Social Icons

Pages

Thursday, October 04, 2012

EKSKLUSIF !!! SIAPAKAH ANWAR IBRAHIM SEBENAR ??? PENGHIANAT ATAU PATRIOT NEGARA ???


Anwar mempunyai agenda politik yang ampuk bila diterima dengan penuh kemesraan oleh Mahathir sebagai anggota Kabinet merangkap sebagai pemimpin UMNO dalam masa yang terlalu singkat.Selepas disintuk limau dan mandi air tolak bala,politik Anwar dengan cepat menolak Datuk Suhaimi Kamaruddin untuk menjadi Ketua Pemuda.Dalam sekelip mata dia duduk sama taraf dengan Naib Presiden UMNO dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO.Tidak sampai setahun menyertai UMNO,dia sudah jadi Ketua Pemuda dan Menteri Kabinet.Bayangkan bekas pemimpin pembangkang sudah duduk semeja dengan pucuk pimpinan Majlis Tertinggi UMNO.Para pemimpin lain terpaksa bertungkus-lumus,bersilat dan berkuntau,memakai azimat dan minyak pengasih untuk mendapat sokongan ahli-ahli parti untuk melonjakkan mereka menjadi pemimpin.Anwar masuk gelanggang UMNO seperti seorang pahlawan yang menang dalam peperangan! Memang ada rungutan dan cakap-cakap di belakang yang tidak senang hati dengan pilihan Mahathir itu. Tapi mereka semua tidak ada keberanian yang luar biasa untuk menentang Mahathir kecuali Tengku Razaleigh yang hampir menewaskan Mahathir dalam pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987 yang lalu. Anwar bukan pemimpin yang mengekor angin.Dia tidak mahu menjadi orang nombor dua dalam apa saja pergerakan yang melibatkannya. Dia pernah jadi Ketua ABIM, juga Ketua PPIUM dan juga pemimpin PBMUM. Tapi bila dia menyertai UMNO, mengapakah dia sanggup menjadi orang nombor dua terpenting? 

Ada muslihatnya.Sebagai orang baru dalam UMNO,dia harus bijak bermain politik.Seperti kata perumpamaan Melayu, “pukul ular, ular mesti mati, kayu jangan patah,tanah jangan berlekuk.” Musuh-musuhnya dalam UMNO lebih ganas dan lebih banyak musuh-musuhnya sewaktu memimpin ABIM atau pun PPIUM atau PBMUM. Walaupun dia mempunyai pengaruh politik dalam dan luar negara, namun dia tidak mahu tunjuk taringnya seperti kaduk naik junjung. Dia mahu melebarkan pengaruhnya di kalangan rakyat terlebih dahulu, supaya rakyat akan menjadi penyokong yang super setia kepadanya. Menurut Tun Mahathir, Anwar sudah mula merancang jaringan strategi politiknya dengan mengadakan cell-cellnya dalam parti, kerajaan, badan-badan berkanun dan berbagai NGO-NGO lain. Pendek kata, dia sudah merancang konspirasi untuk menguasai UMNO dan menjadi Perdana Menteri dalam masa yang singkat. Mahathir tahu, tapi dia mahu melihat sejauh mana dan serakus mana Anwar bermain politik. Perlu diingat, tidak ada seorang pun pemimpin politik di Malaysia yang merancang strategi politiknya melalui berbagai jaringan (network) seperti Anwar.Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun juga tidak mempunyai jaringan politik yang bersifat horizontal dan vertical seperti Anwar. Hanya parti Komunis sahaja yang mempunyai jaringan dalam berbagai sektor kehidupan rakyat bagi menjana kekuatan politik komunisme. Dalam buku saya, “Pertumbuhan Perkembangan dan Kejatuhan Lekra di Indonesia,” skripsi saya untuk ijazah sarjana di Universitas Indonesia di Jakarta,saya dapati D.N Aidit,Ketua Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Njoto juga seorang pemimpin kanan KPI, menggunakan kader-kader Komunis menyerap masuk dan menguasai berbagai NGO termasuk Lekra (Lembaga Kebudayaan Rakyat), sebuah persatuan penulis terkenal yang dianggotai oleh para sasterawan dan budayawan yang berhaluan kiri. 

