Social Icons

Pages

Showing posts with label DR ASRI.... Show all posts
Showing posts with label DR ASRI.... Show all posts

Monday, May 25, 2015

TU DIA !!! KAN DAH KENA BALIK !!! NAK TAU APA DIA ??? WAJIB BACA !!!


anda nampak tak tajuk di atas.di mana kejadian tu ??? perlis kan ??? sapa yekkk Mufti Di Perlis ??? takkan tak nampak kot ??? tu lahhh !!! lain kali jangan berkoko tak tentu pasal,kan dah kena batang hidung sendiri.lepas tu salahkan program Selawat Perdana !!! apa kaitan program tu dengan masyarakat rohingya ??? tak caya jom kita lihat di bawah


kenapa sekarang mufti ni diam ??? Kenapa mufti mulut longkang tak bantu pendatang bangladesh dan myanmar yang jadi mangsa pemerdagangan manusia yang berlaku di perlis sendiri ??? Semua hal kuala lunpur termasuk hal yang dia tak faham dia nak komen.Depan mata apa pasal tak nampak dan tolong ??? apa cerita ni ??? kan elok tolong,dapat gak pahala dari komen tak tentu pasal.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, June 27, 2014

KURANG AJAR !!! #DRASRI #DRMAZA HARUS MINTA MAAF PADA RAKYAT JOHOR DAN PEMIMPIN !!!


1 lagi posting kurang ajar dinaikkan oleh Dr Asri kononnya sultan johor pergi kembara naik kereta sports.amat memalukan sekali lah dalam kenyataan Dr Maza ni.tanpa selidik terlebih dahulu sebelum publish berita.Ceramah untuk Nasihatkan orang ramai memang pandai itu salah.ini salah itu betul.lihat gambar di atas.kan dah kantoi !!! lain kali fikir dulu sebelum publish.ada faham kahhh ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, April 04, 2014

KANTOI !!! @REALDRMAZA DIMALUKAN OLEH #KCD !!! PADAN MUKA !!!


Seperti kebiasaan pada sesiapa yang menyokong pakatan pembangkang pastinya mereka cuba cuba memburuk burukkan Kerajaan pada berita yang tidak benar sama sekali dan ini jelas amat memalukan bila orang yang menggelarkan mereka ini sebagai Ulama akan tetapi tidak mencerminkan pribadi yang mulia malah menjadi batu api untuk memecah belahkan perpaduan Ummah selama ini.berita Terbaru,Rakan blogger Admin @pm nak kongsikan cerita tentang DR Maza yang sudah beberapa kali kantoi dalam usahanya memburuk burukkan kerajaan selama ini walhal perkara yang cuba dimainkannya tiada hubung kait dengan kemahiran serta ilmunya.Oleh kerana memuat naik di status fb nya baru baru ini yang kononnya beliau ni arif dalam bab bab Kapal selam ini jadi biar kita tengok apa jawapan yang telah diberikan oleh orang yang benar benar arif menjawab tohmahan yang di lemparkan DR Maza tersebut. Disini Admin @ pm kongsikan jawapan yang di buat Oleh : KCD ketika menjawab tohmahan DR Maza di status fb miliknya :- 

Watch "Ragam Dr. Maza" on YouTube - Ragam Dr. Maza : http://youtu.be/fFgMSQcEQxA 

Adakah status DrMAZA.com ini sudah dipadamkan? Salah seorang ahli KCD sudah tagkan jawapannya ke FB Mohd Asri Zainul Abidin tentang status FB di pagenya,DrMAZA.com ini.Bagaimanapun status FB DrMAZA.com ini gagal ditemui kembali di FB page tersebut.Admin nukilkan kembali jawapan-jawapan yang kemudian telah dikemaskini tersebut : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, 

1. 'Negara-negara' yang menghantar kapal selam untuk operasi SAR MH370? Setahu saya, baru sebuah negara iaitu Britain yang menghantar kapal selam nuklear kelas Trafalgar,HMS Tireless (S88).Kapal selam ini telah mula beroperasi dan ditauliahkan (commissioned) pada tahun 1985.Ia sepatutnya dilucut tauliahkan (decommissioned) pada tahun 2013 lalu,tetapi sehinggi kini masih beroperasi sehingga April 2014.Mungkin HMS Tireless (S88) ini akan berbakti untuk hari-hari terakhir sebelum 'riwayat'nya ditamatkan. 


2. Untuk pengetahuan semua,dua kapal selam diesel-elektrik jenis Scorpene milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah beroperasi dan masih boleh berfungsi sehingga kini.Kedua-dua kapal selam tersebut bukan menjadi pameran seperti ditohmah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab ! 




