Social Icons

Pages

Wednesday, August 08, 2012

HOT NEWS !!! PELAJAR UNISEL MENGAMUK DAN AKAN MEMBUAT RUSUHAN ???



Pelajar Universiti Industri Selangor yang masih lagi tidak mendapat kemudahan di kampus induk Bestari Jaya menimbang untuk mengadakan demonstrasi.Mereka menzahirkan rasa kecewa ekoran kegagalan pentadbiran UNISEL di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang sebelum ini dilihat gah menguwar-uwarkan memperjuangkan nasib mahasiswa di negara ini.Perkara itu diluahkan pelajar terbabit kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam, Wan Ahmad Hazman Wan Daud.

Luahan mereka turut disuarakan dalam laman sosial Facebook dan Twitter berikutan jawatankuasa MPP UNISEL tidak mempedulikan mereka,sebaliknya berdiam diri bagi menjaga kepentingan universiti.Dianggarkan lebih 1,000 pelajar baru dan lama tidak mendapat kemudahan asrama dalam kampus sebaliknya ada ditempatkan di asrama tumpangan sementara yang agak jauh sekitar Ijok.Keadaan itu membebankan pelajar terutama yang tidak mempunyai pengangkutan selain menganiaya mereka yang sudah membuat pembayaran pendahuluan sebelum ini.Wan Ahmad Hazman berkata, apa yang berlaku itu membuktikan kerajaan negeri pimpinan pembangkang mementingkan agenda politik melebihi kebajikan pelajar.Malah katanya, mahasiswa semakin sedar kerajaan negeri pakatan pembangkang tidak dapat memenuhi harapan mereka khususnya dalam aspek pendidikan.

Sementara itu,pelajar Tahun Dua Diploma Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua universiti itu,Nazmin Abdul Ghafar berkata MPP universiti itu yang pro mahasiswa tidak membantu menyelesaikan masalah mereka,sebaliknya didakwa bersekongkol dengan pentadbiran universiti dan kerajaan negeri. - Antarapos

4 comments:

Unknown said...

MENTADBIR UNIVERSITI LINTANG PUKANG, MENTADBIR NEGERI ISLAM KE LONGKANG, MENTADBIR NEGARA MELAYU TERKANGKANG,ITULAH KALAU PILIH PAMBANGKANG

Anonymous said...

adam badli takmau demo pulak ker depan pagar unisel..

tu kan mahasiswa..

kalau tak memang terbukti sekor sekor anjing pakatan

warkahpenafikir said...

Pembangkang dengan pembangang sama jer.

Anonymous said...

Cibai Pembangkang bodo

 
 
Blogger Templates