Sahih dan jelas sekali,para pemimpin PAS dari kalangan Anwarinas masih lagi mempunyai perasaan dendam dan curiga terhadap bekas Timbalan Presiden mereka sendiri sekalipun 9 September lalu Majlis Syura PAS telah memutuskan untuk tidak memanjangkan polemik kedudukan Nasharudin Mat Isa dalam parti.Apabila Nasharudin masih berterusan mempertikaikan dasar songsang parti termasuklah yang terbaru mengecam sikap PAS ketika ini yang terlampau mendahulukan kuasa berbanding prinsip Islam, ia bagaikan satu peluru baru bagi golongan Anwarinas untuk melancarkan semula perang menentang bekas Timbalan Presiden PAS itu.Nasharudin dalam ucapannya di Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah antara lainnya menyebut;
"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah,apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk 5, 10 atau 15 tahun lagi ??? Adakah umat Islam tergelincir ??? Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa ???".
Selanjutnya Nasharudin juga menyatakan bahawa dalam konteks politik umat Islam hari ini,masalah perpecahan umat seperti sengaja dilupakan sedangkan perkara itu merupakan masalah utama yang perlu segera mencapai penyelesaian.
Selain itu,beliau turut meluahkan kehairanannya apabila usaha dalam bentuk perbincangan dan penyatuan diantara UMNO dan PAS sering dipandang serong atau kelihatan 'taboo' bagi segelintir pihak yang tidak senang duduk dengan usaha murni tersebut.
Nasharudin mungkin beranggapan ucapannya itu tidakpun menyalahi sebarang kod etika partinya malah untuk ditafsirkan telah melanggar dasar PAS pun tentu tidak sesekali.Malah bagi umat Islam juga tidak melihat ucapan Nasharudin itu lari dari landasan perjuangan Islam yang sedari dulu lagi amat menitik beratkan perpaduan dan membenci perpecahan.
Apatah lagi Majlis Syura dalam mesyuaratnya sebelum ini pun jelas menyebelahi Nasharudin apabila badan tertinggi PAS itu enggan menurut perintah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mahu beliau dipecat maka bolehlah dikira sebagai satu lesen untuknya terus menegur dan mengkritik parti demi kebaikan bersama.
Hakikatnya tidak sedemikian.Bagi golongan Anwarinas dalam PAS, ucapan berbentuk teguran dan kritikan terbuka oleh Nasharudin itu dikira sebagai sengaja mencabar Majlis Syura dan PAS itu sendiri.
Ini dapat dilihat dari reaksi keras Naib Presiden PAS,Mahfuz Omar yang memberi amaran bahawa teguran Nasharudin itu adalah tindakan yang sengaja mempertikaikan pendirian parti serta satu cubaan yang mencabar kewibawaan Majlis Syura itu sendiri.
Jelas sekali golongan Anwarinas tidak akan duduk diam begitu sahaja membiarkan Nasharudin terlepas dari tindakan disiplin.Kesempatan ini tentunya diambil peluang oleh mereka untuk menebus kekalahan mereka sebelum ini.Barangkali benar Nasharudin telah mencabar kewibawaan Majlis Syura PAS dimasa yang sama secara langsung mengkritik sikap PAS yang terlampau kemaruk mengejar kuasa hingga hampir tergadai maruah agama, bangsa dan negara, namun bagi umat Islam,tindakan Nasharudin itu tetap kena pada tempatnya.Mungkin kali ini Nasharudin agak sukar untuk Nasharudin terlepas dari hukuman yang sekian lama diidam-idamkan oleh kumpulan Anwarinas dalam PAS,pun begitu sejauh mana PAS berani bertindak keras termasuk memecat Nasharudin tentunya menarik untuk dikuti perkembangannya.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Apa nak takutkan sebab Nasha buta semua itu kerana tuntutan Allah swt bukan kerana tuntutan parti.Alhamdullillah akhirnya ada juga dari puak PAS ni telah tersedar dari mimpi tapi aku pasti Nasha akan melalui masa yang sukar.Tabahkan hati Nasha insyaallah jika kita ikhlas semuanya akan ditempuhi dengan tenang.
Post a Comment