3. 'Tidak sesuai untuk operasi SAR MH370 seperti kapal selam yang dimiliki oleh jiran sebelah'? Negara jiran manakah yang dimaksudkan itu? Singapura? 

Singapura tidak pernah menghantar mana-mana kapal selamnya untuk operasi SAR MH370! Negara tersebut sebenarnya menghantar kapal sokongan dan penyelamat kapal selam - Submarine Support & Rescue Vessel (SSRV).Sebenarnya Malaysia juga memiliki kapal jenis penyelamat kapal selam dan ia telah digunakan dalam operasi SAR MH370 di Laut China Selatan sebelum ini.Operasi kapal Malaysia itu telah pun bermula sebelum Angkatan Laut Singapura (RSN) menghantar MV Swift SSRV lagi.Kapal SubMarine Escape & Rescue (SMER) yang digunakan oleh TLDM yang dimaksudkan itu ialah MV Mega Bakti. 



4. Penggunaan kapal selam untuk operasi SAR pesawat terhempas masih belum terbukti kejayaannya.Ia merupakan antara alternatif dan kaedah yang digunakan ketika membabitkan tragedi pesawat terhempas di lautan sepertimana dalam kes pencarian kotak hitam pesawat Air France Flight 447. Perancis menggunakan kapal selam nuklearnya, Emeraude (S604) untuk operasi mencari kotak hitam pesawat tersebut di Lautan Atlantik itu pada hari kelima tragedi itu berlaku (5 Jun 2009). Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan. 

5. Australia yang mengetuai operasi SAR MH370 di Lautan Hindi sehingga kini masih belum menggunakan kapal selamnya dalam usaha mengesan pesawat tersebut. Australia sendiri mempunyai 6 kapal selam diesel-elektrik. 


6. Apapun,kita tetap wajar bersyukur kepada Allah Ta'ala dan berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja British (Royal Navy) kerana mengerahkan aset mereka iaitu kapal selam HMS Tireless (S88) untuk operasi mencari MH370 ini.Saya mendoakan supaya misi mereka berjaya! Amin... 

”Di akhir zaman akan ada para ahli ibadah yang bodoh dan para ulama yang jahat.” (HR at-Tirmidzi).

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, January 07, 2014

KANTOI !!! #DRMAZA @REALDRMAZA KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!


lihat gambar di atas.betul kerr pesawat khas ni digunakan oleh PM ??? ada bukti ker ??? meh saya bukti kan Dr Asri menipu rakyat malaysia.jom lihat artikel di bawah


Airbus appoints Comlux America to cabin outfitter network 

The first aircraft outfitted by Comlux America – an Airbus ACJ320 – was displayed at EBACE last week. 

“With our origins in VVIP charter and aircraft management, we are uniquely well placed to understand and satisfy the cabin outfitting needs of private jet customers,” says Ettore Rodaro Comlux America president.

“We can also take care of their cabin refurbishment and and maintenance needs via Comlux Aviation Services,which was previously known as Indyjet and which has around 30 years of experience,” he adds. 

"We now offer our corporate jet customers a choice of nine Airbus-approved cabin-outfitters,giving them a wide choice of cabin completion options that will help them to get a great cabin to go with an outstanding aircraft,” says Airbus executive vice president,programmes, Tom Williams. 

“Growing the Airbus-approved VIP cabin outfitting network by adding companies such as Comlux America helps us to provide an efficient solution to increasing customer demand for turnkey solutions, as well as facilitating faster access to completion slots,” adds Airbus executive vice president, Procurement, Klaus Richter.


UNTUK SELANJUTNYA



BILA PULAK PESAWAT KHAS INI DI PAKAI OLEH PM ???

NAMPAK TAK PERMAINAN DR ASRI ???


UNTUK JAWAPAN SEBENAR 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, September 27, 2013

HOT NEWS !!! DR ASRI NI KENAPA ??? SIAP CAKAP PUTAR BELIT !!! APA CERITA NI ??? VIDEO INSIDE !!!


Masa dapat duit UMNO,masa dapat duit kerajaan Dr. Maza kata nak tegur pemimpin kena berdepan.Jumpa cakap tegur elok-elok.Bila dah tak dapat duit UMNO,tak dapat duit kerajaan terus balun pemimpin di belakang.Dan berceramah la beliau rata ceruk,menyindir,mengumpat dan memburukkan pemimpin sepuas hati. 

Fatwanya berubah-ubah.Adakah ini bermakna semua fatwa beliau semasa menjadi Mufti adalah MENGAMPU pemimpin semata-mata ??? Dan adakah fatwa beliau sekarang adalah MENGAMPU pembangkang pula ??? - Abu Aqif

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, July 17, 2013

HOT NEWS !!! DR ASRI KATA KOREK HIDUNG DAN KOREK TELINGA TAK BATAL PUASA ???


bagusnya jawapan tu.adakah benar semua ini.kalau macam itu saya nak buat juga.boleh tak Dr Asri.tapi,kalau saya berdosa dan batal puasa anda tanggung.apa macam ???

meh saya berikan sedikit fakta,adakah dengan korek telinga dan korek hidung boleh membatalkan puasa atau sebaliknya

Ramai yang berpegang kepada “tak boleh nak korek hidung atau korek telinga” sebelum ini kerana mendapat didikan dulu-dulu mengatakan perkara sedemikian membatalkan puasa.Apa yang disebut Dr Asri berkitan pecahan kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa iaitu “memasukkan sesuatu ke dalam rongga”.Tweet yang dibuat Dr Asri adalah berpandukan kepada hadis berikut ;

…berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa.(Hadis Riwayat Abud Daud,no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87) 

Ini bermaksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan sama ada sengaja atau tidak,cuma janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.

JANGAN KOREK PULAK !!!

MEMANG SAH LAH BATAL PUASA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, November 03, 2012

HOT NEWS !!! MAZA KINI UMPAMA SEEKOR TOYOL YANG SEDANG BERKELIARAN MENCARI TUAN BARU !!!


Khabar dari sumber inner circle Dr MAZA sendiri bertiup kencang bahawa beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya di negeri tersebut. Ini merupakan kali kedua berita berkenaan bekas Mufti kontroversi ini, yang sentiasa cuba menampakkan seolah-olah beliau neutral dengan mengkritik UMNO dan PAS sedangkan pada masa yang sama beliau cukup mengkagumi reformis kristian barat seperti Martin Luther. Malah ada ura-ura beberapa minggu lepas, beliau telah dengan bangganya memberitahu beberapa orang yang rapat dengannya bahawa Kerajaan Syaithan Besar Amerika Syarikat di bawah Barrack Obama cukup berminat untuk memberikan beliau biasiswa Leadership tajaan White House. 

 Beliau bagaimanapun menafikan khabar tersebut walaupun mengambil masa lebih dari 24 jam untuk dengan ‘berat hati’ menafikan berita tersebut. Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk mempercayai penafian beliau kerana beliau dilihat menghentam para pencinta ahlul bayt, pejuang-pejuang Islam di dalam PAS dan UMNO tetapi cukup rapat dan memuja-muji para tokoh liberalisme dan pluralisme agama seperti Anwar Ibrahim dan mengangkat dan menjulang pemikiran-pemikiran para kafirin orientalis barat. Malah, beliau secara konsisten selalu memuji demokrasi Syaithan Besar Amerika Laknatullah yang meyeksa umat Islam seluruh dunia termasuk di Al–Quds dan Iran. Beliau juga cukup berbangga menghadiri majlis kerabat diRaja England walaupun tidak diketahui atas kapasiti apa beliau hadir di majlis tersebut.


Perkhabaran terbaru berkenaan tawaran istimewa oleh Anwar Ibrahim tidak dinafikan oleh Dr MAZA. Di dalam twitter beliau, seseorang telah bertanya berkenaan mesyuarat rahsia selama 4 jam melibatkan beliau dan DSAI. Juga ditanya tentang tawaran yang diberikan terhadap beliau.Dr MAZA tidak menafikan malah memberitahu, belum tiba masanya untuk diumumkan! Sungguhpun begitu,sumber dalaman dari kem Dr MAZA sendiri memberitahu bahawa Dr MAZA telah ditawarkan jawatan sebagai Bakal Menteri Besar Pakatan untuk negeri Perlis. Ini memandangkan MB Perlis sekarang Datuk Seri Dr Md Isa Sabu masih mempunyai konflik dengan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang masih mengintai peluang merampas semula kerusi MB yang telah dilucutkan dari dirinya. 

Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Shahidan Kassim adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk beberapa ulamak ke dalam UMNO.Dr MAZA senantiasa cuba menampakkan seolah-olah beliau setia kepada Datuk Seri Shahidan akan tetapi,tindak tanduk terkininya yang menghentam para ulamak yang masuk UMNO sebagai ulamak hanyut dalam politik wang jelas telah menunjukkan bahawa ia merupakan usaha besar Dr MAZA untuk memisahkan diri dari Dr Shahidan dan bertujuan untuk member signal kepada semua bahawa Dr Shahidan Kassim sudah tidak lagi berpengaruh untuk mengawal Dr MAZA dan Dr Shahidan tidak signifikan lagi dalam politik tanahair. Dr Shahidan juga dapat dilihat melahirkan rasa tidak selesanya apabila Dr MAZA membuat kenyataan dengan mengatakan ulama-ulama yang menyertai UMNO sebagai hanyut. 