Badan-badan separuh kerajaan,gerakan buruh dan tani,gerakan pemuda dan pemudi Indonesia dan berbagai kementerian serta jabatan-jabatan kerajaan untuk menyokong kepimpinan PKI bila mana PKI merancang menjatuhkan kerajaan Sukarno dan mendirikan kerajaan baru yang dikuasai PKI! Anwar bukanlah komunis tetapi cell-cell yang ditubuhkannya itu ada persamaan dengan jaringan yang dilakukan oleh PKI. Dari era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi hingga ke era Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak ada seorang pun Perdana Menteri punya jaringan para penyokong mereka seperti mana yang dilakukan Anwar. Boleh dikatakan penukaran kuasa dibuat secara teratur dan tidak menimbulkan konflik yang boleh menimbulkan ketidakstabilan politik sepertimana yang pernah berlaku di negara-negara Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Peralihan kuasa dibuat dengan penuh sopan-santun, beradab dan tidak menimbulkan taufan politik yang boleh membawa kehancuran kepada negara. Ini cara UMNO dan Barisan Nasional (BN) melakukan perubahan kekuasaan dari seorang Perdana Menteri kepada Perdana Menteri yang baru. Siapa saja yang dipilih parti, berkuasa untuk menjadi Perdana Menteri, tidak dipertikaikan rakyat atau ahli-ahli UMNO atau parti-parti komponen BN lainnya. 

Kesetiaan dan sokongan parti dan rakyat tetap diberikan kepada Perdana Menteri yang dipilih. Dan jawatan Perdana Menteri itu mestilah dari UMNO. Inilah kekuatan kepimpinan UMNO sejak dulu hingga sekarang. Malangnya, Anwar tidak sabar menunggu gilirannya. Walaupun Mahathir mencanang namanya berkali-kali di berbagai tempat, bahawa Anwar sebagai pengganti, namun Anwar tidak mampu menunggu masanya. Dia ingin menentukan nasibnya sendiri, bukan Mahathir dan bukan rakyat. Bila dapat kuasa, disintuk limau oleh Mahathir dan menjadi orang nombor dua penting dalam kerajaan dan UMNO, seolah-olah dia dikhayalkan oleh kuasa yang tidak pernah dia mimpikan sewaktu menjerit slogan anti UMNO di era kepimpinan ABIM dulu. Dia merasakan seolah-olah Allah memberi “wahyu” kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, kalau orang atau kaum itu sendiri yang merubahnya.Barangkali dia berpaut pada firman Allah ini secara bulat-bulat tanpa memperhitungkan aspek-aspek lain dalam percaturan politik pada masa itu. Dia seolah-olah berpendapat, Allah akan memberkati segala sepak terajang mainan politiknya, kerana pada suatu hari kelak dia akan menjadi Perdana Menteri. Allah telah memberi jalan yang paling mudah untuk dia mendapat kuasa iaitu melalui UMNO. Malah Allah mempermudahkan kemasukannya tanpa mendapat reaksi negatif dari pucuk pimpinan. Malah Allah menunjukkan kuasaNya, bahawa dia Anwar Ibrahim,dengan mudah mendapat kuasa dan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri tanpa mendapat bantahan apa-apa. 

