PAS sememangnya parti yang keliru hala tuju,yang dipimpin oleh orang yang celaru dan bekerjasama dalam PR yang haru-biru.Islam menjadi mainan politik seharian,dijadikan slogan promosi bagai iklan. Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan.Akibat bersifat keterlaluan dalam politik,PAS akhirnya telah di ’hijack’ syaitan.Kerana itu,segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang.Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara seIslam ditentang.
Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti,di pakaian dan retorik jalanan.PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT.
Maka tidak hairanlah penemuan audit negeri Kedah mendapati bahawa kerajaan PAS Kedah telah memandang remeh akan soal sijil halal yang dikeluarkan di negeri itu.Sedangkan sijil inilah yang dapat memberi panduan kepada rakyat mengenai halal-haram sesuatu barangan atau makanan yang bakal menjadi darah daging mereka.Laporan audit 2011 menunjukkan bahawa di antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati bahawa sijil halal lewat dikeluarkan atas sebab-sebab kelemahan dalam aktiviti pemantauan dan Penguatkuasaan serta perkhidmatan rujukan maklumat halal tidak dikemas kini.
Namun, apa yang disebut kelemahan dalam laporan audit sebenarnya lebih tepat jika disebut ‘kemalasan’ kerana antara penemuan mengejutkan yang dilaporkan ialah Jawatankuasa Panel Pengesahan Halal Tidak Bermesyuarat.Jawatankuasa tersebut hanya bermesyuarat 2 kali pada tahun 2009 dan 3 kali pada tahun 2010.Manakala pada tahun 2011, Jawatankuasa ini langsung tidak bermesyuarat.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment