Ketika Negara di selaputi kepelbagaian tindak tanduk politik yang semakin menuju tahap kritikal sambil akan menghadapi pilihanraya,maka apa sahaja yang boleh di jadi kan modal untuk mengena kan pihak lawan akan di guna kan.Tidak kira lah kalau orang putih kata “shot in the foot” yakni menembak kaki sendiri.Baru baru ini Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bersuara tentang kehadiran kapal perang tentera Amerika yang datang singgah berlabuh lebih kurang 5 hari di Pelabuhan Klang.Begitu risau Pokok Sena ini dengan kehadiran Kapal USS Washington seolah olah Negara telah di tawan oleh penjajah,seolah olah kerajaan ini bodoh sangat membiar kan kapal perang berlabuh dan menawan Negara kita ini.Sekali pandang memang lah nampak Mahfuz ini semacam Hero cuba selamat kan Negara.Bagus lah jika itu yang ada di dalam jiwa nya.Tapi bukan niat Mahfuz nak jadi hero penyelamat Negara yang kita mahu bicara kan di sini,apa yang ingin kita di bicara kan ia lah pendirian tidak konsisten nya di dalam hal hal keselamatan Negara kita.Bukan kita tidak kenal Mahfuz ini.Bukan kita tidak tahu kedudukan dia di dalam hal ehwal Negara kita.Jika Mahfuz risau benar dengan kehadiran 5 hari kapal besar dari Amerika itu seolah olah lawatan 5 hari boleh hancur kan Negara,kita ingin tanya bagaimana pula dengan yang sememang nya mahu menawan Negara melalui proksi proksi mereka seperti Anawar Ibrahim dan NGO NGO lain yang amat cenderung mahu menjemput wakil kuasa asing masuk sebagai penentu dasar dan menguasai Negara kita ???
Bukan sahaja menjadi proksi malah menerima dana dari individu yang semua orang pun tahu ada agenda menawan dunia dari Negara Arab sampai lah ke Timur Asia, asal kan ia nya berbau Islam.Apa pendirian Mahfuz terhadap perkara ini ??? Atau Mahfuz kurang ariff dan tidak sampai akal nya kepada hal hal ini.Atau, sebenar nya Mahfuz ada lah sebahagian dari makhluk yang membuka pintu kepada kausa asing melalui NGO NGO ini ???
Pendirian Mahfuz seolah olah tidak tentu arah,atau pun sememang nya tiada arah.Jika yang membuka pintu pagar untuk musuh itu dari pihak nya maka Mahfuz harus berdiam diri, dan jika yang melakukan itu bukan dari puak nya baru Mahfuz mahu bersuara ???
Bagai mana pula pendirian Mahfuz terhadap DAP yang semua tahu berkiblat kan PAP Singapura dan pemimpin nya sering berulang alik ke Singapura untuk berjumpa sesiapa sahaja yang mereka ingin jumpa untuk membuat rujukan.
Ketika menjelas kan kepada media Datuk Zahid Hamidi sudah menerang kan bukan sahaja kapal perang Amerika yang datang kunjung ke sini, malah kapal perang dari India,China dan beberapa Negara lain juga ada kunjung hormat atas kapasiti menghormati satu sama lain atas pertalian persahabatan
Untuk pengetahuan Mahfuz yang terhad itu, kapal tentera Laut di raja Malaysia juga sentiasa berlabuh ke beberapa Negara di dunia sebagai kunjung hormat, apa kah Malaysia mahu menawan Negara itu?
Jika Mahfuz mahu jadi hero biar lah jadi hero yang betul dan konsisten.Jangan lah nak jadi hero sekerat sekerat dan bila perlu sahaja.Di dalam kain Pakatan Rakyat yang Mahfuz ada pertalian saudara,proksi musuh terbesar ada duduk bersama Mahfuz.Sedang semua tahu dana nya datang dari mana, kiblat nya condong ke mana,malah Negara yang harus di lindungi nya ia lah Israel,seperti yang dia sendiri ucap kan apabila di luar Negara.Itu lah yang paling harus Mahfuz risau kan dan harus menjadi Hero untuk melawan nya, tapi semua pun tahu apa yang haram untuk orang lain sentiasa halal untuk puak seperti Mahfuz.Di sini kita bukan bicara kan sama ada boleh atau tidak boleh kapal perang itu datang singgah sebentar,kerana kapal itu sudah pun belayar,yang di bicara kan di sini ia lah Mahfuz Omar dari Pokok Sena dan pendirian berbelang nya.Mahfuz boleh memula kan diri menjadi hero kepada kes SUARAM yang sah menjadi dalang kepada kuasa asing yang di ketuai individu bernama Soros.Mahfuz boleh mula kan di sini, semua orang tahu apa apa benda berbau busuk semacam najis di Negara ini pasti nya datang dari peminat lubang najis.
Guna lah siapa pun NGO ke, parti lain ke, individu luar Negara ke dalam Negara ke , semua akan dapat di kesan datang nya dari seorang desperado yang bakal masuk penjara.
Kalau Mahfuz teringin sangat nak selamat kan Negara dan konon sayang kepada Negara ini Mahfuz boleh bangkit menegur yang mahu tukar kan perlembagaan Negara , yang nak republikan Negara dan yang nak tukar kan bendera Negara.Mula kan di sini.Jangan lah sampai akal dan minda kecil tidak dapat beza kan antara lawatan dengan campurtangan.
Bukan senang nak jadi Hero,lagi pun nak jadi hero kena jujur dan ikhlas, bukan nya ujud bila puak lain buat hal tertentu dan senyap sepi diri bila puak sendiri laku kan. Itu bukan hero semacam Zorro,itu Zero nama nya.. - Selangor Daily
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Dia dah sewel kot.... Biasa la pakatankan suka main tembak jer
Post a Comment