Ini kuasa Allah yang meminjamkan hak dan kuasaNya kepada Anwar Ibrahim untuk dia merenung jauh ke dalam hati budinya sendiri. Dia lupa kuasa yang dia miliki sewaktu dalam kerajaan dan UMNO, bukan kuasa sendirian berhad kepunyaan dia dan kroni-kroninya dan sahabat handainya jauh atau dekat. Bila dia menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar seolah-olah menganggap dia adalah Perdana Menteri yang belum dihalalkan lagi. Apakah benar Mahathir akan meletak jawatan Perdana Menteri dan menyerahkan kuasa kepadanya? Apakah tidak mungkin Mahathir tarik balik sokongan terhadapnya dan menyodorkan tokoh lain sebagai penggantinya? Yang lebih afdal lagi, bilakah gerangannya Mahathir akan melatakkan jawatan tanpa dipaksa untuk berbuat demikian? Mahathir terlalu lama berkuasa dan mungkin akan kekal berkuasa selagi nyawa dikandung badan. Para juak-juak Anwar sering memberi nasihat untuk mempercepatkan tindakan menguasai UMNO dan kerajaan supaya Anwar cepat duduk di Sri Perdana di Putrajaya. Mereka begitu yakin Anwar boleh memberi tekanan kepada Mahathir supaya berundur lebih cepat, memandangkan orang-orang Anwar sudah hampir menguasai 192 bahagian UMNO dan kononnya kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun dan juga berbagai NGO sudah diresapi oleh mereka yang pro Anwar. Mereka begitu yakin penyokong-penyokong Anwar dalam Pemuda dan UMNO akan berpaling tadah meninggalkan Mahathir dan menjulang beliau sebagai pengganti. Mereka dan Anwar terlalu yakin bahawa sudah sampai masanya bagi Mahathir dipaksa berundur memberi laluan kepada Anwar. Mahathir sedar, Anwar sudah menunjukkan taringnya, tapi dia diam saja. Dia hendak melihat lakonan politik Anwar setelah diberi peluang untuk menjadi orang nombor dua dalam kerajaan dan parti. Menurut Tun Mahathir, Anwar pernah beritahunya dia hendak bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang Ghafar Baba. Mahathir menasihatinya jangan menentang Ghafar kerana Ghafar banyak berkorban untuk parti, seorang pemimpin veteran yang dihormati rakyat. Anwar tidak peduli dengan nasihat Mahathir. Waktu Mahathir memberi ucapan di Terengganu, mengingatkan pemimpin-pemimpin lama jangan berpaut pada kuasa sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. Anwar memutar belitkan saranan Mahathir bahawa Mahathir merestui dia menentang Ghafar, pemimpin veteran tersebut. Dia menjadi begitu bernafsu untuk menumbangkan Ghafar dengan memberi alasan Mahathir mahu pemimpin muda menguasai parti! Oleh kerana dia mempunyai jaringan sokongan yang kuat dan berpengaruh dalam sebahagian besar bahagian-bahagian UMNO, maka dia dengan mudah mendapat pencalonan terbanyak.

