Seramai 150 penduduk pangsapuri Mawar di Taman Bunga Raya berkumpul mengadakan demontrasi secara aman menuntut 20 meter padu air percuma daripada kerajaan negeri Selangor petang semalam.Penduduk menyuarakan rasa tidak berpuashati terhadap kerajaan negeri yang dikatakan gagal menunaikan janji mereka sejak 2008 lalu.Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan hadir bersama mendengar rintihan rakyat yang semakin tertekan dengan tindakan kerajaan negeri PR.Selain itu,Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan turut turun padang menjelaskan isu air yang berlaku ketika ini.P.Kamalanathan berkata,rakyat negeri ini semakin sedar akan ketidakjujuran kerajaan negeri membantu mereka setelah memerintah negeri empat tahun.Katanya,beliau akan menjalankan kerjasama dengan GPRS membantu menjelaskan isu air yang diputar belitkan kerajaan negeri.Sohaimi berkata,tindakan penduduk mengadakan perhimpunan itu adalah usaha terbaik bagi mendapat penjelasan terkini isu yang berlaku.
“Ramai yang sudah berhubung dengan kita, selain memberikan respon balas di website GPRS dan blog www.hasrat-selangor.blogspot.com,daripada blog,maklumat yang kita dapat akan dikumpulkan dan kumpulan ini makin bertambah dan mereka perlukan khidmat guaman dari rakan-rakan peguam untuk failkan.Kerajaan negeri juga telah menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk disaman.Gerakan ini akan berterusan setiap masa, setiap minggu kerana kumpulan-kupulan yang berbeza, dari apartmen-apartmen dan perumahan yang berlainan di kawasan dalam negeri Selangor ini yang kita anggarkan lebih dari 689,000 unit,” ujarnya.
GPRS menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12,perlu sama rata memberikan air ini kepada semua rakyat tanpa mengira duduk di rumah flat, teres atau rumah banglo dan perlu membayar kembali mana yang belum mereka lunaskan.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri itu,Azman Mad Zain, 42,berkata,selama 50 bulan mereka tidak pernah menikmati air percuma yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
AGAKNYA 150 ORANG INI YG MENGUNDI PR DLM PRU 12 LALU,PAdan muka kena tipu.
Post a Comment