Social Icons

Pages

Tuesday, August 23, 2011

DR ASRI MEMBERI TAZKIRAH DI WAWANCARA WALL STREET !!!



Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata,terdapat kecenderungan sesetengah pihak mengekalkan unsur perkauman dan ketaksuban beragama secara berlebihan untuk mengekalkan kepentingan politik masing-masing.

"Pendirian saya, Islam agama sebagai rahmat kepada semua orang tidak kira agama dan warna kulitnya.Lebih dari itu,rahmat itu meliputi ke seluruh alam," katanya ketika ditanya tentang kepercayaan beragamanya yang dikatakan berbeza prinsip dengan badan kerajaan.


Dalam wawancara dengan Wall Stret Jurnal semalam,Dr Asri mendakwa terdapat penguasaan kumpulan konservatif yang "tidak ramai" tetapi mempunyai pengawalan terhadap institusi agama.

"Ketika kumpulan progresif menyumbang pelbagai pembaharuan yang signifikan tahun demi tahun, mereka dipinggirkan oleh kumpulan konservatif yang mengawal institusi agama dalam kerajaan bagi memastikan aliran dan fahaman mereka diberi peluang (berkembang)," katanya.

Pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berkata,dalam masa yang sama, pihak kerajaan pula lebih bimbang kepada kumpulan progresif yang selalu mengkritik "apa yang mereka lihat".

Dalam temubual selepas tidak berapa lama dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme, Dr Asri sekali lagi menafikan kononnya beliau dengan terlibat dengan aliran itu.

"Jika 'Wahabi' bermaksud menjadikan seseorang itu fanatik, rigid, keras, tidak boleh berunding dan seumpamanya, saya menentangnya,"katanya sambil menyifatkan istilah itu sebagai terma yang "misteri".

"Bila orang muka mengkritik amalan mereka,dengan mudah mereka berkata, 'kamu Wahabi'."

Ditanya sama ada Malaysia menuju situasi politik dan beragama yang betul, Dr Asri berkata, buat masa ini pihak berkuasa agama perlu lebih berfikiran terbuka dan tidak memaksa orang lain berfikir sehala.

"Mereka patut ingat apa berlaku kepada gereja bila mereka enggan berubah dan menekan orang ramai yang mahukan perubahan," katanya lagi.

4 comments:

Anonymous said...

Salam, Ustaz ini selalu bagi pandangan dgn ayat tergantung. Pandangan beliau selalunya dibackup dgn facts yg umum dan tergantung. Pada saya tidak cukup facts, tidak spesifik dan kabur. Contoh: "Mereka patut ingat apa berlaku kepada gereja bila mereka enggan berubah dan menekan orang ramai yang mahukan perubahan," katanya lagi. Apa yg Ustaz ni nak sampaikan adalah supaya JAIS dan badan agama Islam lain jgn halang jika terdapat gerakan memurtadkan orang secara halus. Itu yg saya nampak sebab bakcp-up factsnya yg kabur. TAK BOLEH PAKAI ni.

Anonymous said...

anon 1:55, kamu silap faham,takpela mungkin kamu tak belajar sejarah..komen beliau takde kena mengena dengan kes JAIS tu,jgn terlalu sempit fikiran kita..yg dimaksudkan oleh beliau ialah penerangan ringkas saya tentang zaman kegelapan, bagaimana sejarah wujudnya 'sekular',kerana zaman dulu gereja yg menguasai setiap keputusan baik ilmu, politik ,falsafah hingga ramai ilmuwan dihukum kerana mengeluarkan fakta atau ilmu yg berbeza dgn gereja, dan akhirnya membawa kepada zaman pencerahan iaitu wujudnya fahaman sekular iaitu pemisahan agama dan ilmu lain kerana agama dicopkan penghalang kemajuan berpunca peristiwa tsebut.. (selebihnya blajar la sendiri)..jadi maksud beliau supaya ulama Islam perlu meraikan perbezaan pendapat yg belandaskan syariat..supaya org tidak benci Islam sepertimana yg berlaku pada gereja dahulu...wallahualam

Mael Hashim said...

Asri menyamakan sejarah institusi gereja kristian dengan institsi agama Islam. Institusi agama kristian itu berasaskan amalan agama yang tidak betul dan tidak logik, sedangkan agama Islam itu sesuai dengan fitrah manusia. Sebab itu institusi agama kristian ditentang oleh orang kristian sendiri dan ramai yang jadi atheis. Jangan samakan dengan dasar-dasar agama Islam. Agama kristian memeng perlukan perubahan tapi agama islam tidak perlukan perubahan kerana islam sesuai dengan semua zaman.

Anonymous said...

Salam.

Saya rasa Dr. Asri tak sertakan fakta bagi menyokong hujah yang menyatakan golongan yang kecil yang mengawal institusi agama di Malaysia sebagai conservative dan menghalang progressiveness. Saya sebagai pembaca merasakan kurang puas dengan penerangan yang sekadar "tajuk" atau terlalu "general".

Saya juga kurang setuju mengenai pandangan beliau yang menyatakan bahawa pandangan mengenai masaalah "Islam Perkauman" di Malaysia.

Wallahualam

 
 
Blogger Templates