Melihat kepada modus operandi Dr MAZA dan Anwar Ibrahim yang sama, (yakni Anwar mengkritik dahsyat PAS dan UMNO sebelum masuk UMNO), adalah boleh diramal bahawa tindakan Dr MAZA mengkritik ulama PAS dan ulama UMNO tetapi memuja Amerika dan reformis kristian adalah merupakan satu langkah awal sebelum Dr MAZA masuk PKR yang liberal.Kerusi ulama dalam PKR kosong semenjak Dr Badrul Amin ditangkap khalwat dan Ismail Mina meninggalkan Anwar. DS Anwar Ibrahim dalam keadaan terdesak untuk mengisi kekosongan tersebut. Calon terbaiknya tentulah Dr MAZA. Seperti mana Anwar menjatuhkan Tun Ghafar Baba,begitulah Dr MAZA akan mengkuburkan Datuk Seri Shahidan Kassim. Tindakan DS Anwar Ibrahim meletakkan Dr MAZA sebagai calon MB Perlis (sekiranya betul) merupakan usaha menguatkan tapak liberalisme agama dipasakkan di negeri Perlis kami yang tercinta. Kepada Dr MAZA, dari Datuk Arif Perkasa sibuk mengkritik tindakan Tuan Hj Muhammad Sabu melawat Syria, lebih baik Datuk periksa dahulu tindak tanduk Datuk yang menjulang Syaithan Besar Amerika Laknatullah sehingga ada ura-ura bakal menjadi mufti white house. Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang? - SEL13.COM

Tweet dari MAZA sendiri yang mengesahkan pertemuan sulit antara beliau dengan Anwar Ibrahim



Dr Shahidan menyatakan ketidakselesaan beliau terhadap kenyataan MAZA melalui FBnya



RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, October 03, 2012

HOT NEWS !!! DR ASRI MENGIKUT JEJAK ANWAR IBRAHIM ??? APA CERITA NI ???


Semua pasti terkejut melihat persamaan di antara Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA),tokoh Wahabi Malaysia ini dengan Anwar Ibrahim.Berikut adalah persamaan yang sangat-sangat mengejutkan ini !!! 

1. Anwar Ibrahim orang Pulau Pinang,Maza juga orang Pulau Pinang.. 

2. Anwar Ibrahim lahir dan membesar dalam keluarga UMNO,bapanya seorang Ahli Parlimen UMNO dan ibunya,Ketua Wanita UMNO di Pulau Pinang sebelum nampak seperti Pro-PAS sewaktu di kampus dan zaman ABIM.MAZA pula adalah proksi PAS di Kolej Islam Kelang (KIK) sewaktu di asrama sekolah menengah dan juga ketika mengambil ijazah di Jordan sebelum nampak seperti Pro-UMNO sewaktu memegang jawatan Mufti. 

3. Anwar Ibrahim rapat dengan Dato’ Asri Muda sewaktu Pro-PAS dan sebelum Anwar isytihar masuk UMNO sehinggakan Asri Muda offer jawatan Presiden PAS pada Anwar. MAZA pula rapat dengan Shahidan Kassim dan UMNO Perlis sewaktu nampak Pro-UMNO sehingga dapat jawatan Mufti Perlis dan title Dato’. 

 4. Anwar dulu antara pengasas awal Badan Revolusi Ugama di MCKK dan ABIM, MAZA pengasas PAS di KIK dan Jordan. MAZA juga tubuh dan asaskan Ilmuwan Muda UMNO (ILMU). 

 5. Anwar Ibrahim cipta masalah kepada UMNO dengan demonstrasi dan kebangkitan Islam, MAZA cipta masalah kepada PAS dengan idea taat kepada pemerintah walaupun zalim sewaktu jadi Mufti sehingga digelar Bapak Setan oleh Dr Badrul Amin. 

6. Anwar Ibrahim jadi hero kepada UMNO lawan idea kebangkitan Islam yang dulu dia mulakan sewaktu pimpin ABIM guna penerapan nilai-nilai Islam, MAZA jadi hero sekarang ini kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk lawan ulamak muda UMNO pasal idea taat pemerintah walaupun zalim, (sebelum dia jadi Mufti, ustaz mana pun tak pernah sebut benda ni, MAZA yang mula promote taat pemerintah zalim di Utusan dalam kolum Minda Mufti sekarang dia pulak konon tunjuk hero tak setuju fahaman ni). 

