Social Icons

Pages

Tuesday, July 17, 2012

HOT NEWS !!! NG LUM YONG BONGKAR KISAH AZMIN ALI DAN AIS KRIM ???


Apabila Ng Lum Yong,salah seorang pengasas PKR membangkitkan persoalan bagaimana Azmin Ali yang dikaitkan dengan beberapa gambar aksi panas,secara tidak langsung “membuka” semula “kes” berkenaan untuk hidangan rakyat.Sifat ingin tahu Ng Lum Yong itu berasas,kerana modus operandi PKR cukup mesra dengan laporan polis dan akuan bersumpah.Kita ketepikan akuan sumpah RM10 kegemaran Anwar Ibrahim dalam soal ini.Amat penting untuk Azmin Ali menyegerakan siasatan terhadap dakwaan bahawa beliau adalah individu yang didakwa di dalam gambar-gambar panas yang tersebar di blog-blog beberapa bulan yang lalu.Apa yang berlaku persis dakwaan terhadap keluarganya, yang mana terdapat desakan untuk membuat ujian DNA bagi menentukan kesahihan salah seorang anaknya.

Mungkin penangan “Denial Syndrome” yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim telah “dihadam” dengan sempurna oleh Azmin Ali, selaku si kesayangan Anwar. Secara lisan, Azmin telah menafikan bahawa individu tersebut bukan dirinya, laksana apa yang berlaku terhadap isu video Chinadoll.Kali ini,“Denial Syndrome” itu merebak ke satu tahap yang serupa; enggan siasatan dijalankan oleh pihak Polis.Sikap berdiam diri Azmin mungkin boleh diterjemahkan ibarat pesan orang-orang tua “diam ertinya setuju”.Penulis menjangkakan isu desakan pemecatan Faekah dan perletakkan jawatan Rafizi Ramli sengaja ditimbulkan dan diperbesarkan untuk menutup terus isu ‘aiskrim” ini.

Dua cerita sensasi politik PKR yang berlaku serentak jarang-jarang berlaku. Pastinya ada pihak yang cuba memanipulasikannya untuk kepentingan politik. Secara sedar atau tidak, ia berjaya, kerana isu “aiskrim” ini tidak lagi hebat diperbincangkan sebagaimana isu video Chinadoll yang menjadi “hits” berbulan lamanya.Mujur,ada pihak yang cuba membangkitkan semula isu berkenaan,demi untuk mencari satu kepastian dan jawapan.Rendahnya tahap moral pemimpin PKR tidak perlu dipersoal lagi. Apatah lagi, mereka dilihat tidak mementingkan moral, satu idea baru untuk kita, orang Timur yang berpegang teguh kepada prinsip ketinggian budi pekerti, dan sahsiah diri.Jika kita lihat,skandal seperti ini di Barat telah menyebabkan ramai ahli politik berundur.Ini sikap “gentleman”,kerana tahu mereka tidak layak menjadi pemimpin. Itu di Barat,negara yang moden dan menjadikan agama seolah tiada nilai. Negara Turki tidak terkecuali apabila beberapa orang ahli politik yang terbabit dalam skandal seks berundur diri.

Namun di Malaysia berbeza,kerana sifat tidak tahu malu. Apatah lagi,mereka disokong pula oleh penyokong-penyokong yang buta mata dan hati.Andai pemimpin yang rendah moral pun disokong,bagaimana pula tahap moral si penyokong?

Umumnya,ramai yang mahukan kepastian.Ramai juga yang telah memutuskan untuk diri sendiri, siapa lelaki berbaju biru itu.Azmin Ali perlu membersihkan dirinya dari dakwaan yang melingkarinya.Persoalannya,beranikah Azmin Ali disiasat oleh antara salah satu badan kepolisan terbaik di dunia? - Selangor Daily

No comments:

 
 
Blogger Templates