Social Icons

Pages

Saturday, October 27, 2012

HOT NEWS !!! DATUK SERI IR MOHD ZIN MEMBELASAH KHALID GAGAP DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR KAW-KAW !!!


Sejak mengambil alih pentadbiran di Selangor, Kerajaan Pakatan banyak terlibat dengan isu yang melibatkan tanah seperti tanah YBK,isu Talam yang juga dalam sektor hartanah serta isu tanah KHSB di Gombak seperti yang pernah didedahkan BN Selangor sebelum ini.Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata,perkara ini sebenarnya berkait dengan tadbir urus kerajaan negeri yang gagal menguruskan tukar syarat tanah dengan baik dan berkesan. 

“Menurut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat banyak kelemahan dalam pengurusan tanah di Selangor ini. Ini termasuklah pembinaan kilang haram dan penggunaan tanah tanpa kebenaran. Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran.Kelemahan-kelamahan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri memandang ringan soal tanah dan mengambil mudah pengurusan tanah ini. Ini langsung tidak mencerminkan sikap integriti yang kononnya dimiliki oleh Menteri Besar. Malah, kami juga akan mendedahkan pada masa hadapan beberapa siri pembohongan Khalid Ibrahim kepada rakyat Selangor termasuk menggunakan Institutsi beraja bagi menutup kelemahan beliau,” ujarnya kepada pemberita dalam sidang media kelmarin. 

Dalam masa yang sama,antara panggilan talefon yang diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor ialah aduan mengenai keadaan jalan negeri yang tidak diselengara dengan sempurna.Ini termasuklah jalan yang berlubang dan tidak sekata sehingga boleh menyebabkan kemalangan. Menurut Laporan Ketua Audit Negara,Kerajaan Persekutuan memberikan RM 375.90 juta kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan penyelenggaraan Jalan Negeri yang berjumlah 16,013 kilometer. 

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hanya membelanjakan RM218.15 juta sahaja. Iaitu 58.1% dari keseluruhan peruntukan. Ini secara tidak langsung menyebabkan wang Kerajaan Negeri meningkat. Hakikatnya, peningkatan wang kerajaan negeri bukanlah kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan tetapi sebaliknya beliau tidak membelanjakan untuk kebaikan rakyat. Tidak guna jika Khalid Ibrahim berbangga dengan peningkatan hampir RM2 billion kepada kerajaan Negeri jika rakyat tidak mendapat hasil dari peningkatan ini. Hakikatnya, Selangor yang terkenal sebagai negeri maju masih lagi mempunyai infrastruktur yang tidak sempurna di sesetengah kawasan,” ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. 

Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada tahun 2011 berbanding 2010.Selain itu,berbanding 2010,Kerajaan Negeri juga membelanjakan RM624.51 juta wang tunai untuk perbelanjaan modal. Sedangkan pada tahun 2010,tiada sebarang perbelanjaan modal dilakukan.Untuk apakah perbelanjaan tunai yang begitu tinggi ini ??? Siapakah yang menerima jumlah tunai ini ??? Kenapakah perbelanjaan tunai adalah melebihi pendapatan tunai ??? 

 “Kami percaya, kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan jangka masa hadapan untuk mengukuhkan kewangan negeri sebaliknya hanya bermain dengan angka untuk jangka masa yang singkat sahaja. Ini terbukti apabila pihak Ketua Audit Negara mengkritik pelaburan jangka masa panjang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri tidak memuaskan malah pulangan yang diterima juga adalah sangat rendah. Ini amatlah berbeza dengan kenyataan exco Teresa Kok bahawa pelabur berlumba-lumba datang ke Selangor untuk melabur namun hakikatnya tidak diterjemahkan kepada realiti. Berbanding pada tahun 2007 iaitu ketika Barisan Nasional memerintah, trend pelaburan telah menurun lebih RM10 juta malah tidak langsung menunjukkan ianya akan meningkat dalam masa terdekat ini,” tambahnya. Khalid Ibrahim yang kononnya mengamalkan perbelanjaan berhemat sebenarnya tidak diterjemahkan kepada rakyat.Hakikat ini perlu diteliti kerana walaupun kerajaan mungkin mempunyai sumber kewangan yang kukuh, namun rakyat Selangor tidak menikmati kebajikan seperti yang mereka janjikan samada dari segi infrastruktur mahupun dari segi kebajkan lain. Sebaliknya, peningkatan cukai pintu premis kediaman dan premis perniagaan serta kadar sewa yang dinaikkan menyebabkan rakyat terus terbeban.

No comments:

 
 
Blogger Templates