7. Anwar Ibrahim hantar kawan-kawannya seperti Tuan Haji Mohamad Sabu, Arwah Ust. Fadzil Noor dan Haji Hadi dalam ABIM masuk PAS, MAZA hantar Fatul Bari dan Fazlan Osman masuk UMNO melalui ILMU. 

 8. Anwar Ibrahim hantar orang sahaja masuk PAS, tapi dia sendiri pun tak masuk PAS, MAZA hantar orang saja masuk UMNO tapi dia sendiri pun tak masuk UMNO. 

9. Anwar Ibrahim tak rujuk ulamak ABIM untuk tidak masuk PAS dan lepas tu masuk UMNO, MAZA tak rujuk ulamak Wahabi untuk tidak masuk UMNO, dan kemungkinan besar tidak rujuk ulamak Wahabi jika mau masuk PAS. 

 10. Anwar Ibrahim mula-mula nampak Islamik,selepas itu nampak pro-Amerika Syaitan Besar dan pro-Barat bila dah berkuasa.MAZA mula-mula nampak Islamik dan sekarang mula cenderung kepada Barat bila dah popular. 

Inilah 10 persamaan antara Anwar Ibrahim dan MAZA.Seharusnya,pencinta ahlul bayt,pendokong UMNO dan juga penyokong PAS mesti berwaspada.Penyokong PAS boleh berasa gembira kejap,tapi mereka mesti lihat huru-hara dicetuskan oleh Anwar kepada UMNO bila Anwar tidak dapat apa yang dia nak dan mencantas siapa-siapa yang menghalang kenaikan pantasnya dalam UMNO.Sebelum datang bahaya,perlu dicantas dulu apa yang patut. 

Oleh Ali Reza Ahmed Askari 

RENUNG-RENUNGKAN 

Monday, April 16, 2012

HOT NEWS !!! DR ASRI KUTUK PERBUATAN MAHASEWEL ??? WAJIB BACA !!!


Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut ;

1. Pertamanya,saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian.Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda,tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.

2. Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman.Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini.Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci.Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.

3. Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi,namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi.

4. Saya sedar bahawa kemarahan rakyat bukan sekadar tertumpu kepada isu PTPTN,tetapi korupsi,penyalahgunaan kuasa,gaya mewah ‘orang-orang tertentu’ yang melebihi kewajaran dan lain-lain.Kesemuanya itu membangkitkan kebencian yang berjangkit kepada pelbagai isu yang lain.

5. Pada saya,alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu.Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain samada pembangkang ataupun kerajaan.

6. Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan.Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat.Slogan-slogan yang buruk Allah tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.

7. Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAHU AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok.Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas,tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.

8. Isu samada memansuhkan langsung PTPTN ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif.Isu sebenar bagi saya yang membakar segala isu yang lain ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus.Kebocoran di sana sini.Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para pelajar yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.

9. Jika negara belanja dan diurus secara telus, mungkin memansuhkan PTPTN tidak dilihat begitu perlu,sebaliknya ditimbang semula beberapa aspek dalam PTPTN itu.

10. Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap.

Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, February 20, 2012

HOT !!! DR ASRI MENDEDAHKAN SIKAP HIPOKRIT PAKATAN HARAM ???


adakah anda masih ingat gambar di atas ??? Pakatan haram kaw-kaw menghentam Datuk Seri Najib kononnya apa yang beliau buat adalah salah dan haram.apabila saya lihat kenyataan Dr Asri saya rasa ada betulnya.kepada pembaca,lihat kenyataan Dr Asri dan kita renungkan bersama

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Bekas Mufti Perlis telah menuduh pengkritik lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena Thaipusam baru-baru ini mengamalkan 'double standards' kerana mereka telah berdiam diri berkenaan dengan lawatan yang serupa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dr Asri Zainul Abidin berkata bahawa sebuah gambar yang beliau letak di laman Facebook berkenaan dengan lawatan Thaipusam Datuk Seri Najib Razak ke kuil di Gombak telah mendapat beratus-ratus komen negatif, sedangkan gambar yang menunjuk pemimpin pembangkang sedang merayakan perayaan yang sama di Ipoh telah dianggap sebagai palsu.

Di petik dari Utusan Malaysia, beliau telah berkata semalam "Saya telah menerima hampir 1,000 komen mendakwa kehadiran Perdana Menteri bertentangan dengan ajaran Islam, termasuk semua jenis fatwa yang bermotifkan politik."

http://mstar.com.my/archives/2009/6/10/mstar_berita/012995422.jpg

"Bagaimanapun, apabila saya memuat naik gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan yang serupa di Ipoh, mereka berkata gambar perlu diperiksa oleh sebab ada kemungkinan imej Anwar telah ditindih (superimpose)."

Asri (gambar) berkata,adalah jelas bahawa pengkritik Najib telah menggunakan agama demi agenda mereka sendiri dan beliau telah memberi amaran kepada kumpulan minoriti umat Islam ini bahawa mengeksploitasi Islam untuk menyokong politik mereka yang berat sebelah adalah satu "dosa besar".Amalan seperti ini akan memberi kesan yang besar terhadap umat Islam dan ia merupakan satu ancaman kepada Islam, tambah beliau.


Semalam, Menteri Hal Ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata lawatan Najib ke Batu Caves pada 7 Februari telah mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dipetik daripada Sinar Harian, beliau berkata, "Najib tidak terlibat dalam apa-apa upacara agama atau peristiwa dan sebagainya, soalan imannya tidak seharusnya timbul. Beliau mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. Dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan".Jamil Khir menuduh pengkritik lawatan tersebut, yang diadakan sempena perayaan Thaipusam tahunan di kompleks candi, sebagai memainkan isu itu untuk mencetuskan kebencian terhadap Perdana Menteri.

"Ia merosakkan agama (Islam) apabila umat Islam sanggup melemparkan tuduhan dan membuat pelbagai tuntutan berniat jahat semata-mata kerana mereka tidak bersetuju dengan pemimpin-pemimpin negara," Jamil Khir berkata.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwPDxgITLgq3caJ0KtIC1eyrFxj-gIVC0SC4hQwd4OGvCTC3X5tIKFUmEQN3Him6JJ5yBEE8NrnA4Alh2y3Wh4Zx-0qXZ1sXED1Nb_cce240vg8K1YZjdv6AZnEZiKfXhOZvNkagMbensv/s1600/nikaziz-bersama-siam1.jpg

Beliau menambah, jika Najib boleh dituduh mengorbankan imannya dengan pergi ke Batu Caves semasa Thaipusam, tuduhan yang sama boleh dibuat kepada pemimpin rohani PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang telah banyak kali memberikan bantuan di kuil-kuil.Awal bulan ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar Najib telah "mengorbankan imannya" kerana menyertai festival tahunan Thaipusam di Batu Caves, lawatan ketiga Perdana Menteri sejak bertahun-tahun.Harussani telah menegaskan bahawa umat Islam tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam upacara agama lain.Mufti, bagaimanapun, kemudian menarik balik kenyataan awal selepas menerima penjelasan Najib bahawa beliau hanya memberikan ucapan di kompleks dan tidak masuk ke dalam kuil gua.

Sumber Meloyan Insider

ANDA LIHAT ???

PORTAL PAKATAN NI KALAU NAMPAK KENYATAAN DR ASRI PERKATAAN MENUDUH DAN BLA BLA BLA !!!

APA PUN MEMANG DATUK SERI NAJIB TAK SALAH SEBAB DALAM DEWAN !!!

BUKAN DALAM GUA !!!

MACAM MANA PULAK DENGAN ANWAR IBRAHIM ???

BILA NAK BAGI KENYATAAN DENGAN GAMBAR TU ???

HMMM...

Sunday, February 19, 2012

HENTI GUNA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK !!! PARTI MANA TU ???


Pemimpin-pemimpin politik disaran supaya berhenti daripada menggunakan agama sebagai “senjata politik” kerana ia dilihat merendahkan martabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai.Gesaan tersebut dibuat oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menganggap langkah itu wajar diberi perhatian memandangkan sesetengah pemimpin politik dilihat semakin mengeksploitasikan agama sebagai satu landasan untuk meraih sokongan dan simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing.

“Memisahkan agama daripada politik mungkin dianggap negatif, tetapi kalau agama sering digunakan untuk tujuan politik yang menjurus kepada penyalahgunaan itu, ia lebih buruk.

Bahaya menggunakan agama Islam sebagai senjata untuk politik, untuk menegakkan yang salah dan untuk kepentingan kuasa semata-mata," katanya lagi.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012,semalam.

Asri menambah, tindakan menjadikan agama sebagai mainan politik juga menyebabkan fatwa yang diputuskan tidak konsisten dan tidak ada keseragaman.Menurutnya lagi, kesimpulan tersebut berdasarkan kepada perkembangan arena politik tempatan sejak kebelakangan khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008 (PRU ke12) lalu.

“Fatwa yang ada kejap boleh kejap tidak boleh, kemudian ada saja fatwa baru yang keluarkan, baik dari Barisan Nasional dan juga Pas fatwa politik sangat bahaya,agama perlu dibebaskan dari mainan politik," ujarnya lagi.

Asri turut menegur sikap pemimpin-pemimpin politik yang menggunakan tulisan maya melalui laman web sendiri menyebarkan fitnah sekaligus secara tidak langsung menzalimi mereka yang tidak berdosa.Sehubungan itu tegas beliau, pemimpin-pemimpin politik sepatutnya bersaing dana arena politik dengan cara yang sihat kerana ia melibatkan soal maruah seseorang.

“Apa yang ditulis dan disebarkan bukannya mahu bersaing idea yang baik, tetapi bersaing 'melondehkan' pihak lain. (Jadi) bagaimana nak berkembang perkara yang baik? ...Kita boleh nak kritik, tetapi biar berlapik, ada nilai, akhlak dan adil… bukan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya lagi.

ANDA TAHU PARTI MANA? ??

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, January 08, 2012

HOT NEWS !!! KEMPEN #BEBASANWAR901 KANAK-KANAK DI HERET SAMA ??? INI JAWAPAN DR ASRI !!! #JUSTICE4SAIFUL !!!


Rakyat negara ini khususnya yang berhasrat menyertai perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 disaran untuk beristikharah bagi meminta petunjuk daripada Allah SWT sebelum meneruskan niat mereka pada 9 Januari ini.Bekas Mufti Perlis,Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata,dengan beristikharah, maka golongan itu mampu membezakan peranan mereka pada perhimpunan tersebut iaitu sebagai penegak kebenaran ataupun hanya sekadar pengikut pengaruh pihak lain semata-mata.

"Junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW menyuruh sesiapa yang tidak pasti dan keliru akan sesuatu untuk beristikharah. Maka eloklah sesiapa yang hendak pergi berhimpun pada 9 Januari ini beristikharah.Istikharah yang membawa maksud meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam urusan merupakan senjata orang beriman dalam membuat pilihan yang tepat," katanya dipetik Utusan Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang menegaskan adalah tidak wajar rakyat diheret menyertai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.Hasan yang tidak rela anak-anak muda diheret sama, turut membidas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman yang menggesa ahli parti itu untuk menyertai perhimpunan tersebut sedangkan tiada arahan khusus dibuat oleh pimpinan di peringkat pusat.Menurut Mohd. Asri,umat Islam perlu memikirkan sedalam-dalamnya segala bentuk natijah yang bakal berlaku kesan perhimpunan tersebut terutamanya pada negara dan masyarakat.

"Inilah senjata terakhir yang kita ada. Jika tidak menggunakan solat dan doa ini, maka adakah kita rela membiarkan keadaan ini berterusan dan keliru," kata beliau.

NAK BERHIMPUN JUGA ???

DENGAR CERITA SAMPAI NAK BAWA KANAK-KANAK TIDAK BERDOSA KE MAHKAMAH ???

KONONNYA NAK RAKYAT BERSIMPATI KEPADA ANWAR IBRAHIM !!!

KESIAN KANAK-KANAK YANG TIDAK BERDOSA !!!

NASIB BAIK SAYA DI JOHOR BARU !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, January 01, 2012

HOT NEWS !!! DR ASRI SAH KAN JAMIL KHIR TIDAK MENGGUNAKAN WANG ZAKAT !!! JAMIL GUNA DUIT MANA YEK ???


Dalam twitter beliau ,Dr. Asri Zainul Abidin,mantan Mufti Perlis yang juga kini Pensyarah Pelawat di Oxford University menyatakan bahawa beliau telah menghantar SMS kepada Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengenai isu tuduhan salah guna wang zakat kepada Jamil Khir dan 2 lagi yang lain untuk mengetahui kesahihan sebenar tuduhan itu.

Berdasarkan tweet Dr. Asri ,beliau kemudiannya mendapat balasan SMS dari Jamil Khir yang mengatakan bahawa wang guaman kerajaan yang digunakan dan bukannya wang kutipan zakat untuk bayaran kepada khidmat guaman.

Kemudian DS Jamil Khir sendiri menelefon Dr. Asri menjelaskan satu persatu mengenai permasalahan yang timbul itu dan Dr. Asri faham kedudukan wang yang digunakanDr. Asri juga mencadangkan kepada DS Jamil Khir supaya membuat kenyataan terbuka kepada media segera dan beliau akan buat katanya

Berikut merupakan tweet dari laman twitter Dr. Asri mengenai isu tuduhan itu.


PAKATAN HARAM SEBENAR NYA SAJA NAK KELUAR KAN ISU BUKAN-BUKAN !!!

KITA LIHAT NANTI APA YANG TERJADI !!!

Tuesday, August 23, 2011

DR ASRI MEMBERI TAZKIRAH DI WAWANCARA WALL STREET !!!



Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata,terdapat kecenderungan sesetengah pihak mengekalkan unsur perkauman dan ketaksuban beragama secara berlebihan untuk mengekalkan kepentingan politik masing-masing.

"Pendirian saya, Islam agama sebagai rahmat kepada semua orang tidak kira agama dan warna kulitnya.Lebih dari itu,rahmat itu meliputi ke seluruh alam," katanya ketika ditanya tentang kepercayaan beragamanya yang dikatakan berbeza prinsip dengan badan kerajaan.


Dalam wawancara dengan Wall Stret Jurnal semalam,Dr Asri mendakwa terdapat penguasaan kumpulan konservatif yang "tidak ramai" tetapi mempunyai pengawalan terhadap institusi agama.

"Ketika kumpulan progresif menyumbang pelbagai pembaharuan yang signifikan tahun demi tahun, mereka dipinggirkan oleh kumpulan konservatif yang mengawal institusi agama dalam kerajaan bagi memastikan aliran dan fahaman mereka diberi peluang (berkembang)," katanya.

Pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berkata,dalam masa yang sama, pihak kerajaan pula lebih bimbang kepada kumpulan progresif yang selalu mengkritik "apa yang mereka lihat".

Dalam temubual selepas tidak berapa lama dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme, Dr Asri sekali lagi menafikan kononnya beliau dengan terlibat dengan aliran itu.

"Jika 'Wahabi' bermaksud menjadikan seseorang itu fanatik, rigid, keras, tidak boleh berunding dan seumpamanya, saya menentangnya,"katanya sambil menyifatkan istilah itu sebagai terma yang "misteri".

"Bila orang muka mengkritik amalan mereka,dengan mudah mereka berkata, 'kamu Wahabi'."

Ditanya sama ada Malaysia menuju situasi politik dan beragama yang betul, Dr Asri berkata, buat masa ini pihak berkuasa agama perlu lebih berfikiran terbuka dan tidak memaksa orang lain berfikir sehala.

"Mereka patut ingat apa berlaku kepada gereja bila mereka enggan berubah dan menekan orang ramai yang mahukan perubahan," katanya lagi.

Wednesday, November 10, 2010

PANAS !!! DR ASRI NAFI DI PERGUNA UTUSAN MALAYSIA !!!


Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menafikan dirinya dipergunakan oleh Utusan Malaysia untuk mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada dunia politik.

Beliau menegaskan, Utusan Malaysia hanya memetik daripada blog beliau dan wartawan akhbar itu juga tidak berhubung secara langsung dengannya, tidak seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang turut menyiarkan kenyataan sama dengan mendapatkan kenyataan secara langsung daripadanya.

"Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik daripada blog saya. Mereka tidak mengambil kenyataan ini daripada mulut saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak 'garang'.

"Bukan kenyataan eksklusif untuk mereka. Sebaliknya, The Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung daripada saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Surat Terbuka Untuk Yang Berhormat DSAI dalam blognya http://drmaza.com di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hari ini yang mendakwa terdapat kempen bersepadu di Utusan Malaysia menggunakan Mohd. Asri dan lidah pengarang akhbar itu serta terbaru desakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Datuk Zaid Ibrahim supaya beliau meletakkan jawatan.

Mohd. Asri yang menyifatkan dakwaan Anwar bahawa beliau dipergunakan oleh akhbar ini sebagai 'agak berat' menjelaskan, cadangannya supaya Ketua Pembangkang itu bersara daripada dunia politik adalah berdasarkan kepada pemerhatian, kajian umum dan gerak hati beliau.

"Pada awalnya moderator blog saya, Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia.

"Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar," tegasnya sambil memberitahu beliau tidak pernah memusuhi Anwar secara peribadi bahkan bersimpati dengan keadaannya sekarang.

Dalam perkembangan berkaitan, jelasnya, beliau sendiri tidak tahu bahawa Zaid dan seorang lagi calon jawatan Timbalan Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub akan mengeluarkan kenyataan mengkritik Anwar.

"Hal ini berlaku selepas beberapa hari kenyataan saya (keluar). Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka," katanya.

Tambah beliau, kenyataannya sebelum ini berkaitan Anwar dibuat berasaskan kepada banyak faktor termasuk kemampuan seseorang ahli politik mengendalikan rakyat bawahan dan kemampuannya mempengaruhi mereka tentang idea yang dibawa.

"Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Pandangan saya ini hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi seperti kenyataan awal pohon kemaafan atas pandangan tersebut.

"Namun, saya masih mempercayai pandangan ini ada kebenarannya, melainkan Allah mendatangkan hal yang sebaliknya. Dia maha mengetahui segalanya," ujar beliau.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA


POST BY WAYNE...

 
 
Blogger Templates