Nurul Izzah,Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai yang juga adalah anak perempuan kepada Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim kelihatan semakin kepanasan apabila kenyataannya dalam forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?" terus mengundang bantahan umat Islam.Forum tersebut yang dianjurkan oleh Oriental Heart And Mind Study Institute (OHSMi),sebuah pergerakan Kristian dan diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle,USJ pada Sabtu lepas itu turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.Jika para pembaca Badut Rakyat melawat laman web OHSMi di http://www.ohmsi.net dan klik pada tab 'Contact Us',di bawahnya akan terpampang matlamat pergerakan tersebut yang menyebut ;-
"Our goal is to create frameworks for dialogue and engagement where followers of Jesus Christ and members of society become relevant and significant in the public space of national life".Nampak jelas matlamat utama OHSMi adalah untuk mengetengahkan peranan penganut Kristian dan mengembangkan pengaruh mereka dalam ruang lingkup masyarakat negara ini.
Namun disebalik itu semua apa pula motifnya kehadiran Nurul Izzah dan Mujahid di acara tersebut ???
Kedua-duanya bukannya pengikut Jesus Christ dan diketahui umum lahir sebagai muslim.Nak dikatakan kedua-dua pemimpin politik dari PKR dan PAS itu datang berdakwah kebenaran Islam dalam Gereja Full Gospel Tabernacle,realitinya tak pula begitu.Sebaliknya,Nurul Izzah dalam jawapan kontroversinya kepada satu pertanyaan dari hadirin mengakui hak kebebasan agama tidak sepatutnya hanya terhad pada orang bukan Melayu.Dengan kata lain,sepertinya secara sedar Nurul Izzah bersetuju bahawa orang Melayu Islam juga perlu diberi hak sama rata untuk bebas menganut agama lain sama seperti orang bukan Melayu.Kesan sikap tidak cermat anak perempuan Anwar itu,besar impaknya pada umat Islam khususnya orang Melayu Islam sekiranya hak kebebasan beragama disalah tafsir,tak mustahil akan wujud lebih banyak kes seumpama kes murtad melibatkan seorang perempuan Melayu keturunan Jawa bernama Azlina Jelani ataupun juga dikenali sebagai Lina Joy.
Satu kebetulan,ringkasan pengenalan berkaitan forum tersebut seperti yang terpampang dalam laman web OHSMi juga seperti bersimpati dengan kegagalan permohonan Lina Joy untuk menukar agamanya kepada Kristian.Penglibatan Nurul Izzah ke forum sedemikian tidaklah terlalu luar biasa memandangkan pendirian ayahnya sendiri yakni Anwar Ibrahim dalam kes Lina Joy agak condong untuk menyokong permohonan Lina Joy untuk bebas menukar identiti dan agamanya.Namun,pembabitan pemimpin PAS seperti Mujahid Yusof,anak lelaki kepada bekas Mursyidul Am PAS yang pertama,Yusof Rawa membuktikan pendirian PAS dalam isu murtad sudah semakin longlai.PKR yang sekian lama berpegang pada prinsip liberal dan pluralisme,kini semakin liberal manakala PAS pula hari demi hari kian terpengaruh dengan dasar PKR.Demi kerana kemaruk mengejar kuasa PAS sepertinya tidak kisah untuk berubah menjadi liberal.Undi dikejar,agama digadai.
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
Allah berfirman:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. (al-Baqarah: 120)
Yang selalu berforum kat gereja tu kenapa? dah berapa ramai pengikut Kristian memeluk Islam kerana 'dakwah' kamu tu wahai Nurul? Tak jumpa ke ayat diatas berkenaan sikap golongan Yahudi, Nasrani serta Kristian terhadap orang Islam. Mereka takkan redha dengan Islam selagi orang Islam tak mengikut agama mereka. Janganlah kerana undi membuatkan hati dan fikiran kamu menjadi buta....
Macam bapak dia lah juga haram halal depan belakang semua boleh dosa pahala kemudian kira asalkan dapat undi akidah rosak tak apa.
PESAN AKU PADA ANAK ANUAR IBRAHIM Macam mana satu hari kelak , anak dara kamu datang pada kamu , Mama saya dah jatuh cinta pada seoarang Paderi dan saya na memeluk ugama kristian saya harap mama merestui nya kerana mama kata setiap orang islam bebas memilih ugama yang ingin di anuti nya. Apakah kamu akan membenarkan perkara ini berlaku
Agama yang baik tidak takut tiada penganut kerana agama ini mengalak persahabatan, harmoni, tolong-menolong, tidak paksaan dll. Agama yang tak baik ada paksaan, mengalak pergaduhan, kebencian, pembunuhan, berkaitan politik dll. Jadi untuk dunia ini lebih aman harus kita pilih mana ?
ni smua sebab bapak die yg ajar (DSAI)... tgk la, klau jmpa mlyu.. bangsa lain dikutuknye.. tp bila jmpe bngsa lain, mlyu plak die hentam.. mcm ni ke nk pimpin malaysia? mmg hancor la jawabnye..
Post a Comment