Dengan adanya 10 undi bonus bagi setiap pencalonan pada waktu itu, maka dengan mudah Anwar menumbangkan Ghafar. Sejak Tun Ghafar Baba kalah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993, Anwar dan juak-juaknya menjadi semakin galak. Ghafar terpaksa mengaku kalah sebelum persidangan UMNO, gara-gara mainan 10 undi bonus yang tidak demokratik itu. Nafsu untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri semakin membuak setelah Anwar dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri merangkap lagi sebagai Menteri Kewangan. Anwar dan kabilahnya seolah-olah tidak sabar lagi untuk merancang strategi mengambil kuasa secara licik melalui Perhimpunan Agung UMNO, di mana beberapa orang perwakilan sudah ditunjuk untuk mengkritik pimpinan Mahathir dan mendesak beliau berundur dari kerusi Perdana Menteri! Anwar melempar batu sembunyi tangan. Manusia merancang tapi Allah yang menentukan. Bila mana manusia lupa daratan, gila kuasa, dilambung nafsu yang tidak bersempadan, maka Allah akan menunjukkan kekuasanNya. Apa yang manusia miliki adalah hak Allah. Dia hanya meminjamkan kuasaNya kepada makhluk yang berstatus pemimpin. Dia boleh mengambil balik kuasa bila-bila masa saja. Tidak ada batas waktu. Tidak ada ampun dan maaf. Nabi Muhammad saw sendiri pernah bersabda, perang yang paling besar ialah perang nafsu. Manusia berkuasa kerana nafsu. Manusia jatuh menjadi debu sejarah juga kerana nafsu. Anwar yang banyak menabur ayat-ayat Al-Quran dan kata-kata falsafah dalam pidato-pidatonya, sepatutnya insaf dan tidak dibawa oleh arus nafsu untuk memburu kuasa yang melampau batas. Tapi Anwar, seperti manusia-manusia lain juga, sukar mengekang nafsunya. Ada nasihat baik dan nasihat jahat yang dibisik ke telinganya. Jalan ke Putrajaya terbentang luas untuknya. Pada suatu jika diberkati Allah, Anwar Ibrahim, anak Cheruk Tuk Kun, negeri tanpa Sultan, akan tinggal di Sri Perdana. Inilah mimpi yang belum menjadi kenyataan. Malangnya dia sudah terlajak begitu jauh untuk mengenang budi dan jasa mereka yang membawanya ke dalam UMNO. Dia seolah-olah berlagak bahawa dia tidak terhutang budi pada UMNO. Sebaliknya UMNO yang inginkannya untuk ditabal sebagai pemimpin. UMNO yang terhutang budi kepadanya dan bukan dia kepada UMNO! Mahathir melantiknya dalam Kabinet kerana menghargainya sebagai pejuang Islam. Dengan kata lain, Mahathir mahu Anwar membela UMNO dan menentang PAS yang dianggap mengancam kekuasaan UMNO di kalangan rakyat. Kekalahan UMNO di tangan PAS dan Semangat 46 dalam pilihanraya 1990, di mana semua 39 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan jatuh ke tangan Angkatan Perpaduan Ummah, pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Sejak kemenangan PAS, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz kekal menjadi Menteri Besar hingga sekarang walaupun selepas Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan sebahagian besar ahli-ahlinya menyertai UMNO kembali. Ini bermakna, pengaruh PAS sudah merebak ke negeri-negeri lain. Oleh kerana PAS dan UMNO mendapat sokongan terkuat di kalangan masyarakat Melayu, maka kedua parti politik Melayu ini akan terus-menerus bermusuhan demi memburu kuasa. Anwar boleh membaca kilat dan kilau mainan politik Mahathir yang ingin memperalatkan dia untuk menentang PAS. Sebenarnya Anwar Ibrahim bermain acilut politik dengan PAS kerana banyak pemimpin ABIM menyertai PAS. Antaranya Kamaruddin Jaafar, Haji Hadi Awang dan Allahyarham Ustaz Fadzil Nor. Sebenarnya sudah ada suatu agenda antara Anwar dengan rakan-rakannya dalam PAS yang pernah menjadi ahli ABIM di masa lalu. Kononnya Anwar dalam UMNO dan rakan-rakannya dalam PAS akan merancangkan strategi untuk menguasai kedua parti tersebut. Matlamatnya ialah memperkukuhkan kedudukan Anwar untuk mengambil alih kekuasaan kerajaan Persekutuan dengan dukungan UMNO dan PAS. Dengan kata lain, UMNO dan PAS menjadi alat politik Anwar untuk menjaga kepentingannya. Tidak dapat dinafikan Anwar mempunyai ramai penyokong yang taksub, yang akan melakukan apa saja demi menjaga kepentingan beliau. Hasrat Anwar gagal bila dipecat dari UMNO dan Kabinet pada tahun 1998, sewaktu berlaku krisis ekonomi yang parah pada tahun 1997-98. Dia menjadi banduan di penjara Sungai Buloh atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan meliwat. Dari belakang tembok penjara, dia cuba “menguasai” suasana politik negara melalui Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin Wan Azizah, isteri tercintanya. Malah Wan Azizah dengan anaknya menemui beberapa orang pemimpin asing untuk membela nasib suaminya. Antara mereka yang ditemui termasuklah Setiausaha Luar Amerika, Madeline Albright, Presiden Filipina, Joseph Astrada, Presiden Indonesia, Habibie. Bila Naib Presiden Amerika, Al Gore, menghadiri mesyuarat APEC di Kuala Lumpur, dia secara terang-terangan tanpa menghormati kerajaan Malaysia, membuat kenyataan menyokong “reformasi jalanan” yang dicetus oleh Anwar. 

Pendek kata, dia memperalatkan isteri dan anaknya untuk mencari sokongan dari berbagai pemimpin asing dengan harapan mereka boleh mengenakan tekanan politik, ekonomi dan lain-lain ke atas kerajaan Malaysia. Malangnya, segala rancangan Anwar untuk menentukan arah tuju politik nasional meleset setelah dia menjadi penghuni di penjara Sungai Buloh. Para pemimpin PAS yang lebih bijaksana dalam mainan politik, memperalatkan gambar mata lebam Anwar untuk meraih sokongan para pengundi dalam pilihan raya 1999. Akhirnya PAS memperolehi 27 kerusi Parlimen, Parti Keadilan cuma 5 kerusi dan DAP 10 kerusi – suatu jumlah yang cukup besar bagi pembangkang. Keputusan pilihanraya tahun 1999 menunjukkan Anwar masih mempunyai pengaruh di kalangan rakyat dan imejnya masih terserlah walaupun dia terlibat dalam skandal liwat. Mengapakah para pengundi tidak memberi sokongan yang paling besar pada Parti Keadilan Rakyat yang wiranya Anwar Ibrahim? Mengapakah PAS yang menjaja mata lebam Anwar mendapat kerusi lebih banyak dari parti pimipinan Wan Azizah? Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru saja ditubuhkan. Justeru itu, ia tidak dapat meluaskan pengaruhnya seperti PAS yang ditubuhkan sejak tahun 50-an lagi. Selain dari itu, kepimpinan Wan Azizah dianggap lemah, tanpa karisma, tidak ada oomph untuk mengangkat martabat partinya. Malah banyak orang menganggap Wan Azizah hanya sebagai “patung” dan Anwar suaminya yang merengkuk dalam penjara itulah yang menjadi tok dalang. Walaupun dia dalam penjara, namun dia dikatakan turut menentukan arah tuju PKR. Ini bermakna, secara de facto Anwar tetap menjadi orang nombor satu PKR. Sungguh pun Anwar dijulang sebagai wira oleh pihak pembangkang, namun sebahagian besar rakyat tetap mengekalkan Barisan Nasional untuk mentadbir negara. Ini bermakna, rakyat pada umumnya masih berbelah bagi tentang kewibawaan dan ketokohan Anwar yang dijatuhi hukuman penjara kerana meliwat. Ini bermakna, imej Anwar sebagai pemimpin berjiwa Islam diragui rakyat. Walaupun kes liwatnya mendapat laporan media dalam dan luar negara, namun tidak tergugat hati rakyat untuk memberi kemenangan mutlak kepada pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Anwar melancarkan demonstrasi jalanan, menimbulkan huru-hara di Kuala Lumpur; memperalatkan ribuan anak-anak muda dan para penyokongnya untuk menentang kerajaan selepas dia dipecat dari kerajaan dan UMNO. Dia sebenarnya salah dugaan. Dia terlalu yakin bahawa melalui demonstrasi jalanan, dia dapat mengugut kerajaan untuk menerima dia kembali sebagai ahli Kabinet dan UMNO. Dia ingat melalui demonstrasi jalanan, kerajaan BN boleh digulingkan seperti mana yang berlaku di Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Filipina. Sesungguhnya dia hidup dalam dunia fantasi bikinan sendiri. Dia merasakan dirinya begitu hebat sebagai pemimpin politik yang boleh menggerakkan ribuan penyokong yang melolong, menjerit, menjulang namanya dan menistakan kerajaan dengan maki-hamun. Barangkali dia terpukau dengan kehebatan berbagai pemimpin politik seperti Sukarno yang dapat menggegarkan sokongan jutaan rakyat Indonesia untuk bergerak senafas dengan perjuangannya. Atau dia menganggap dirinya sebagai Nelson Mandela atau Aung San Suu Kyi yang menjadi mangsa rejim yang ganas. Dia Anwar Ibrahim, bukan Mandela, bukan Suu Kyi yang mendapat Hadiah Nobel kerana perjuangan suci mereka menentang rejim apartheid dan junta tentera yang super rakus dan zalim. Dia homoseks. Dia dianggap sebagai pemimpin politik yang tidak mengenang budi, menggigit tangan yang memberinya rezeki dan kedudukan penting dalam parti dan kerajaan. 

