Social Icons

Pages

Sunday, October 28, 2012

KANTOI !!! DAKWAAN @NOHOMAR KATA ASET RM321 JUTA PKNS - CENTRAL HOLDING BERHAD ADALAH PEMBELI YANG SAH ???


Baru-baru ini DS Noh Omar mendedahkan perancangan kerajaan Khalid Gagap melalui PKNS mereka bercadang untuk menjual aset bangunan PKNS yang keseluruhannya berjumlah RM321Juta. Noh Omar tidak menuduh tetapi mengambil pendekatan berbeza dengan meminta Menteri Besar menafikan sahaja dakwaan beliau. Pendekatan seperti ini agak berbeza dengan corak menyerang kempimpinan kerajaan Selangor jika kita bandingkan dengan sebelum-sebelum ini.

KLIK DI SINI 

UNTUK SELANJUTNYA

  

Sehingga artikel ini ditulis,Khalid Gagap masih membisu seribu bahasa mungkin kerana masih terkesan dengan asakan Noh Omar terhadap isu UNisel yang kerugian RM54 juta. Dalam menjawap isu PKNS ini hanya pengurusan PKNS sahaja yang menjawap dan juga Setpol Khalid Gagap Si Faekah yang kita sedia maklum tidak disukai oleh kuncu-kuncu Azmin Ali. Kenapa Faekah cuba menjadi hero dalam isu ini berbeza dengan sikap beliau yang membisu bilamana pendedahan Noh Omar bahawa Unisel kerugian 54 juta walhal beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah UNISEL? Mungkin hanya Azmin and the geng sahaja yang tau. Apa yang pasti jawapan daripada Faekah semalam sempena Hari Raya Korban jelas menepati tema sambutan hari raya korban. Jawapan Faekah jelas mengorbankan kreabiliti bos beliau sendiri. Jika kita lihat keseluruahan jawapan di dalam Selangorku, ianya tidak menjawap isu yang dibangkitkan oleh Noh Omar. Faekah mengatakan bahawa aset-aset tersebut akan diletakkan di bawah satu syarikat baru yang dinamakan Private Real Estate Company (PREC) yang akan memfokuskan kepada pelaburan dan pengurusan hartanah. Mereka tidak lupa cuba mengaitkan isu ini dengan Kementerian Kewangan yang diterajui oleh kerajaan BN. Mungkin sekiranya isu ini menjadi kritikal besar kemungkinan mereka akan menyalahkan kerajaan BN atas kelulusan yang diberikan.

Ini kita sedia maklum. Apa jua kesilapan mereka, mereka lebih suka menunding jari kepada pihak lain. Aku secara peribadi merasakan bahawa penubuhan PREC untuk memfokuskan kepada pengurusun hartanah adalah satu tindakan yang boleh dikatakan masuk akal. Maklumat daripada PKNS yang diperolehi mengatakan bahawa kesemua aset berjumlah RM321juta itu bukan diletakkan dibawah PREC yang baru ditubuhkan tetapi terdapat urusan jual beli di antara PKNS dan juga sebuah syarikat yang SEDIA ADA iaitu Central Holding Berhad. 

Di dalam urusan jual beli tersebut, terdapat satu perjanjian pinjaman yang mana ini jelas menunjukkan bahawa transaksi jual beli telah berlaku dan tidak seperti apa yg dikatakan oleh Faekah bahawa aset tersebut di letakkan dibawah PREC. Sumber juga memaklumakn bahawa Central Holding Berhad akan membayar deposit kepada PKNS di dalam perjanjian tersebut. Sumber juga memaklumkan bahawa central Holding Berhad mempunyai kaitan dengan Worldwide Berhad sebuah anak syarikat PKNS yang dipengerusikan oleh Dato Ariff Pegawai Kewangan Negeri Persoalannya adalah mungkin betul aset tersebut masih menjadi hak milik PKNS tetapi kenapa satu perjanjian jual beli dibuat diantara Central Holding Berhad yang akan membuat pinjaman bank untuk bayaran kepada PKNS Ini bermakna hutang RM321 juta akan menjadi liabiliti baru kepada PKNS yang terpaksa membayar secara ansuran pinjaman tersebut. Bagaimana PKNS mahu membayar hutang tersebut kepada bank? Jawapannya mudah, PKNS terpaksa mencari dana tambahan dalam menampung kos pembayaran hutang dan perkara paling mudah untuk dibuat adalah dengan menaikkan sewa tapak perniagaan diseluruh 5 aset bangunan tersebut. Siapa yang akan teraniaya? Adakah UMNO-BN atau rakyat yang berniaga di tapak-tapak perniagaan? Adakah duit tersebut juga dirancangkan untuk dana pilihanraya yang akan menjelang? Fikirkan Bersama! - KGC 

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

usin said...

pusing kelilinglah pakar2 ekonomi kerajaan pakatan memerah otak bagaimana nk penuhkan tembolok masing2 sebelum pru13 berlangsung. projek kena pantas dan progresif. mungkin mereka tahu bahawa peluang mengekalkan kuasa tidak sampai 30%. 70% peluang bn akan dapat ambil alih kerajaan. walaupun berdegar2 mereka mengatakan rakyat tetap memilih mereka, hakikatnya hati mereka bertambah cuak. hampir semua program politik mereka kurang dihadiri rakyat. oleh itu strategi sakau secara pantas dan cekap perlu digunakan. kalaupun dlm pru13 bn menang, beban bayar hutang, aset yg dh terbang dan kesengsaraan rakyat akan tertanggung atas batu jemala umno/bn. mereka tak rugi apa2pun. itulah kehendak mereka sebenarnya. itulah apa yg terdetik hlm hati aku sebagai anak selangor!!!

UMNO PARTI PENJARA said...

Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?

~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~


Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?


Jika Pemuda dan Puteri UMNO memilih untuk jadi LEMBU,...... Ahli2 UMNO yang sedang aktif atau hanya menjadi pemerhati di laman2 blog ini tetap akan membuat undi protes pada PRU akan datang... Walau apa jua alasannya, mereka tetap akan mengundi Pakatan Rakyat tanpa perlu berdolak dalik... Ini telah dibuktikan oleh Pemimpin2 UMNO sendiri perkara itu akan terjadi... Sabotaj calon UMNO secara total untuk kuburkan parti itu..


Janji Ditepati - Pemuda Dan Puteri UMNO 'Budak Tolol' Dan 'Sampah Parti'

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

~ BUKTI 5 ~

~ BUKTI 6 ~






(( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))

 
 
Blogger Templates