Social Icons

Pages

Saturday, November 03, 2012

HOT NEWS !!! MAZA KINI UMPAMA SEEKOR TOYOL YANG SEDANG BERKELIARAN MENCARI TUAN BARU !!!


Khabar dari sumber inner circle Dr MAZA sendiri bertiup kencang bahawa beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya di negeri tersebut. Ini merupakan kali kedua berita berkenaan bekas Mufti kontroversi ini, yang sentiasa cuba menampakkan seolah-olah beliau neutral dengan mengkritik UMNO dan PAS sedangkan pada masa yang sama beliau cukup mengkagumi reformis kristian barat seperti Martin Luther. Malah ada ura-ura beberapa minggu lepas, beliau telah dengan bangganya memberitahu beberapa orang yang rapat dengannya bahawa Kerajaan Syaithan Besar Amerika Syarikat di bawah Barrack Obama cukup berminat untuk memberikan beliau biasiswa Leadership tajaan White House. 

 Beliau bagaimanapun menafikan khabar tersebut walaupun mengambil masa lebih dari 24 jam untuk dengan ‘berat hati’ menafikan berita tersebut. Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk mempercayai penafian beliau kerana beliau dilihat menghentam para pencinta ahlul bayt, pejuang-pejuang Islam di dalam PAS dan UMNO tetapi cukup rapat dan memuja-muji para tokoh liberalisme dan pluralisme agama seperti Anwar Ibrahim dan mengangkat dan menjulang pemikiran-pemikiran para kafirin orientalis barat. Malah, beliau secara konsisten selalu memuji demokrasi Syaithan Besar Amerika Laknatullah yang meyeksa umat Islam seluruh dunia termasuk di Al–Quds dan Iran. Beliau juga cukup berbangga menghadiri majlis kerabat diRaja England walaupun tidak diketahui atas kapasiti apa beliau hadir di majlis tersebut.


Perkhabaran terbaru berkenaan tawaran istimewa oleh Anwar Ibrahim tidak dinafikan oleh Dr MAZA. Di dalam twitter beliau, seseorang telah bertanya berkenaan mesyuarat rahsia selama 4 jam melibatkan beliau dan DSAI. Juga ditanya tentang tawaran yang diberikan terhadap beliau.Dr MAZA tidak menafikan malah memberitahu, belum tiba masanya untuk diumumkan! Sungguhpun begitu,sumber dalaman dari kem Dr MAZA sendiri memberitahu bahawa Dr MAZA telah ditawarkan jawatan sebagai Bakal Menteri Besar Pakatan untuk negeri Perlis. Ini memandangkan MB Perlis sekarang Datuk Seri Dr Md Isa Sabu masih mempunyai konflik dengan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang masih mengintai peluang merampas semula kerusi MB yang telah dilucutkan dari dirinya. 

Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Shahidan Kassim adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk beberapa ulamak ke dalam UMNO.Dr MAZA senantiasa cuba menampakkan seolah-olah beliau setia kepada Datuk Seri Shahidan akan tetapi,tindak tanduk terkininya yang menghentam para ulamak yang masuk UMNO sebagai ulamak hanyut dalam politik wang jelas telah menunjukkan bahawa ia merupakan usaha besar Dr MAZA untuk memisahkan diri dari Dr Shahidan dan bertujuan untuk member signal kepada semua bahawa Dr Shahidan Kassim sudah tidak lagi berpengaruh untuk mengawal Dr MAZA dan Dr Shahidan tidak signifikan lagi dalam politik tanahair. Dr Shahidan juga dapat dilihat melahirkan rasa tidak selesanya apabila Dr MAZA membuat kenyataan dengan mengatakan ulama-ulama yang menyertai UMNO sebagai hanyut. 


Melihat kepada modus operandi Dr MAZA dan Anwar Ibrahim yang sama, (yakni Anwar mengkritik dahsyat PAS dan UMNO sebelum masuk UMNO), adalah boleh diramal bahawa tindakan Dr MAZA mengkritik ulama PAS dan ulama UMNO tetapi memuja Amerika dan reformis kristian adalah merupakan satu langkah awal sebelum Dr MAZA masuk PKR yang liberal.Kerusi ulama dalam PKR kosong semenjak Dr Badrul Amin ditangkap khalwat dan Ismail Mina meninggalkan Anwar. DS Anwar Ibrahim dalam keadaan terdesak untuk mengisi kekosongan tersebut. Calon terbaiknya tentulah Dr MAZA. Seperti mana Anwar menjatuhkan Tun Ghafar Baba,begitulah Dr MAZA akan mengkuburkan Datuk Seri Shahidan Kassim. Tindakan DS Anwar Ibrahim meletakkan Dr MAZA sebagai calon MB Perlis (sekiranya betul) merupakan usaha menguatkan tapak liberalisme agama dipasakkan di negeri Perlis kami yang tercinta. Kepada Dr MAZA, dari Datuk Arif Perkasa sibuk mengkritik tindakan Tuan Hj Muhammad Sabu melawat Syria, lebih baik Datuk periksa dahulu tindak tanduk Datuk yang menjulang Syaithan Besar Amerika Laknatullah sehingga ada ura-ura bakal menjadi mufti white house. Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang? - SEL13.COM

Tweet dari MAZA sendiri yang mengesahkan pertemuan sulit antara beliau dengan Anwar Ibrahim



Dr Shahidan menyatakan ketidakselesaan beliau terhadap kenyataan MAZA melalui FBnya



RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

usin said...

apalah yg dikemarukkan sgt oleh dr maza ni. ulamak masuk umno dikatakan hanyut. ulamak yg ekstrim merapatkan diri dgn anwar tu dambakan apa agaknya? knp hanya aim nk jd mb perlis, bagus kalau aim pm. obama pasti suka...

 
 
Blogger Templates