Dia dianggap sebagai kacang lupakan kulit. Dia rakus. Dia sanggup memperalatkan sesiapa saja dan apa saja untuk mencapai cita-citanya iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dia merancang tapi Allah tidak merestuinya. Kalau benar dia berjuang atas landasan Islam dan meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan dirinya sendiri, tentulah Allah memberkati perjuangannya dan memberi kemenangan kepadanya. Cuba dia merenung dalam lubuk hatinya dan bertanya, mengapakah rakyat menolaknya dan tidak memujanya seperti Mandela dan Suu Kyi yang meringkuk dalam tahanan lebih dari dua dekad? Apakah dosanya yang paling besar, maka Allah melaknati perjuangannya dan menjadikan dia seorang banduan? Kalau perjuangannya super ikhlas untuk membela rakyat, agama dan negara, tentulah majoriti rakyat Malaysia akan menyokongnya dan menghalalkan hasratnya untuk menjadi bakal Perdana Menteri. Berbagai pemimpin negara asing kononnya menyokong perjuangannya, tetapi mengapakah sokongan mereka membawa rebah? Kalau benar dia menjadi mangsa kekejaman kerajaan Barisan Nasional, mengapakah kerajaan Barisan Nasional tidak tumbang dalam pilihan raya tahun 2008? Bukankah Anwar juga berkempen habis-habisan untuk memenangkan pembangkang, tetapi masih gagal menjatuhkan kerajaan BN? Malangnya Anwar tidak muhasabah. Dia terlalu angkuh. Dia seolah-olah menganggap kerusi Perdana Menteri itu adalah hak mutlaknya. Dia rakus dan tidak sabar hendak menjadi Perdana Menteri. Seperti kata Tun Mahathir, dalam wawancara saya dengan beliau, Anwar sudah mula membuat cell-cellnya dalam parti dan kerajaan dengan hasrat untuk merebut kekuasaan kelak. Dia lupa bahawa perjuangan UMNO bukan berdasarkan revolusi atau demonstrasi jalanan untuk mempertahankan kuasa. Malaysia bukan Indonesia atau negara-negara Afrika, yang pucuk pimpinannya boleh dijatuhkan melalui demonstrasi yang mengorbankan ribuan rakyat. Dia terlalu idealistik. Dia hidup dalam dunia fantasinya bahawa kerajaan boleh tumbang sekiranya dia mengadakan demonstrasi jalanan dan memperalatkan media asing dan para pemimpin asing dalam kabilahnya. Kata orang, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Apakah dia tidak sedar demonstrasi besar-besaran sewaktu peristiwa orang kampung di Baling makan ubi gajah yang beracun pada tahun 1974 itu tidak berjaya menjatuhkan kerajaan ? Akibat demonstrasi itu, dia ditahan di Kamunting selama dua tahun. Tentulah dua tahun di Kamunting tidak boleh disamakan dengan tahanan Nelson Mandela di Pulau Robbins dan tahanan rumah terhadap Aung San Suu Kyi selama lebih 10 tahun. Ketawa beruk, lutung dan buaya kalau ada pihak menyamakan perjuangan Anwar sama taraf nilainya dengan Manedela dan Suu Kyi. Hanya manusia yang taksub dan bodoh saya yang meletakkan perjuangan Anwar dengan Mandela dan pejuang demokrasi Suu Kyi. Rakyat Malaysia yang cinta damai tentulah terkejut bin pelik bila Anwar melancarkan demonstrasi jalanan atas nama reformasi selepas dia dipecat dari kerajaan. Tujuan dia jelas. Dia hendak menumbangkan kerajaan BN melalui kekerasan. Dia mengangkat dirinya sebagai “penyelamat” negara melalui demonstrasi-demonstrasi itu. Dia menganggap tentulah majoriti rakyat bersamanya menjerit “reformasi” sebagai tangkal azimat yang boleh membawa kejayaan dalam perjuangan yang sia-sia itu. Dalam khayalannya dia menjadi little Mandela dan little Suu Kyi di Malaysia. Dia fikir mantera “reformasi” akan membawa perubahan pimpinan kerajaan dan dia bakal menjadi Perdana Menteri yang akan melakukan reformasi kelak! Inilah khalayan Anwar yang tidak direstui oleh majoriti rakyat Malaysia. Dia lupa iklim politik di Malaysia tidak sama dengan Indonesia, Thailand, Filipina dan negara-negara Afrika dan Amerika Latin yang sering tergugat melalui demonstrasi jalanan. 

Dia boleh memukau ribuan para penonton dan para penyokong yang ternganga mendengar pidatonya yang berapi-api. Tapi kepetahan berpidato semata-mata tidak dapat menukar wajah politik Malaysia. Walaupun rakyat Malaysia hidup sederhana, tetapi mereka tidak bodoh untuk menumpang tuah pada seorang sang tokoh yang maha hebat skandalnya. Tatang dan jaja lah falsafah “masyarakat madaninya”. Jeritlah slogan mantera “reformasi” dan taburlah janji berbagai janji seperti pawang menabur bertih, tetapi kalau Allah tidak merestuinya, segala mimpi akan kekal sebagai mimpi dan akan hilang menjadi debu sejarah. Manusia boleh saja merancang, tapi Allah yang menentukan segala. Anwar seperti ikan ketiadaan air, terpaksa bergelut untuk melepaskan dirinya dari berbagai masalah yang ia sendiri menciptanya. Dia tidak sabar hendak menjadi Perdana Menteri, seolah-olah dia adalah pilihan Allah untuk bersemayam di Putrajaya dan memerintah negara Malaysia yang mempunyai 27 juta warganya. Demi mendapatkan sokongan berbagai golongan dalam masyarakat majmuk di Malaysia, dia sanggup menabur janji untuk menjana mimpi-mimpi yang membahagiakan golongan-golongan itu tanpa menyedari segala janjinya hanya retorika kosong yang lepas di angin lalu. Dia cuba menyakinkan rakyat bahawa dia layak menjadi Perdana Menteri dengan mengambil kira pengalamannya sewaktu berada dalam UMNO dan menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di bawah kerajaan Mahathir. Tapi rakyat Malaysia yang cinta damai tidak tergugat untuk memberi peluang kepadanya menjadi bakal Perdana Menteri. Mereka mendengar ucapannya yang berapi-api, mereka menepuk tangan tapi mereka tidak memberi undi kemenangan kepadanya. Sebenarnya Anwar gila kuasa setelah menikmatinya sebagai orang nombor dua dalam Kabinet Mahathir. Dia terdesak, panik dan marah bila dipecat dari UMNO dan Kabinet. Dendamnya tidak ada ujungnya. Kalau dia tidak berjaya menjadi Perdana Menteri, dia akan menghancurkan negara ini dengan segala tipu muslihatnya. 

petikan dari buku Yahaya Ismail, “Anwar Ibrahim, pengkhianat Atau Patriot?,” Usaha Teguh Sdn Bhd, 2011.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates