Rompakan terancang pakatan haram ke atas Selangor bakal menyaksikan harta Selangor hampir licin ditelan adun-adun DAP,PKR dan PAS.Sepanjang empat tahun kepimpinan pakatan pembangkang mengambil alih negeri Selangor ternyata tidak ada apa perancangan dan pembangunan baik dari sudut infrastrutur mahupun dari sudut sumber manusia yang boleh dibanggakan oleh rakyat di negeri ini. Mereka hanya tahu bagaimana untuk mengaut hasil bumi sebagai contoh menjadikan pasir sebagai satu industri. Mereka mengeluarkan pasir di bumi Selangor dengan kuantiti yang begitu banyak.Apabila pasir ini sudah habis kelak, mereka tumpu pula kepada aset-aset anak syarikat.Sebagai contoh mereka jual tanah PKPS di Sarawak sebanyak 11 ribu hektar.Selepas itu,isu penjualan tanah Yayasan Selangor Kampung Pandan, isu jual padang bola di Kelana Jaya.Begitu juga dengan isu menjual institut kemahiran Yayasan Selangor di Sabak Bernam.Apa yang jelas bagi saya,mereka ini mengumpul kewangan untuk anak syarikat dan untuk negeri dengan menjual aset-aset yang ada.
Ternyata pakatan haram tidak tahu mentadbir negeri apabila mereka gagal membuat perancangan untuk memperkembangkan lagi aset-aset yang sedia ada termasuk memperbanyakkan lagi industri dalam negeri Selangor bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.Mereka hanya berharap kepada apa yang diusahakan oleh kerajaan BN dahulu.Apa yang mereka nikmati hari ini adalah usaha gigih kerajaan BN sebelum ini.Tidak ada sebarang pembaharuan yang mereka lakukan atau sebarang penambahbaikan. Cuma yang ada hanya janji-janji kosong yang tidak mampu mereka laksanakan.
Begitu juga dengan janji-janji palsu manifesto Pakatan haram di Selangor bilamana puluhan janji dalam manifesto Pakatan haram di Selangor, hanya sebahagian air sahaja yang mampu mereka laksanakan berbanding dengan puluhan lagi janji-janji mereka yang masih belum tertunai.Air diberikan pada golongan kaya dan sederhana manakala golongan miskin terus terpinggir.Apa guna bagi air percuma kepada industri, iaitu kilang-kilang besar di Selangor dan rumah-rumah banglo.Mereka ini tidak terasa apa-apa dengan potongan sebanyak RM 11 itu.Golongan yang sepatutnya nak merasa RM 11 itu ialah rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di bandar.Semua rakyat Selangor kita sama-sama berjihad menentang pakatan haram dari memerintah Selangor untuk bangsa, agama dan negara. - Selangor Daily
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment