadi macam itu.Pi serang komplek strategik hendak gulingkan kerajaan hanya berdua dan bersenjata pedang samurai.Masuk akal ke ??? Polis pada Selasa keluar kenyataan bahawa mereka sedang kesan individu yang hantar pasangan tersebut ke JPM pada hari kejadian.Polis juga mengesahkan lelaki yang serang Komplek B tersebut adalah masalah mental.Bagi yang rajin search itu ini dalam internet,jumpa blog Kamal Afandi, jayanegara1234.blogspot.com, sekali baca pun kita tahu, ada benda yang tidak kena dengan mamat ini.

Dari cara dia tulis blog yang baru buka Mei lalu itu,Kamal rasa macam dia adalah 'The Chosen One'. Dia suka tengok filem sains fiksyen The Matrix dan beberapa lagi filem yang berkisar kepada kisah kepahlawanan seperti Highlander. Dalam blog itu, tulisannya sukar difahami dan melompat-lompat, mengambarkan 'state of mind' penulisnya. Semua pemimpin politik dia kutuk, PAS ke UMNO ke, termasuk mufti dan raja. Tulisannya mengutuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang katanya tinggal di rumah besar dan juga pemimpin PAS Datuk Dr Harun Din kerana memiliki kereta jenis Mercedes.

Kamal yang berasal dari Kampung Lindungan Jaya PJS Selangor semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM Serdang selepas selesai bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.Difahamkan,tiada saudara mara yang menghadiri pengkebumian tersebut, kerana dilarang oleh isterinya. Motif larangan tidak pulak diketahui kenapa.Jadinya,jenazah beliau disempurnakan oleh pihak polis dengan bantuan kakitangan UPM.Sementara itu,Muhdalina yang kini masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya dikatakan sangat taksub terhadap lelaki itu walaupun baru mengenalinya.Suaminya yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan isterinya terkena ilmu hitam lelaki berkenaan yang mendakwa Imam Mahadi.

“Saya tidak sangka dia sanggup mengikutnya walaupun baru mengenalinya beberapa hari lalu. Muhdalina tidak pernah berperangai pelik, tetapi dua tiga hari lalu dia berkelakuan aneh dan amat taksub terhadap lelaki berkenaan,” katanya kepada pemberita di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Muhdalina dikawal rapi dua anggota polis wanita. Setakat petang semalam, tiada anggota keluarga dibenarkan menemuinya kecuali suaminya yang berkesempatan menyerahkan makanan kira-kira jam 1 tengahari.Wanita berkenaan meninggalkan dua anaknya bersama ibu bapanya di Kota Damansara pada Ahad lalu dengan alasan ada urusan perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari.Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, Muhdalina cedera di peha kanan, manakala lelaki bersamanya,Khalil yang mendakwa Imam Mahadi mati ditembak.Bapa Muhdalena pula berkata, beliau sekeluarga masih terkejut dan sukar menerima hakikat pembabitan anak mereka.Ahmad Adam, 55,seorang peniaga nasi lemak,berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas membaca laporan pembabitan anak keduanya itu di sebuah laman sosial.

“Saya hubungi telefonnya tetapi panggilan dijawab seorang anggota polis. Dia minta saya ke Balai Polis Putrajaya untuk memberi keterangan. Saya terkejut dan kecewa kerana walaupun dia belajar tinggi (lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi terjebak dalam kes itu.Walaupun tidak bersekolah agama sepenuhnya,dia memang belajar sedikit pasal Islam pada sebelah petang,” katanya.

Beliau ditemui ketika cuba melawat anaknya, ditemani isteri,Siti Marliah Marjunid, 55,anaknya sulungnya, Ariffin serta dua anak Muhdalena,iaitu Mohd Fariz Kharizmi, 2 dan Mia Ratisya berusia setahun lebih.Bagaimanapun,mereka tidak dibenarkan melawat Muhdalena kerana difahamkan polis belum merekodkan keterangannya.Dia ditahan reman mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.Harap-harap banyak mesteri ini terungkai secepat mungkin supaya kita faham apa sebenarnya yang berlaku sehingga jadi yang yang terlah terjadi di Komplek B JPM Isnin lalu.

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Orang Sakit mental boleh lakukan Ilmu Hitam? Biar betul...nampak macam couple romantik setelah di tembak...

Nick Sun Shine said...

Diorang ni bukan pasangan kekasih, nama wanita itu Muhdalena bukan Muhdalina salah eja tu. pasti ada sesuatu disebaliknya. minta polis siasat lebih terperinci, ramai yg sanggup tampil kedepan untuk membantu siasatan polis dlm kes ni. percayalah. by da way, Muhdalena ni seorang penyokong kerajaan, BN selamanya punya org, heran mcmana boleh pergi sana JPM tu untuk menjatuhkan kerajaan atau membunuh PM.

 
 
Blogger Templates