Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa tewas di tangan blogger apabila kes samannya terhadap Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad ditolak Mahkamah Tinggi Kota Bharu apabila Naib Presiden PAS itu gagal membuktikan Mohd Faisal adalah blogger RBF (Ruang Bicara Faisal).Faisal ketika bercakap dengan Kickdefella hari ini membina azam baru,dia mahu bersama Kickdefella dan rakan-rakan media sosial di Kelantan untuk menentang kemungkaran terutamanya yang menyelebungi aktiviti-aktiviti Husam Musa.Pada Oktober 2009,Husam pernah meminta Kickdefella menjejaki seorang pemuda bernama Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad. Bahkan pada satu malam Husam telah mengarahkan Kickdefella pergi ke sebuah rumah berdekatan Jalan Kebun Sultan pada jam hampir sebelas malam dengan menyamar sebagai pegawai kebajikan untuk mendapat maklumat mengenai pemuda itu.Tidak cukup dengan itu,Husam juga telah menghantar ‘orangnya’ di Hospital Kota Bharu untuk menjejaki dan mengintip arwah ayah Mohd Faisal yang ketika itu terlantar sakit.
“Sebelum ini penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal,” kata Faisal.
"Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah ketika itu.Blog tersebut pun bukan milik saya,nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad dan hari ini Mahkamah telah buat keputusannya.Pada 23 Oktober lalu harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah,” tambah Faisal.

Mohd Faisal sekarang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas Harakahdaily dan Sinar Harian.Pada Disember 2011, Husam mengemukakan saman terhadap Mohd Faisal yang didakwa menulis artikel berunsur fitnah terhadapnya dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.” Dalam saman itu Husam menuntut Mohd Faisal memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama serta membayar ganti rugi sebanyak RM500,000. - AIDC
No comments:
Post a Comment