Social Icons

Pages

Wednesday, November 28, 2012

HOT NEWS !!! DATUK SERI ZAHRAIN MEMBELASAH PAKATAN HARAM KAW-KAW !!!


Kegiatan puak-puak yang ditaja anasir asing di negara kita ini adalah sesuatu yang benar dan nyata.Perkara ini bukanlah khayalan atau rekaan mana-mana pihak seperti yang sering digambarkan pihak pembangkang.Pembohongan bersiri anasir-anasir yang berselindung disebalik pertubuhan haram seperti SUARAM adalah bukti nyata akan kewujudan puak-puak subversif ini di dalam negara kita. Ancaman puak-puak subversif ini adalah amat serius dan harus disekat sebelum nasi menjadi bubur.Penyaluran maklumat palsu oleh sebuah syarikat guaman tempatan kepada peguam di Perancis,seperti yang di-laporkan sebelum ini adalah pengkhianatan yang amat keji lagi hina.Kenyataan peguam Amer Hamzah Arshad dari syarikat guaman Zain & Co adalah satu pengkhianatan kerana maklumat yang disalurkan adalah tidak benar dan merupakan pembohongan yang jelas.Kita tahu pihak Suaram dengan kerjasama erat pihak pembangkang telah menjaja isu pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis demi kepentingan politik mereka.Kita sedar baru-baru ini bahawa dakwaan pihak Suaram dan puak pembangkang tentang perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene adalah satu pembohongan besar. 

Pendakwaraya dari Perancis sendiri telah menyatakan bahawa tidak ada apa-apa bentuk perbicaraan atau ‘trial’ di Perancis seperti yang didakwa pihak Suaram dan puak pembangkang selama ini.Puak-puak ini hanya memperbodohkan rakyat dengan niat jahat,demi kepentingan politik mereka.Nyata syarikat guaman Zain & Co,menerusi peguam Amer Hamzah Arshad juga bersekongkol mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu dengan niat jahat.Apakah pendirian Majlis Peguam kita dalam isu ini? Apakah Majlis Peguam bacul atau mereka sebenarnya ‘ignorant’ berhubung isu ini? Saya mendesak agar tindakan tegas diambil keatas peguam terbabit dan syarikat guaman berkenaan kerana ini adalah satu kesalahan yang amat keji.Majlis Peguam harus dibubarkan jika mereka tidak mampu menangani gejala jijik yang tidak professional ini di kalangan peguam di negara ini.Syarikat guaman Zain & Co juga didapati banyak menjalankan urusniaga dengan kerajaan Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang lain. Dalam konteks ini saya ingin mendesak agar kerajaan mengkaji semula segala urusniaga atau ‘dealings’ dengan syarikat tersebut dengan serta-merta demi menjaga keselamatan negara. Mana mungkin kerajaan berurus niaga dengan sebuah syarikat yang telah nyata mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu kepada pihak asing? 

Kuala Lumpur dan Paris mempunyai hubungan dua-hala yang akrab dari pelbagai aspek, terutamanya dari segi ekonomi.Urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dan puluhan kapal terbang Airbus melibatkan perbelanjaan berbillion ringgit.Terdapat juga pelbagai jalinan perdagangan lain yang bernilai ratusan juta ringgit setiap tahun.Walau bagaimanapun hubungan baik dua negara ini tidak terbayang dalam isu pembohongan Suaram dan puak pembangkang berhubung pembelian kapal selam Scorpene kerana sehingga kini kerajaan Peranchis masih berpeluk tubuh menjadi penonton. Apakah kerajaan Peranchis tidak menghargai hubungan baik dengan Malaysia dan memilih untuk berdiam diri walaupun tohmahan demi tohmahan dilemparkan ke atas pemimpin dan kerajaan Malaysia? Kenapa kerajaan Peranchis atau pihak kedutaan mereka di sini seolah-olah memihak kepada pihak lain walaupun kebenaran itu berpaut pada pihak kerajaan? Apakah Hak Asasi Manusia,kebebasan dan sebagainya lebih penting dari kebenaran? Sebagai rakyat Malaysia saya mahu kerajaan mengkaji semula urusan perdagangan dengan syarikat-syarikat Peranchis kerana negara itu seolah-olah menjadi duri dalam daging bagi kita.SUARAM adalah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dalam negara ini.Fakta ini diakui sendiri oleh pemimpin politik pembangkang yang menerajui pertubuhan haram itu.SUARAM juga telah terbukti menerima dana dari organisasi asing yang telah memainkan peranan penting dalam memporakperandakan beberapa negara yang kini bergelumang dalam konflik politik dan perang saudara.Jenayah yang dilakukan SUARAM adalah amat jelas dan kerajaan harus mengambil tindakan yang tegas ke atas rakyat Malaysia yang menjadi tali barut asing.Tali barut asing yang mencipta maklumat palsu harus dibawa kemuka pengadilan.Jika kita gagal bertindak mungkin perbuatan khianat sedemikian akan di-ulangi kerana habuan yang diterima adalah amat lumayan.Jangan kita menyesal di kemudian hari kerana kealpaan pada masa ini.

Sumber Blog Zahrain Mp

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Mai Secawen !! kopi Radix...no doa pecah perut please !

Anonymous said...

amer hamzah???mcm penah dgr nama ni pd tahun 1998!!!bkn salah seorg pemegang saham dalam KUBB(kewangan Usaha Bersatu Berhad) dgn erti kata lain..kroni Nuar bERAHIM ke...sama jgak dgn FAIZ SECURITY???kroni yg sama2 ingin menjahanamkan ekonomi Malaysia!!
aku salah seorg staff at KUBB..

 
 
Blogger Templates