Social Icons

Pages

Thursday, July 05, 2012

HOT NEWS !!! MASJID DAN SURAU DI SELANGOR BAKAL JADI GELANGGANG POLITIK PADA BULAN RAMADHAN ??? WAJIB BACA !!!


Maklumat yang sampai ke Rakan Blogger Selangor Daily cukup menggusarkan.Kerisauan ini berasas,kerana Pakatan Haram,khususnya PAS gemar menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang politik mereka.Jika diteliti,adalah bukan sesuatu yang menghairankan apabila berlakunya demonstrasi aman di hadapan Masjid Al-Husna,Sunway,membantah tindakan JAIS & MAIS menukar jawatankuasa masjid yang dipilih oleh ahli kariah.Tentunya ada motif perkara itu berlaku.Amat malang apabila proses demokrasi yang dipraktikan dinafikan hanya kerana berbeza fahaman politik.Punca utama pastinya kerana ingin menguasai pentadbiran masjid berkenaan, agar mudah agenda politik diselitkan dalam program-program anjuran masjid berkenaan.

PAS memang sudah lama dikenali menjadikan masjid dan surau sebagai medan berpolitik sejak lama dahulu, sungguhpun sewaktu pemerintahan BN di Selangor.Ia sudah menjadi ruji,apabila menggunakan agama untuk kepentingan politik.Apatah lagi,mereka sebahagian dari kerajaan yang memerintah,pastinya mahu penguasaan optima terhadap keseluruhan institusi masjid dan surau di Selangor.Apa yang membimbangkan adalah maklumat yang diterima,iaitu mereka akan menggunakan sepenuhnya bulan puasa ini untuk menyebarkan agenda dan dakyah politik mereka.Kita sedia maklum bahawa masjid dan surau akan dipenuhi oleh umat Islam bagi mengerjakan solat tarawih.Inilah waktu paling menguntungkan kerana jumlah jemaah yang ramai, tanpa perlu sebarang usaha mahupun promosi.

Adalah dipercayai agenda politik itu akan berselindung di sebalik “tazkirah”,yang sebenarnya digunakan bagi membenamkan jarum-jarum parasit ke dalam pemikiran ummah. ”Ostat-Ostat” mereka,yang dibayar akan berkeliaran di seluruh Selangor bagi melaksanakan misi ini.Difahamkan,apa yang bakal disampaikan adalah proses “pencucian” terhadap imej pemimpin dan sekutu mereka yang tercalar teruk samada akibat dari permasalahan akidah atau moral.Sungguhpun berulang-ulang dibicarakan umum agar tidak menyentuh soal politik di tempat ibadah umat Islam ini,PAS seakan tidak mempedulikannya.Malah,semakin galak tanpa faham dan patuh bahawa masjid dan surau adalah tempat penyatuan ummah dan ibadah,tanpa membezakan fahaman politik.

Itu sanubari PAS, yang semakin hari dilingkari oleh mereka-mereka yang berkepala batu, angkuh dan mengganggap mereka sahaja yang betul. Hati mereka kaku lantaran “syurga” yang dijanjikan. Bukan itu sahaja, parahnya PAS hari ini apabila membiarkan anasir Syiah masuk.Syiah agama politik,itulah yang diceritakan oleh sejarah Islam.saya ingatkan kepada anda wahai pembaca dari Pakatan.ingat tak titah Tuanku Sultan Selangor agar tidak menjadikan rumah ibadah sebagai gelanggang politik.bersiap sedialah sekelian ummah,sesungguhnya Tuanku Sultan sedia mendengar sebarang laporan dengan mengemukakan bukti bahawa titahnya diingkari.Ramadhan Al Mubarak,jangan kotorkan bulan yang mulia ini dengan agenda politik di “rumah-rumah” Allah.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates