Social Icons

Pages

Friday, November 09, 2012

HOT NEWS !!! ADUN DAP SELAK AL-QURAN UNTUK BERHUJAH ??? APA CERITA NI ???


Di sebalik kemelut dan kontroversi membabitkan Nurul Izzah Anwar Ibrahim dalam isu kebebasan beragama yang menggalakkan orang Melayu murtad,sebenarnya terdapat banyak isu lain yang membabitkan DAP yang mendorong kepada ahli-ahli politik Melayu-Islam seperti Nurul Izzah untuk mengeluarkan kenyataan dalam usaha melindungi kempen dan usaha berterusan DAP untuk mengeluarkan Melayu dari Islam kepada Kristian.Hierarki tertinggi DAP dikuasai oleh puak-puak ekstremis Kristian seperti Lim Guan Eng yang telah mendapat gelaran FATHER JOSEPH dari Gereja St. Anne,Bukit Mertajam pada 1 Ogos 2010.Ironinya,apa-apa sahaja tindakan daripada kalangan para pemimpin bukan Islam dari PKR dan DAP yang dilihat menghina dan memperlekehkan Islam,akan segera diberikan tanggapan yang baik-baik dan manis-manis.Antara tanggapan yang kerap diperdengarkan kepada para pengundi Islam dan Bumiputera mereka ialah, itu adalah kaedah pendakwahaan,sekaligus melambangkan kejayaan pentarbiyyahan PAS kepada sekutu-sekutunya.Maka melalaklah puak-puak seperti Nga Kor Meng,Lau Weng Shan,Tan Seng Giaw, Wong Kar Woh,Tan Meng Kai dan sebagainya sambil memetik ayat-ayat al Quran untuk diperdengarkan bagi menguatkan hujah masing-masing. 

Para pemimpin dan penyokong PAS pula bukan main lagi seronok dengan situasi tersebut dan mendendangkan tentang kejayaan pentarbiyahan mereka. Kata mereka, berbanding para pemimpin MCA dan MIC, para pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam, lebih prihatin dan menyokong agama Islam kerana mereka sanggup mencari ayat-ayat al Quran untuk dibacakan ketika berucap.Malangnya yang tidak mereka katakan ialah, para pemimpin bukan Islam yang mereka bangga-banggakan itu sebenarnya hanya membacakan ayat-ayat al Quran dan membuat tafsiran sesuka hati di hadapan khalayak orang Melayu beragama Islam yang menjadi hadirin. Tidak sepatah ayat al Quran, bahkan kebaikan Islam pun diperkatakan di hadapan kelompok bukan Islam yang menjadi penyokong.Sebaliknya para pemimpin berkenaan menuduh MCA sebagai ANJING UMNO yang menyokong Negara Islam sepertimana yang diisytiharkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika dia masih lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

http://sel13.com/wp-content/uploads/2012/11/IMG-20121108-004501.jpg

Majoriti Ahli Parlimen DAP beragama Kristian berbanding Buddha

Dek kerana kecenderungan PAS untuk membela para pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR untuk ‘mengajar’ umat Islam dengan petikan ayat-ayat al Quran, maka bertambah dan semakin galaklah puak-puak berkenaan mempermain-mainkan ayat-ayat al Quran dan memberikan tafsiran ikut sesedap rasa. Ianya bukanlah kejayaan pentarbiyahan sebaliknya ia adalah kejayaan perlecehan. Tiada seorang pun daripada para pemimpin PKR dan DAP itu yang memeluk agama Islam walaupun mereka kelihatan sangat dekat dengan Islam menerusi bacaan al Quran. Sebaliknya yang lebih banyak berlaku ialah,ramai orang Islam yang menyokong Pakatan Rakyat yang tertipu dengan lakonan murahan sebegitu. Untuk mendoktrinkan agama lain kepada orang Melayu,bukannya susah sangat.Cukup dengan menjadi sebahagian daripada orang Melayu atau menggunakan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Snouck Gronje,seorang mubaligh Kristian yang sangat terkenal dengan kepakarannya dalam bidang tasauf yang berjaya memurtadkan ribuan orang di Acheh ketika Indonesia berada di bawah penguasaan dan penjajahan Belanda. Dan itulah yang cuba dilakukan oleh para pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam! Buktinya, tersangat ramai orang PAS yang amat menyayangi mereka sepertimana kasih sayang yang diterima oleh FATHER JOSEPH LIM GUAN ENG!!!- SEL13.COM

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Tuan Admin..
Bukankah kita sebagai orang Islam wajib mengambil air sembahyang terlebih dahulu sebelum memegang dan membaca alQuran?

kalau ia, adakah hukum ini hanya berlaku ke atas orang Islam sahaja?

Kalau ia, maka tidak mustahil lah , kalau Islam boleh dipijak pijak oleh yang bukan Islam..

 
 
Blogger Templates