Social Icons

Pages

Saturday, October 27, 2012

KANTOI !!! ISU PKNS !!! DULU UNTUK PERUMAHAN RAKYAT !!! KINI UNTUK DANA PRU 13 !!!


Di atas nasihat Penasihat Kewangan Negeri,PKR turut mencari lain-lain sumber kewangan yang lebih untuk pilihanraya selain dari sumber asing.Antara yang dikenalpasti untuk menjadi ‘golden geese’ (angsa bertelor emas) kepada PKR adalan PKNS.Setakat ini, menurut sumber HQ,beberapa projek PKNS sudahpun menyalurkan sejumlah dana kepada tabung pilihanraya. Perjanjian pembangunan secara joint venture adalah jalan yang paling selamat.Antara projek yang dikatakan menjadi sangat penting kepada dana pilihanraya – sekaligus mempertahan Selangor adalah seperti berikut :

Datum Jelatek (mixed development consisting of four residential towers and retail podium) bernilai RM900 juta

Sports City, Kelana Jaya (sports-themed mixed development) bernilai RM1.8 billion

PJ Sentral Garden City, Petaling Jaya (integrated urban regeneration project) bernilai RM2.6 billion. [Khabarnya kebanyakan ‘kickback’ akan disalurkan kepada DAP.]

PJ Elevated City (SoHo suites, retail space, al-fresco restaurants, hostels) bernilai RM3 billion

Aquavilla,Shah Alam (gated community) bernilai RM20juta

90 degrees Residence 1, Selangor Science Park,Cyberjaya bernilai RM118.16 juta Aura,

Setia Alam (gated community) bernilai RM58 juta

Menara Worldwide bernilai RM350 juta

Jumlah semua bernilai RM8,884.16 juta atau RM8.9 billion




Tidak kira lagi objektif PKNS untuk menyediakan perumahan kepada anak-anak Selangor dan rakyat berpendepatan rendah. PKNS mahu buat duit sebanyak yang boleh. Masaalah nanti di repair kemudian. Rakyat mudah ditipu dengan propaganda. Pemain ekonomi yang sudah lama bekerjasama dengan PKNS semakin diketepi. Kini kebanyakan usahasama baru yang digubal dalam PKNS sepanjang pemerintahan PKR memerlukan ‘blessing’ (restu) Anwar atau Azmin. Tanpa restu kedua-dua strategis utama PKR ini, tiada apa dapat dijalankan. 

 
Soalan utama : apakah semua usahasama ini dilakukan secara tender terbuka? Atau ‘selected tender’ (tender terpilih)? Ataupun, berdasarkan ‘quotation’ (sebutharga) yang dihantar sesalinan kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor? Apakah ini yang dikatakan kepimpinan bersih dan integriti yang sering Anwar laungkan? Sejauh mana Anwar membezakan antara ‘sumbangan peribadi’ JV Partners PKNS dengan dana pilihanraya PKR? DAP tidak ada banyak masalah dengan usahasama yang dilakukan. Taikun Cina masih diberikan peluang yang luas.Sementara JV Partner Melayu bergembira dengan projek bernilai RM58 juta dan RM118 juta; DAP lebih minat dengan projek ‘bilion’ ringgit.Menarik sekali.

Khabarnya, ramai juga Taikun Pulau Pinang yang sudah berkongsi peluang di Selangor atas nama ‘transparency’ (ketelusan). Patutlah Khalid Ibrahim beria mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor dengan menyangkutkan banner merata-rata tempat.Sementara rakyat dimomokkan dengan air percuma, tetapi akan berhadapan dengan masaalah air dalam beberapa tahun lagi hingga Tuanku Sultan sudah terpaksa menegur. Mereka sedang khenduri ‘makan besar’ projek PKNS. Padanlah cakap besar nak jadikan PKNS syarikat hartanah yang hebat. Pekerja pun disogokkan dengan bonus yang berlipat kali ganda untuk ditutup mulut.- GA

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates