Social Icons

Pages

Wednesday, August 29, 2012

HOT NEWS !!! PAKATAN HARAM TAK FAHAM LAGI KER ??? POLIS TAK BAGI KEBENARAN ' HIMPUNAN JANJI' !!!



Inilah yang dikatakan musang berbulu ayam.Kalau ia satu perhimpunan sebut dengan jelas ia satu perhimpunan dan ikut peraturan yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman.Sebaliknya Gabungan Janji yang didokong oleh aktivis Bersih yang kini menjelma dalam pelbagai NGO cuba berselindung disebalik keramaian malam ambang Merdeka di Dataran Merdeka untuk menghalalkan perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ yang akan mereka anjurkan malam itu.Dengan mengunakan alasan mereka juga hendak turun sama-sama merayakan malam menjelang hari bersejarah penganjur himpunan yang akan disertai oleh 49 NGO antara lain tidak memberi notis 10 hari kepada pihak polis seperti yang ditetapkan oleh akta.Sedangkan ia satu perhimpunan yang jelas terancang dimana para peserta diminta turun memakai baju kuning yakni warna lambang Bersih.Gelagat meloyakan puak-puak Bersih ini tak sudah-sudah nak cari pasal dan nak menguji tahap kesabaran pihak berkuasa.Tindak tanduk mereka seolah semua orang bodoh melihat mereka pura-pura bodoh tidak mahu ikut peraturan.Kini kebimbangan yang berlegar ialah siapa yang boleh bagi jaminan perhimpuan itu berjalan aman seperti yang dijanjikan.

Selain perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ yang hendak menuntut pilihanraya bersih dan adil dari jam 10 malam hingga waktu tengah malam,satu lagi perhimpunan anjuran Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSBBC) akan diadakan pada malam itu.Ia akan berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.Siapa yang boleh menyekat jika berlaku misalnya jerit pekik antara peserta perhimpunan dengan orangramai yang membanjiri Dataran Merdeka malam itu yang mungkin marah melihat gelagat puak itu.Ia boleh merebak kepada saling lontar melontar objek dan sebagainya yang boleh mencetuskan kejadian yang diluar kawalan.Ini adalah kali pertama dalam sejarah kemeriahan malam ambang Merdeka cuba dicemari dengan satu perhimpunan yang tidak ada kaitan dengannya.Penganjur ‘Janji Demokrasi’ yang sebelum ini guna nama ‘Janji Bersih’ senang cakap sahaja bagi jaminan perhimpunan mereka akan berlangsung dengan aman dan tertib.Sebenarnya dari nawaitu mereka sahaja sudah boleh dijangka situasi malam itu besar kemungkinan akan panas.Siapa yang boleh lupa bagaimana perhimpuan Bersih 3.0 telah bertukar kecoh disaat akhir gara-gara ‘signal Anwar pada Azmin’.

Peserta telah merempuh masuk ke Dataran Merdeka yang menjadi kawasan larangan ekoran isyarat antara mereka berdua.Mereka yang mula.sebaliknya bila polis bertindak mereka riuh menyalahkan polis.Himpunan Bersih sebelum itu juga diwarnai dengan pelbagai gelagat ganas.Tiga hari menjelang perhimpunan yang dirancang itu polis telah memanggil salah seorang taiko Bersih yang kini mengunakan platform Pengarah Eksekutif Empower Selangor, Maria Chin Abdullah memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur.Perangainya jelas terpancar.Dalam sidang akhbar selepas memberi keterangan selama kira-kira sejam,Maria memberi kenyataan yang akan mengelirukan kepada wartawan.Katanya polis tidak menyatakan YA atau TIDAK dalam kontek kebenaran kepada mereka adakan perhimpunan itu sebaliknya menekankan aspek keselamatan peserta.

"Polis tidak cakap mereka benarkan atau tidak (sambutan) tapi kami sudah terangkan apa yang akan berlaku pada hari itu dan tidak melanggar akta perhimpunan aman 2012," katanya.

Turut serta ke balai polis itu ialah beberapa yang lain termasuk Setiausaha Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor,Yong Yew Wei yang akan mengetuai sambutan di Jalan Sultan .Maria berkata,beliau turut memberitahu polis bahawa himpunan Janji Demokrasi hanya akan berada di sekitar Dataran Merdeka dengan memakai baju kuning dan hanya Sasterawan Negara,A. Samad Said yang akan membacakan puisi.

"Seperti yang kita cakap sebelum ini,sebarang ucapan,kain rentang dan sepanduk tidak dibenarkan.Kita akan berada di Dataran Medeka selama dua jam dan akan bersurai selepas jam 12 tengah malam," katanya.

Ekoran itu ada portal berita yang tidak faham pakat balun saja kata polis sudah beri kebenaran dan ada pula yang tulis kata polis tidak kata YA atau TIDAK sama ada benarkan perhimpunan itu atau sebaliknya.Maria juga beritahu media,mereka akan mendapatkan permit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlebih dahulu.Persoalannya,betulkah polis sudah beri kebenaran kepada pengajur Janji Demokrasi ???

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang dihubungi Agendadaily menegaskan tiada kebenaran diberikan bagi tujuan perhimpunan itu.Tegasnya, pengajur tidak mengemukakan notis 10 sebelum perhimpunan diadakan seperti ditetapkan Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.|Menurut beliau, polis tidak menerima sebarang permohonan daripada penganjur.Malah katanya, kegagalan itu membolehkan penganjur dikenakan denda sehingga RM10,000 mengikut Seksyen 9(5) Akta sama.Beliau hairan jika penganjur mendakwa polis sudah memberikan kebenaran sedangkan mereka gagal mengemukakan notis mengadakan perhimpunan tersebut ikut tempoh ditetapkan.Menjawab soalan,Zainuddin berkata pihaknya akan memantau perhimpunan itu dan mengambil tindakan menyuraikannya jika perlu.Jelaslah, Maria dan kawan-kawannya termasuk peguam beliau yang berjumpa pihak polis tidak berterus terang apa dibincangkan dalam pertemuan petang semalam.Sepatutnya,mereka tahu mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 dan bagaimanapun mendapatkan kebenaran untuk perhimpunan itu.Agaknya mereka bukan tidak tahu tetapi sengaja buat-buat tak tahu kerana senang nak ‘hentam’ polis nanti macam berlaku perhimpunan sebelum ini.Mustahil punya ramai ahli parlimen pembangkang yang ada di Parlimen ketika akta itu dibentang dan diluluskan tidak boleh bagitahu pengajur bagaimana nak adakan perhimpunan yang betul-betul bersih dengan patuhi semua undang-undang.Jawapannya, mereka semua ini sengaja nak cari pasal nak bikin sesak dan kacau di ibu negara ketika rakyat sepatutnya tenang dan gembira sambut malam Merdeka.Siapa yang boleh tutup bangkai gajah dengan nyiru..Ramai yang menilai rancangan himpunan itu tidak lebih dari salah satu usaha untuk ‘ bikin panas’ situasi untuk mencari alasan bagi menyalahkan kerajaan menjelang PRU13.

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

NutCrakcer said...

Ada otak tapi semua BODOH.

 
 
Blogger Templates