Kenyataan Nik Aziz di Utusan Malaysia bahawa PAS memerlukan DAP, dan di Sinar Harian,bahawa DAP Tidak Pernah Mengganggu PAS,telah membuat akar umbi PAS terdiam sejenak.Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan Nik Aziz ialah,PAS seolah-olah percaya bahawa tiada cara lain lagi untuk mereka ke Putrajaya selain melalui kerjasama dengan DAP.Seolah-olah kuasa Allah SWT itu terhad dan tidak mampu membantu mereka berkuasa melalui jalan lain Dan kuasa DAP adalah lebih besar Allah SWT untuk meletakkan PAS di Putrajaya.Seolah-olah,tanpa DAP,PAS tiada apa-apa.Begitulah hinanya PAS di mata pemimpin mereka sendiri dan begitulah hinanya PAS dalam ertikata yang sebenar-benarnya.Bagi PAS Putrajaya itu begitu penting dan jauh lebih penting dari mempertahankan agama.
Pendek kata, benarlah kata orang bahawa PAS hidup untuk pilihanraya di mana seluruh jiwa raga dan tenaga dicurahkan untuk politik, bukan untuk Allah SWT.PAS percaya dengan momokkan sendiri bahawa jika parti itu tidak dapat ke Putrajaya maka Islam akan hilang di Malaysia.Sedangkan Islam bukannya duduk di Putrajaya mahupun di mana-mana,tetapi di hati setiap hambaNya.Bagi yang benar-benar fanatik atau ‘totok PAS’ mereka pantas menepis kenyataan tersebut sebagai manipulasi media, lalu menutup telinga dan mata serta mengelak dari bercakap tentangnya.Bagi segelintir lagi penyokong PAS yang agak rasional,mereka memilih untuk memendam rasa,enggan memikirkan tentangnya dengan harapan ia akan dilupakan dan berlalu begitu sahaja sehingga Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.Namun,impak sebenar dari kenyataan itu tentunya terhadap golongan atas pagar yang sedikit cenderung kepada PAS,tetapi masih ragu-ragu dengan halatuju PAS dan PR.
Mereka ini, nampaknya tidak lagi dapat menerima ‘kegilaan’ PAS dalam mengejar Putrajaya yang terserlah melalui kenyataan Nik Aziz.
Jika sebelum ini PAS sering menafikan yang mereka sanggup melakukan apa saja demi politik termasuk menggadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk menjaga hati DAP, maka kenyataan Nik Aziz itu telah dengan sendirinya membakulsampahkan segala penafian tersebut.
Dengan mengakui betapa PAS amat memerlukan DAP, Nik Aziz sebenarnya mengesahkan betapa lemahnya PAS, sekali gus tuduhan bahawa PAS barua DAP, PAS anjing DAP, atau kuda tunggangan DAP, terbukti benar dan tepat belaka.
Dalam ertikata lain, PAS adalah parti tanpa maruah, yang meletakkan dirinya di bawah tapak kaki DAP untuk dipijak bagi melonjakkan diri mereka ke atas. Kerana tiada maruah, PAS tidak sanggup melepaskan DAP apabila DAP menghina hukum hudud dan Islam, sedangkan DAP sentiasa bersedia menerajang PAS jika terus berdegil ingin melaksanakan hudud dan Negara Islam.
Mana tidaknya jika Putrajaya, bagi PAS, adalah lebih penting dari Islam.Kemenangan PRU pula adalah lebih penting dari soal dana Yahudi yang disalurkan untuk membantu PR melalui berbagai cara, mahupun soal moral dan fahaman liberal yang dipegang oleh bakal Perdana Menteri mereka.
Jika penyokong PAS taksub kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula taksub kepada kuasa.
Dan ketaksuban telah membuatkan mereka buta sehingga tidak menyedari perkara yang jelas iaitu dalam keadaan PAS memerlukan DAP lebih dari DAP memerlukan PAS,bagaimana mereka boleh mengimpikan Islam ditegakkan jika PR memerintah,sedangkan DAP menentangnya ??? Bagaimana PAS boleh menentang agenda DAP sedangkan mereka cukup takut jika DAP menendang mereka keluar ???
Pastilah akhirnya PAS hanya akan terus bergayut memeluk kaki DAP dan mengiakan apa saja asalkan dibenarkan berada bersama mereka di Putrajaya.Justeru,inilah diingatkan penyokong-penyokong akar umbi PAS agar hentikanlah bermimpi yang Islam dapat ditegakkan jika PR memerintah selagi Nik Aziz merelakan diri dan parti itu menjadi kuda, barua atau anjing kepada DAP.Terimalah hakikat kelemahan PAS adalah kerana kebodohan pemimpinnya.Pemimpin itu pula berada di tempatnya kerana ketaksuban penyokongnya. Taksub kepada pemimpin yang bodoh adalah tindakan yang dua kali ganda bodohnya. Dan malang bagi orang-orang bodoh ialah mereka cenderung untuk membiarkan orang lain memperbodohkan mereka.Kesimpulannya,benarlah bahawa Islam itu adalah agama untuk orang-orang yang bijak kerana orang-orang yang bodoh sering menyalahfaham,menyalahtafsir dan menyalahgunakannya sehingga menimbulkan kerosakan dan kemusnahan kepada diri,keluarga,agama bangsa dan negara.
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
Pas perlu Dap utk menang.... kah..kah..kahhh..
patutlah Pas bermati2an tanpa berbelah bagi jadi balaci yg setia kepada Dap...
TGNA dan Pas.. takebeerrrr
Bahlul PAS
Betul tu, hanya dengan menaiki roket, boleh sampai ke bulan. Selama ni, tak pernah terfikir. Idea yang rasional.
PR ni aku anggap bodoh knp? Mereka sering melemparkan persoalan tapi mereka tak mencari jawapan. Mcm bdk sekolah, asyik baca soalan jer, jawapan tak baca,.. bila nak pandai.
Faham maksud aku?
PAS ni tubuhkan atas dasar perjuangan nak laksana kan Hudud dan menubuh negara Islam. Tapi la ni, dalam manifesto , perkara itu sudah tiada, ditukar kepada negara kebajikan. Maka, apa beza perjuangan PAS dgn UMNO? UMNO juga membina negara kebajikkan. Sama saja. Maka PAS sudah tidak relevant. Bahkan, UMNO jauh lebih baik membangunkan negara dari PAS, maka lebih baik PAS ditutup.
Post a Comment