Social Icons

Pages

Friday, October 19, 2012

HOT NEWS !!! @NOHOMAR UMUM 10 SYARIKAT LAYAK JADI PEMBEKAL PADI YANG SAH !!!


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti 10 syarikat yang layak untuk membekalkan benih padi sah kepada petani di bawah Program Benih Padi Sah,bermula tahun depan.Menterinya Datuk Seri Noh Omar berkata pemilihan syarikat pembekal itu berdasarkan penilaian jawatankuasa teknikal dan kewangan terhadap kapasiti kilang memproses serta kemampuan syarikat terbabit.Pada peringkat awal hanya lima syarikat penuhi kriteria selepas proses tender ditutup,namun untuk mengelakkan monopoli kementerian membuka peluang kepada syarikat lain merayu.

"Syarikat yang penuhi kriteria termasuk laporan kewangan kukuh dan mempunyai mesin sendiri diberi peluang.Jadi tuduhan syarikat tidak layak diberi tender tidak betul,sebab kita bagi syarikat yang layak...10 syarikat layak semua sebab syarat dikemukakan cukup ketat," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini. Beliau yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementeriannya,berkata pihaknya sentiasa memastikan benih padi yang dikeluarkan syarikat yang dilantik terjamin kualitinya.

"Kadang-kadang benih padi cukup baik tapi pelbagai penyakit pula menyerang.Jadi ianya bukan semata-mata kerana benih padi.Kita juga menekankan pengurusan sawah kerana kalau tanpa pengurusan yang baik apa saja bantuan yang diberikan oleh kerajaan tidak akan memberikan faedah sewajarnya," katanya. 

Beliau berkata Jabatan Pertanian sentiasa membuat penilaian terhadap kualiti benih padi bermula dari proses penyediaan tanah, cara menanam padi, melihat jumlah padi angin ketika waktu padi berbunga, pemantauan sebelum padi dituai serta menilai berat padi yang dihasilkan di kilang. - Bernama

No comments:

 
 
Blogger Templates