Social Icons

Pages

Friday, November 09, 2012

HOT NEWS !!! PANGGILAN BOM PALSU ADA KAITAN DENGAN TINDAKAN PEGUAM HALANG PKNS PINDAHKAN ASET ???


Pendedahan berhubung penjualan beberapa aset strategik PKNS kepada Private Real Estate Company telah mengejutkan Khalid Ibrahim dan konco-konconya.Khalid sama sekali tidak menyangka perkara itu sekali lagi akan menjadi isu besar sepertimana isu pembelian hutang Talam.Bagi menghalang aset-aset PKNS yang kebanyakan menjadi tempat peniaga-peniaga bumiputera mencari rezeki jatuh ke tangan pihak luar yang mementingkan keuntungan,seorang peguam telah merancang untuk mendapat deklarasi bagi menghalang Khalid Ibrahim memindahkan aset-aset itu kepada syarikat luar.Peguam Kamaruddin Ahmad dijadual memfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam jam 9 pagi 6 November 2012.Tindakan yang bakal dilakukan Kamaruddin bukanlah satu rahsia besar dan menjadi pengetahuan umum. 

Bagaimanapun kira-kira sekitar jam 8 pagi seorang kakitangan mahkamah telah menerima satu panggilan telefon dipercayai daripada seorang lelaki yang menyatakan sebanyak tiga biji bom telah dipasang di sekitar mahkamah dan akan meletup pada jam 8,9 dan 10 pagi.Pihak polis telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan Unit Pemusnah Bom PDRM telah bergegas ke tempat kejadian.Pemeriksaan yang dilakukan mereka mendapati tidak ada sebarang bom yang dipasang dan kawasan tersebut selamat.Kami difahamkan tindakan membuat panggilan bom palsu itu adalah satu tindakan untuk mempermain-main atau menghalang peguam Kamaruddin Ahmad daripada memfailkan perintah deklarasi bagi menghalang PKNS untuk memindahkan aset-aset mereka kepada Private Real Estate Company.

ANDA NAK LAGI GAMBAR ???


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates