Social Icons

Pages

Thursday, November 08, 2012

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM CABAR PM @NAJIBRAZAK DI MARANG !!! SATU PUBLISITI BODOH TERSEBAR !!!


Kalau ada pertandingan siapa paling banyak mencabar,ia pasti sudah dimenangi oleh Anwar Ibrahim.Sikap Anwar yang suka mencabar sudah menjadi satu lawak basi bagi rakyat Malaysia.Asal ada peluang,beliau akan mencabar dan sasarannya pastilah Perdana Menteri kerana percaya itu saja tarafnya.Namun begitu,beliau tidak pula ingin mencabar atau menyahut cabaran Nallakarupan,Umie Hafilda atau Ezam Md Nor yang menjadi kunci segala pertuduhan ke atasnya.Antara cabaran Anwar terhadap Datuk Seri Najib ialah debat isu PTPTN,debat bajet,debat isu Melayu dan yang terbaru ialah beliau mencabar agar Datuk Seri Najib bertanding di Marang iaitu kawasan Presiden PAS,Hadi Awang.Persoalannya,apa ke jadahnya Datuk Seri Najib hendak bertanding di Marang ??? Sedangkan beliau adalah orang Pekan dan telah lama berbakti di Pekan.Lainlah seperti pemimpin pembangkang yang ikut suka hati bertanding di mana saja kerana mereka percaya rakyat memilih pemimpin berdasarkan kekerapan ceramah dan kefasihan berpidato dan bukannya berdasarkan khidmat,bakti serta kebolehan bekerja.Jika ini tidak benar,tidak mungkin Hadi Awang tiba-tiba membuat kenyataan ingin bertanding di Pekan.Sekali lagi,apa ke jadahnya,Hadi nak bertanding di Pekan ??? Atas dasar apa beliau ingin bertanding di kawasan orang ??? Apakah jasa beliau kepada rakyat Pekan,sedangkan di Marang juga beliau tidak ada jasa ???

Setelah sekian lama,pastinya pembaca Badut Rakyat semakin arif tentang taktik dan perangai Anwar iaitu beliau akan mencabar seseorang atas perkara yang tidak masuk akal,remeh atau tidak logik yang mana ia pasti akan ditolak.betul tak ??? Taktik ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menunjuk hebat tanpa perlu berbuat apa-apa.Selain itu,beliau juga akan menggunakan isu cabaran ini apabila sudah benar-benar ketandusan isu dan namanya hampir tenggelam.Mungkin beliau benar-benar berpegang kepada prinsip selebriti iaitu lebih baik menimbulkan publisiti murah daripada tiada publisiti langsung.Namun,dalam isu mencabar Datuk Seri Najib bertanding di Marang ini,tindakan ini bukan lagi dilihat sebagai satu publisiti murah,tetapi bodoh.Kelihatan seolah-olah Anwar bercakap hanya kerana ingin mengambil perhatian orang ramai walaupun sebenarnya tiada apa untuk dicakapkan.Strategi saling menukar tempat bertanding ini juga kononnya untuk memperlihatkan yang Hadi Awang bukan diktator.Walhal, Hadi Awang bukan diktator sudah pun diketahui ramai.Justeru,jika beliau merasa yang beliau perlu membuktikannya,tentulah pelik sekali.Sedangkan semua orang tahu yang beliau hanyalah pak turut kepada DAP dan juga Anwar Ibrahim,iaitu diktator yang sebenar-benarnya.

Hadi juga pasti tahu yang beliau akan malu jika kalah di Marang,tetapi tidak akan malu jika kalah di Pekan.Mungkinkah ini cara untuk mengelak dari malu atau cara halus pihak tertentu untuk menamatkan terus riwayat politik beliau ??? Apapun,Hadi Awang bukanlah watak signifikan di dalam PR.Hadi tidak punya karisma dan kaliber sebagai pemimpin.Malah,dalam mesyuarat,Hadi hanya memberi ucapan pembukaan sebelum melepaskan tanggungjawab pengerusi kepada orang lain.Maka,saya tertanya-tanya,apakah permainan Anwar dalam isu ini ??? Siapakah sebenarnya sasarannya ??? Datuk Seri Najib atau Hadi? Atau sekadar melepaskan ‘gian’ untuk bercakap walaupun tiada isu ??? Ataupun kerana terdesak ingin mengalih asakan media mengenai fahaman liberalisasinya yang berbangkit akibat keceluparan mulut anaknya,Nurul Izzah yang membenarkan umat Islam murtad ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Anwar aljuburi, tak usah lah kau cuba cabar sesiapa pun, sebabnya kau bukan manusia yang baik bersikkan lah diri dan keluarga kau dulu, bertubatlah kerjakanlah solat lima waktu sebaiknya, cukuplah jadi manusia durjana, usia kau pun sepatutnya dah selalu berada di tikar sembahyang meminta keampunan Allah. Apa lagi yang kau cari didunia ni hai anwar?????

Anonymous said...

Anwar aljuburi, tak usah lah kau cuba cabar sesiapa pun, sebabnya kau bukan manusia yang baik bersikkan lah diri dan keluarga kau dulu, bertubatlah kerjakanlah solat lima waktu sebaiknya, cukuplah jadi manusia durjana, usia kau pun sepatutnya dah selalu berada di tikar sembahyang meminta keampunan Allah. Apa lagi yang kau cari didunia ni hai anwar?????

 
 
Blogger Templates