Social Icons

Pages

Wednesday, July 11, 2012

HOT NEWS !!! HADI AWANG MENGAKU PAS LEBIH KUAT DARI PKR !!!


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan Sinar Harian mendakwa PAS lebih kuat dan bertanding lebih banyak kerusi berbanding dengan DAP dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

“PAS parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR).Kita (PAS) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi.Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam,” katanya.

Namun,Abdul Hadi juga turut mengakui jawapan di atas merupakan andaian kerana pengagihan kuota kerusi parlimen pembangkang belum diputuskan secara rasmi dalam Pakatan Haram.Katanya jumlah sebenar kedudukan kerusi antara ketiga-tiga parti Pakatan Haram itu akan diketahui apabila tarikh PRU diumumkan.Abdul Hadi menambah satu lagi bukti kekuatan Pas adalah parti itu mempunyai ramai jentera dan bersedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain.

Jumlah kerusi kompenan Pakatan Haram yang bakal bertanding dalam PRU 13 menjadi tumpuan apabila Utusan Malaysia melaporkan DAP bakal bertanding 90 kerusi berbanding dengan PAS dan PKR yang masing-masing bertanding 66 kerusi.Dalam PRU ke-12,PKR mendapat kerusi parlimen yang majoriti dengan bertanding 97 kerusi dan menang 31 kerusiPAS pula bertanding 66 kerusi,menang 23 kerusi,manakala DAP bertanding 47 kerusi,menang 28 kerusi.Dengan kedudukan kerusi PKR tertinggi dalam Pakatan Haram,maka Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Selepas 16 September 2008,PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila YB Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru),YB Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru),Wee Choo Keong (Wangsa Maju),Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli parlimen bebas.Dengan kehilangan 5 ahli parlimen itu,DAP menjadi kuasa majoriti di kalangan kompenan Pakatan Haram dengan mengekalkan kedudukan 31,diikuti PAS,28 kerusi dan PKR kembali ke kedudukan tercorot dengan 26 kerusi.Namun begitu,DAP tetap mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di parlimen dan sekaligus sebagai Ketua dalam PR.bayangkan kalau PRU 13 Pakatan Haram menang !!!

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

PAS Dajjal Pelingkup Agama said...

hahahahaha PAS kuat pun tak guna tetap jadi anjing DAP.

 
 
Blogger Templates