Social Icons

Pages

Wednesday, July 11, 2012

KISAH BENAR !!! PAS SERAH LEBIH 60 % KERUSI PARLIMEN KEPADA DAP DAN PKR ??? WAJIB BACA !!!


Sudah hampir dua tahun Pas melaung-laungkan yang mereka akan ganti Umno dalam PRU akan datang.Apa-apa pun itu hanya retorik.Ini kerana Pas sendiri pun tidak menunjukkan keseriusan mereka untuk mengganti Umno kerana terlalu takutkan kepada DAP dan PKR.Sejak dua pilihanraya umum yang lepas jumlah kerusi parlimenyang ditandingi Umno adalah 117 kerusi.Tahun 2004 Umno menang 110 kerusi dari jumlah yang mereka masuk bertanding.Manakala tahun 2008 Umno menang 78 kerusi dari jumlah 114 yang mereka bertanding.

Manakala bagi Pas pula kerusi parlimen yang ditandingi mereka pada tahun 2004 adalah 84 kerusi dan menang hanya 6 kerusi. Untuk tahun 2008 pula Pas hanya bertanding di 66 kerusi dan menang 23.Untuk PRU akan datang Pas berhasrat untuk bertanding sebanyak 80 kerusi parlimen.Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Presiden Pas di Trengganu pada awal Julai 2012.

MARANG 1 Julai – PAS hari ini mengumumkan hasrat untuk bertanding 88 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.Menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,ianya sebagai cadangan parti dalam memastikan PAS sebagai tulang belakang pentadbiran Negara jika Pakatan menguasai kerusi Parlimen di Peringkat Parlimen.Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana sempena Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu di Padang Mengkuang, Bukit Payung di sini malam tadi.Pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, PAS telah mempertaruhkan 66 kerusi Parlimen dan berjaya menguasai 23 daripadanya berbanding DAP dan PKR yang mendapat jumlah lebih besar. - Kl Pos

Itu baru hasrat Pas.DAP dan PKR belum lagi menyatakan hasrat mereka. Persoalannya, bagaimana Pas mengatakan mereka akan menggantikan Umno jika kerusi yang ditandingi Pas pun tidak setara dengan kerusi yang ditandingi Umno ??? Umno bertanding di 117 kerusi, manakala Pas BERHASRAT untuk bertanding 80 kerusi.Jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan sebanyak 222 kerusi. Umno sebagai tunjang kepada orang-orang melayu sebagai penduduk majoriti di negara ini, bertanding lebih dari 50 % dari kerusi yang dipertandingkan. Maka Pas boleh lupakan hasrat mereka untuk menggantikan Umno jika mereka hanya bertanding di 80 kerusi atau 36 %.

ANDA NAK LAGI KEBENARAN ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates